10 • apologize? •

33 6 30
                                        

"Papa!" Anak lelaki itu menjerit panggilan bagi lelaki yang bergelar seorang bapa.

Kakinya yang pendek berlari mendapatkan ayahnya dari jauh. Apabila sampai di hadapan ayahnya, anak lelaki itu terus menerpa dan dilambung tinggi ke langit.

Bunyi tawa anak kecil itu membuatkan lelaki itu bahagia mendengarnya.

🦋🦋🦋

"Jisung.." sebaris namanya dipanggil oleh lelaki tersebut.

Langkahnya dibuka untuk mendekati anak tunggalnya yang telah lama dia rindukan.

"Kita balik Mira." Pergelangan tangan Mira terus ditarik Jisung.

"Jisung, tunggu Jisung." Sungki mengejar Jisung namun anak tunggalnya laju melangkah.

Tidak semena-mena tangan Mira ditahan oleh Sungki membuatkan Jisung dan Mira terpaksa berhenti.

"Papa nak cakap sikit." Rayunya.

"Nak cakap apa lagi?" Soal Jisung. Dia sedikit pun tidak memandang wajah Sungki.

Lengan Mira yang ditahannya dilepaskan lalu Jisung menarik Mira ke belakangnya sedikit. Tangannya masih tidak lepas daripada pegangan tersebut.

"Pandang papa please."

Anak tunggalnya masih berdegil. Sungki pasrah apabila anaknya sendiri tidak mahu memandangnya.

"Papa minta maaf ya?"

Jisung tersenyum sinis. Bukan semudah itu untuk dia maafkan dan melupakan perbuatan Sungki.

"Jisung tak tahu nak kata apa lagi dah. Papa sendiri yang rosakkan semuanya. Kalau papa betul-betul sayangkan Jisung dengan mama, papa takkan buat semua benda tu."

"Mama tu dah cukup sempurna. Boleh terima papa yang awalnya hidup tak senang macam sekarang."

Jisung berhenti seketika lalu menarik nafas sedalam yang mungkin. Kali ini Jisung memandang lelaki yang telah merosakkan kebahagian keluarganya sendiri.

"Papa dah terlambat nak betulkan semuanya balik." Sambungnya lalu dia berjalan meninggalkan Sungki seorang diri di situ.

Beberapa minit mereka berjalan, Jisung berhenti. Pandangannya dihamparkan ke Sungai Han.

Seumur hidup Mira, dia tidak lagi pernah melihat sisi Jisung ini. Gadis itu sendiri juga takut melihat Jisung yang sekarang ini.

"Mira." Jisung memanggil nama tersebut lalu memandang Mira.

"Y-ya?"

"Aku nak pinjam bahu sekejap." Pinta lelaki itu membuatkan Mira berfikir seketika.

"Nak buat-"

Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, Jisung terus memeluk tubuh Mira. Jisung menongkat wajahnya ke bahu Mira.

"Kau okay tak ni?" Soal Mira lalu mengusap lembut belakang tubuh Jisung. Jisung membalas persoalan Mira dengan gelengan.

"Tipulah kalau aku cakap yang aku tak rindu papa." Ujar Jisung. Mira hanya mendiamkan diri mendengar apa yang hendak lelaki itu meluahkan.

"Tapi bila aku tengok muka dia, aku jadi sakit hati, rasa benci semua ada." Lama Jisung menongkat kepalanya di bahu Mira.

"Kau ni pendek sangatlah Mira. Lengguh leher aku." Ujar Jisung tiba-tiba membuatkan Mira rasa hendak mencampakkan Jisung ke dalam Sungai Han.

Biar mati kelemasan!

"Kau dah pinjam bahu aku, lepas tu mengata aku pulak. Kau ni memang halal disantau." Mira menjegilkan matanya.

"Tapikan Mira, aku nak cakap something ni."

"Kau nak cakap apa lagi? Nak suruh aku makan ubat tinggi ke?" Soal Mira berbaur perlian.

"Bukan tu. Aku nak cakap kalau kau kahwin dengan aku, kau dijamin tak dicurang. Aku ni setia tau." Sempat lagi Jisung mengangkat bakulnya sendiri membuatkan Mira hendak muntah darah.

"Kau setia? Bercinta pun tak pernah."

"Walaupun aku ni tak pernah bercinta, tapi aku tahu isi hati perempuan, haa." Balas Jisung dengan penuh riaknya.

Jisung dan ke-riak-kan tiada pisah. Geleng kepala Mira dibuatnya apabila dapat orang jenis macam ni.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang