24 • first kiss •

34 5 36
                                        

Cahaya terang pagi menerangi ruangan bilik Mira. Gadis itu terpisat-pisat bangun. Seakan-akan dunia ini berpusing.

Kepala dia sangat pening.

Dia mengagahkan dirinya bangun. Kaki melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai mandi, dia terus menuju ke ruangan dapur. Kelihatan Minho dan Aria yang berada di situ.

"Morning." Sapa Minho sambil menyisip perlahan air teh panas.

Gadis itu kemudiannya mengambil tempat di sebelah Minho. Kepalanya dibaringkan di atas meja makan.

"Sakit kepalalah omma." Ujarnya dengan wajah simpati.

"Itulah kamu, siapa suruh minum tak ingat dunia." Bebel Aria. Tangannya sibuk mengacau sup haejangguk buat anaknya.

"Sampai Jisung yang kena bawak kamu balik rumah." Tambah Minho pula.

"Jisung?" Soal gadis itu. Dia cuba mengimbas kembali apa yang terjadi semalam.

"Aku suka kau."

Ayat itu yang bermain dalam fikirannya. Mira menutup mulutnya. Dia terkejut lalu dia menyentuh bibirnya.

Adakah...

"Ha kenapa ni?" Soal Minho hairan.

"Mira keluar kejap!" Terus gadis itu berlari ke arah pintu.

"Makan ni dulu Mira!" Aria menjerit memanggil anak daranya namun gadis itu cepat saja keluar dari rumah.

"Cepat dia lari." Minho dan Aria menggelengkan kepala.

🦋🦋🦋

"Ting! Ting! Ting!"

Loceng rumah ditekan-tekan Mira banyak kali. Tidak lama kemudian, Jisung keluar dari rumahnya.

"Kau dah kenapa ni?" Soal Jisung hairan melihat Mira yang kelam-kabut itu.

"Urm.." Mira menelan kasar liurnya. Jantungnya mula berdegup laju.

"S-semalam apa jadi d-dekat aku?" Soal Mira gugup. Pertama kali dia gugup di hadapan seorang Park Jisung.

"Semalam kau mabuklah. Kenapa?"

"Bukan tu maksud aku."

"Habis tu apa?" Soal Jisung. Dia cuba menahan senyumannya. Sebenarnya dia sengaja mahu mengusik Mira.

"Urm, a-aku ada c-cakap apa-apa tak?"

"Kau nak tahu ke kau cakap apa semalam?" Soal Jisung.

Laju Mira menganggukkan kepalanya.

"Jom ikut aku. Kita cakap dekat atas, dekat sini nanti orang dengar." Kata Jisung lalu dia menarik pergelangan tangan Mira. Gadis itu hanya mengikut langkah Jisung.

🦋🦋🦋

Mereka berdua tiba di atas rooftop apartment.

"Kau betul ni nak tahu kau cakap apa dekat aku semalam?" Soal Jisung sekali lagi.

Mira mengangguk laju tanda dia mahu tahu. Jisung sudah tertawa melihat Mira. Jarang sekali dia dapat melihat Mira macam ni.

"Semalam kau cakap kau suka aku." Ujar Jisung yang menjawab persoalan Mira.

"A-aku cakap macam tu?" Soal Mira malu. Dia menutup seluruh wajahnya dengan telapak tangan.

"Kau ni bodolah Mira." Mira mengomel sendirian.

"Lepas tu a-aku ada buat apa-apa tak?" Soal Mira lagi walaupun dia sudah malu.

"Kau buat macam ni," tangan Mira dialihkan Jisung lalu Jisung mendaratkan dua ulas bibirnya ke bibir Mira.

Mira terkejut.

"Kau buat macam tu." Sambung Jisung apabila wajahnya dijarakkan ke wajah Mira.

"Lepas tu kau cakap yang kau dah laaaaamaaaaa suka dekat aku." Sambung Jisung bersama-sama tawanya.

"Hic!" Mira tiba-tiba tersedu. Dia terus menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Hic!" Sekali lagi bunyi sedu kedengaran di sebalik tangannya. Jelas kelihatan pipi gadis itu mula kemerahan.

Jisung tersenyum lalu dia menarik Mira ke dalam pelukannya.

"Kau ni nampak je gangster, tapi perangai kau comel." Ujar Jisung sambil mengusap kepala Mira.

"Hic!" Mira tersedu lagi di dalam pelukan Jisung.

"Aku pun dah lama suka kau." Ucap Jisung.

Rama-rama di dalam perut Mira sudah tidak tenang. Semuanya sedang berterbangan membuatkan jantung Mira juga tidak berdegup normal.

Hear For You ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang