12 • sky blue handkerchief •

31 6 28
                                        

8 pagi,

Mira dan Jisung tiba di sekolah. Seperti biasa mereka akan masuk ke kelas masing-masing. Sapu tangan berwarna biru muda yang sentiasa di bawa Mira disimpan di dalam bag.

Dia bukannya apa, tapi disebabkan tangannya jenis berpeluh pada waktu tengah hari membuatkan dia terpaksa membawa sapu tangan tersebut.

Mira dan yang lain membawa buku penting untuk di bawa masuk ke dalam makmal memandangkan subjek pertama mereka pada pagi tersebut ialah sains.

"Jom." Ajak Yujin.

Lalu mereka semua keluar dari kelas tersebut menuju ke makmal sains.

🦋🦋🦋

10.30 pagi,

Tamat saja kelas sains, Mira mendekati mejanya. Beg sekolah diambilnya lalu dia membuka zip dimana dia menyimpan sapu tangannya di dalam zip kecil itu.

"Aik?" Gadis itu menyoal hairan.

Tangannya tercari-cari sapu tangannya.

"Mira jom." Panggil Yuna apabila gadis itu masih di meja belajarnya.

"Sekejap." Balas Mira. Gadis itu masih mencari lagi sapu tangan tersebut.

"Mana pergi sapu tangan aku ni." Mira mengomel seorang diri.

Sudahlah dia perlu cepat untuk kelas music.

"Kau cari apa Mira?" Soal Yujin.

"Er, tak ada apalah." Terpaksa jugalah Mira mencari sapu tangannya selepas kelas music nanti.

"Jom." Mira mendekati Yujin dan Yuna lalu merela bertiga berjalan menuju ke kelas music.

"Mungkin dalam loker?" Mira menyoal di dalam hatinya.

Hairan juga dia apabila sapu tangannya tidak berada di dalam beg. Mungkin juga dia terlupa yang dia ada menyimpan sapu tangan di dalam loker kelas.

🦋🦋🦋

12 tengah hari,

Kelas Mira mula tamat, gadis itu bergegas ke kelasnya semula untuk mencari sapu tangannya yang dicari.

Loker yang berada di belakang kelas ditujunya lalu gadis itu membuka pintu loker.

Namun hampa, tiada pun sapu tangannya berada di dalam loker tersebut.

"Kau cari apa dari tadi?" Soal Yuna yang hairan dengan Mira pada hari ini.

"Kau ada nampak tak sapu tangan aku? Yang warna biru muda tu?" Soal Mira. Tangannya yang mula berpeluh membuatkan dia agak kurang selesa.

"Tak nampak pulak." Yujin menjawab.

"Dalam beg kau?" Soal Yuna pula. Mana tahu gadis itu terlupa yang dia simpan di dalam begnya.

Mira membalasnya dengan gelenggan.

"Geng!" Yuna bersuara lantang membuatkan pelajar yang berada di dalam kelas memandang Yuna.

"Korang semua ada nampak sapu tangan Mira tak? Warna biru muda."

"Tak ada pulak."

"Tak nampak."

Hanya jawapan itu diberikan oleh mereka yang berada di dalam kelas Mira. Gadis itu bagaikan hendak kemurungan.

Semalam airpods miliknya. Hari ini pula sapu tangannya.

"Sapu tangan?" Soal Jisung yang datang dari ceruk mana entah. Lelaki itu melangkah mendekati Mira.

"Sapu tangan aku hilang." Ujar Mira.

Jisung mula hairan.

"Kelas korang ni ada pencuri ke?" Soal Jisung membuatkan semua yang berada di situ mengangkat bahu mereka.

Mereka sendiri pun tidak tahu. Kalau mereka tahu, sudah lama pencuri itu ditangkap.

Jisung menggeleng kepala lalu dia meraba poket blazer miliknya.

Jisung mengambil tangan Mira lalu dia meletakkan satu plastik kecil yang berisi tisu di atas telapak tangan gadis itu.

"Kau guna je dulu tisu ni. Dah habis nanti kau buang." Ujar Jisung.

Yujin dan Yuna pula masing-masing tersenyum-senyum melihst drama yang tidak berbayar di hadapan mata mereka.

"Jarang kau nak guna tisu." Tukas Mira.

"Tisu tu dah berzaman dalam poket ni masa last aku selsema hari tu." Balas Jisung.

Nampak sangatlah si Jisung ni tak pernah basuh balzer sekolahnya. Tidak hairanlah kalau masih ada tompokan bekas makanan di blazer lelaki itu.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang