03 • Shotaro •

58 6 37
                                        

Seperti pagi biasa, Mira akan melihat dirinya seketika di hadapan cermin. Setelah puas dengan penampilannya, dia menuju ke meja makan.

Kelihatan ommanya sedang memasak di dapur.

"Mana appa?" Soal Mira lalu mengambil tempat kosong di meja makan.

"Appa ada je dalam bilik. Tengah tidur." Jelas Aria lalu menyediakan makanan buat anaknya.

Mira mengangguk faham. Biasalah bila kerja doctor, appanya balik rumah pun dia tak tahu. Yang dia tahu, tahu-tahu sampai rumah.

"Ding dong." Bunyi dari loceng rumah kedengaran.

Mira bangun lalu berjalan mendekati pintu rumah. Pintu dibuka lalu wajah Jisung terpamer ke wajah Mira.

"Awal kau datang." Ujar Mira hairan. Jaranglah lelaki bernama Jisung ini nak awal ke sekolah.

"Bukaklah pintu. Aku nak masuk." Jisung menolak sedikit pintu tersebut agar tubuh badannya muat untuk masuk ke dalam rumah.

"Eh mana boleh. Kau orang luar mana boleh sesuka hati nak masuk rumah orang.

"Eo Jisung. Mari masuk, kita makan sekali." Panggil Aria apabila figura Jisung berada di situ. Jisung sudah tersenyum bangga.

"Siapa kata aku orang luar?" Dengan penuh berlagak, Jisung terus menonong masuk ke dalam rumah. Langkahnya dituju ke dapur.

Bukan dia yang mintak, tapi tuan rumah yang bagi ya.

"Berlagak macam rumah dia sendiri." Omel Mira perlahan di belakang.

Kalau ikutkan hati gadis itu, mahu saja dia mencekik leher Jisung biar tidak bernyawa terus! Tapi mujur Jisung ini anak orang. Malahan anak jiran pulak tu.

🦋🦋🦋

Selesai bersarapan pagi, Jisung dan Mira menaiki bas menuju ke sekolah mereka.

Tiba di hadapan pintu utama sekolah, mereka berjalan kaki menuju ke kelas masing-masing memandang Jisung tua setahun darinya, jadi kelas Jisung berada di tingkat atas. Manakala kelas Mira pula berada di tingkat bawah.

Mira menuju ke loker yang tertera namanya lalu mengambil buku nota untuk subject pertama.

"Hari ni cikgu Sowon tak datang." Ujar Yuna yang berada di meja sebelahnya.

"Ouh, kenapa dia tak datang?"

"Dia cakap kat dalam chat, dia ada hal. So dia suruh kita buat kerja sendiri."

"Tak apalah kalau macam tu. Aku nak pergi tandas kejap." Mira kemudiannya bangun lalu keluar dari kelasnya.

Sedang Mira berjalan menuju ke tandas yang berada di hujung blok, gadis itu terhenti seketika langkahnya.

Dia seperti terdengar sesuatu.

"Kau ada duit tak?"

Mira cuba mendekati suara tersebut. Dia senyap-senyap berdiri berdekatan dengan tangga dimana suara itu berada.

"Eish, kau ni jangan nak menipulah kata tak ada duit."

"B-betul aku tak ada duit." Suara garau itu mula tergagap-gagap membuatkan Mira tahu siapa orang tersebut.

Mira mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat keadaan tersebut.

"Kau ni-"

"Woi!" Mira bersuara lantang apabila tangan pembuli itu ingin naik memukul Shotaro.

"Kau siapa?" Soal Haechan yang tidak puas hati apabila kerja terkutuknya terhalang oleh si Mira.

"Aku kawan dia. Kau tu siapa? Pembuli setia?" Soal Mira sarkastik membuatkan Haechan menahan panas di dalam hati.

"Kawan ke awek?" Jeno yang berada di sebelah sudah tertawa besar bersama-sama Yangyang disebelah.

"Shut, diam kejap korang dua ni. Aku nak dengar budak kecik ni cakap." Haechan membuat signal diam.

Mira memandang tajam ke arah mereka bertiga.

"Bawak bertaubatlah korang ni. Asyik buli orang je kerja. Kau Shotaro, pergi balik kelas." Arah Mira membuatkan Shotaro bergegas ke kelasnya.

"Kau ni kacaulah! Kitorang nak have fun je. Mana ada buli ke apa?" Marah Yangyang pula.

"Dah lah geng. Jom balik." Haechan memandang Mira tidak puas hati lalu dia dan lagi dua kawannya berlalu pergi.

Mira mengelengkan kepalanya. Tua saja tapi perangai macam budak-budak. Terus Mira berjalan semula untuk menunaikan hajat yang tergendala seketika.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang