Jisung memakirkan keretanya di petak parking. Menunggu Mira habis daripada kelasnya. Jam tangannya menunjukkan pukul 5.30 petang.
Beberapa minit menunggu, figura gadis itu mula muncul. Mira meloloskan diri ke dalam kereta milik Jisung.
"Macam mana kelas pertama kau?" Soal Jisung lalu dia keluar dari tempat tersebut.
Seminggu yang lepas Mira menghadiri aktiviti orientasi. Minggu yang kedua barulah Mira memulakan kelas pertamanya di sebuah university perempuan.
"So far, bolehlah. Senang je sebenarnya." Kata Mira dengan penuh riak.
"Dia mula dah." Omel Jisung perlahan.
"Apa dia?" Mira menyoal semula apa yang dikatakan oleh Jisung.
"Tak ada apa sayang." Balas Jisung sambil menayangkan senggihan buat Mira.
"Kau dah makan ke belum?" Soal Jisung. Matanya masih fokus ke jalan raya.
"Belum lagi. Kau?"
Jisung membalasnya dengan gelenggan.
"Aku tahu nak makan dekat mana." Kata Jisung.
🦋🦋🦋
Mereka tiba di sebuah restoran makan yang berdekatan dengan sebuah pantai.
"Jauh eh kau bawak aku pergi makan." Ujar Mira sambil membetulkan rambutnya dek kerana angin bertiup kuat.
"Alang-alang tu kita dating lah sekali." Sanyuman macho dihadiahkan buat Mira.
Mira berjalan menghampiri Jisung lalu dia menarik tangan Jisung ke dalam genggamannya.
🦋🦋🦋
Selesai menjamu selera, mereka kini berjalan ke persisiran pantai. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.
Warna-warna keemasan yang terhasil membuatkan pemandangan di tepi pantai sangat menarik perhatian.
Mira mengeluarkan telefon pintarnya lalu dia menangkap beberapa gambar sebagai kenangan.
Manakala Jisung pula, menangkap gambar Mira yang sedang leka menangkap gambar matahari terbenam itu.
"Cantiknya." Ujar Mira.
"Thank you Mira. Susah-susah je kau puji aku." Kata Jisung tiba-tiba.
"Eh bukan kau. Kau tak cantik."
"Habis tu aku apa?" Soal Jisung. Dia juga merupakan seorang manusia yang inginkan kepujian daripada seketul Mira.
"Kau sengal." Bidas Mira.
"Kau lagi double sengal." Balas Jisung pula. Dia tidak sedar yang dia telah menempah maut di tangan seorang Hwang Mira.
"Kau dah lama hidup ke?" Soal Mira tidak puas hati.
"Aku baru hidup 19 tahun." Balas Jisung sambil menjauhkan diri daripada Mira. Dia tahu yang Mira akan mengejarnya seperti seekor arnab.
Tanpa menunggu lagi, Mira terus membuka langkahnya dan mengejar Jisung.
Jisung yang mempunyai kelebihan kaki panjang, terus digunanya kelebihannya itu demi menyelamatkan dirinya daripada seekor arnab buas.
🦋🦋🦋
Setelah penat berkejaran, Mira dan Jisung mula kepenatan. Mereka terus melabuhkan punggung di atas tanah menghadap pantai.
"Kau suka aku sejak bila?" Soal Jisung. Daripada dulu lagi dia menyimpan soalan ini untuk ditujukan ke Mira.
"Kenapa kau nak tahu?" Soal Mira semula.
"Sajalah nak tahu."
"Mana boleh bagitahu kau. Benda tu rahsia." Balas Mira sambil tergelak.
"Kalau macam tu, kenapa kau suka aku?" Soal Jisung lagi.
"Kau nak tahu ke?" Soal Mira pula sebagai kepastian.
"Yelah nak tahu. Kau ni janganlah main tarik tali dengan aku."
"Mana ada aku main tarik tali dengan kau. Bagi aku susun ayat kejap, urm.." Mira mula memproses ayatnya sebelum dia kembali berbicara.
"Okay dia macam ni," Mira mula membuka hujahnya. Jisung pula mendengar seperti Mira itu adalah cikgunya.
"Dalam hidup aku, aku selalu jumpa orang baik. Tapi bila dengan kau, aku jadi selesa." Terangnya.
"Jadi kau nak kata aku ni tak baiklah?" Jisung sengaja mahu mengusik Mira lagi.
"Ish bukan macam tu. Kau baik. Tapi semua orang boleh jadi baik tapi tak semua boleh buatkan seseorang tu selesa. Faham tak maksud aku?"
"Faham, faham." Lelaki itu mengangguk laju.
"Kau pulak suka aku kenapa?" Soal Mira. Dia juga inginkan review daripada Jisung.
"Sebab kau sorang je yang faham aku."
Mira mengangkat sebelah keningnya.
"Itu je?" Soal gadis itu.
"Ayat aku tu boleh describe banyak benda. Kau tahu tak."
Gadis itu menjeling Jisung. Lalu dia mengalihkan perhatiannya semula ke arah pantai.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Novela JuvenilThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
