Keesokan paginya, Mira berjalan menuju ke meja belajarnya. Kelihatan satu beg kertas berisi bungeoppang di atas mejanya dan satu nota.
Saya minta maaf pasal semalam. Saya tak dapat nak kawal emosi saya ʕ´• ᴥ•̥'ʔ
- Shotaro
"Kenapa Shotaro bagi kau bungeoppang tetiba ni?" Soal Yujin hairan.
"Haah, siap ada surat maaf lagi." Yuna pula menyampuk.
"Panjang cerita dia." Balas Mira.
"Pendekkan." Ujar Yuna dan Yujin serentak membuatkan Mira menggeluh perlahan.
🦋🦋🦋
Jisung berjalan menuju ke kelasnya seperti hari biasa. Namun pada hari ini, tiba-tiba menjadi luar biasa.
Kelihatan semua orang tidak senang duduk. Haechan berlari keluar lalu tanpa sedar dia terlanggar bahu Jisung.
"Wuish, kau apahal?" Soal Jisung yang acah-acah gangster.
"Kau tepilah!" Haechan menolak sedikit bahu Jisung lalu dia berlari.
Jisung kini berjalan ke mejanya. Kelihatan Chenle disebelah hanya rilek tidak seperti orang lain.
"Kenapa diorang semua tak rilek sangat ni?" Soal Jisung yang tidak tahu apa-apa.
"Kau tak tahu ke?" Soal Chenle berbalas gelenggan daripada Jisung.
"Haih. Cikgu Johnny nak buat quiz mengejut. Itu semua orang lari pergi cari calculator." Jelas Chenle membuatkan Jisung membeliakkan bebola matanya.
"Quiz math?!" Terus lelaki itu bangun. Dia juga turut berlari keluar daripada kelasnya untuk mendapatkan calculator daripada Mira.
🦋🦋🦋
Jisung berlari sehingga berada di hadapan kelas Mira. Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia berjalan mendekati Mira.
"Mira.." panggil Jisung yang tercunggap-cunggap.
"Kau dah kenapa? Marathon ke?" Soal Mira hairan. Jisung menggelengkan kepalanya. Dia masih mengambil oksigen untuk meneruskan hidup.
"Talian hayat.."
"Kau nazak dah ke Jisung?" Soal Yujin membuatkan Jisung menepuk dahinya.
"Aku nak pinjam calculator kau. Cikgu Johnny ni rajin pulak buat quiz math." Ujarnya walaupun dia separuh mati mencari oksigen.
"Kau nilah." Mira menggeleng. Tangannya dimasukkan ke dalam poket beg mencari calculator.
Setelah jumpa, calculator tersebut berpindah tangan.
"Thank you. Sedap tengok bungeoppang kau, bak satu." Tanpa izin Mira, anak syurga itu terus menyambar bungeoppang yang diberikan oleh Shotaro.
"Yah bungeoppang aku!" Mira menjerit membuatkan satu kelas memandangnya.
Jisung pula tanpa rasa bersalah, dia terus berlari pulang ke kelasnya semula sebelum cikgu Johnny masuk.
"Anak siapalah tu." Yuna mengelengkan kepalanya. Tak mahu dia mengaku sahabat kepada Mira.
"Anak Park." Balas Mira yang juga setuju dengan Yuna. Ketiga-tiga mereka menggelengkan kepala.
"Eh," Mira bagaikan tersedar sesuatu.
"Aku berhenti dekat mana eh tadi?" Soalnya yang sudah lupa dimana dia berhenti.
"Shotaro keluar dari bas." Balas Yuna.
"Haa lepas dia keluar dari bas tu, aku jadi pelik dengan dia. Jadi itulah kisahnya." Mira menamatkan ceritanya.
"Entah-entah dia suka kau." Yujin mula membuat andaian sendiri.
"Dan cinta tiga segi berlaku antara kau, Jisung dengan Shotaro." Sambung Yuna.
"Hish apa korang dua ni." Mira menafikannya.
"Tak apa Mira, walau apa pun terjadi, kitorang tetap sokong hubungan kau dengan Jisung." Ujar Yujin.
Mira menjeling dua sahabatnya. Tangannya buat masa sekarang ini ringan saja ingin menghadiahkan satu tamparan yang bombastik.
"Tapi aku macam peliklah dengan Shotaro." Mira mula mengerutkan dahinya.
"Dia macam beria." Sambung Yuna.
"Aku pun rasa macam tu." Yujin pula membalas membuatkan Mira semakin pelik dengan perangai Shotaro.
Adakah benar lelaki itu suka dirinya?
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Fiksi RemajaThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
