Pintu rumah dibuka Jiyeon. Langkahnya dibuka menuju ke dalam biliknya. Jiyeon terus duduk di atas katil menghilangkan penatnya seketika.
Dinding kosong diperhatikan Jiyeon. Jika dulu, satu gambar besar dia, Sungki dan Jisung tergantung gah di dinding tersebut.
Namun kini dinding itu menjadi kosong.
Kedengaran bunyi pintu terbuka menandakan anak tunggalnya baru pulang dari sekolah.
"Mama." Jisung menyeru panggilan tersebut.
"Mama dalam bilik ni." Sahut Jiyeon. Beberapa saat kemudian Jisung muncul di hadapan pintu.
Jisung terus berjalan mendekati Jiyeon lalu mengambil tempat di sebelah Jiyeon.
"Macam mana sekolah?" Soal Jiyeon lembut sambil menguis rambut anaknya ke belakang.
"Okay je."
"Besar dah anak mama ni." Jiyeon menepuk-nepuk punggung anaknya. Dia rasa seperti baru semalam dia melahirkan Jisung.
Jisung pula tersenyum malu apabila dilayan seperti dia masih bayi.
"Mama nak tahu tak." Jisung mula membuka kulit bawang.
"Apa dia?"
"Mira dia bagi hilangkan airpods yang Jisung bagi tu." Adu Jisung dengan wajah masamnya.
"Pulak dah. Macam mana boleh hilang?"
"Entahlah dia tu. Mungkin ada toyol dalam kelas kot."
"Hish! Memandai-mandai je."
"Lepas tu kan mama.. " Jisung memandang tepat ke wajah Jiyeon. Jiyeon pula memandang semula anaknya agar Jisung menghabiskan ayatnya dahulu.
"Jisung terserempak dengan papa."
Dengara sahaja anak tunggalnya berbicara tentang Sungki, Jiyeon mula terdiam untuk seketika.
"Tapi Jisung tak nak pun jumpa papa. Buat sakit hati je." Sambung Jisung.
Jiyeon mengusap kepala anaknya laku memberikan senyuman. Kepala anaknya ditarik lembut agar bersatu dengannya.
"Mama minta maaf ya." Tangannya masih lagi mengusap lembut kepala Jisung.
"Mungkin ada jugak salah mama sampai papa jadi macam tu."
Jisung mengeleng laju menandakan wanita itu tidak bersalah.
"Mama mana ada buat salah apa. Papa yang tak reti bersyukur dapat mama." Jiyeon tersenyum dengan teletah anaknya.
"Yelah. Anak mama je yang betul." Balas Jiyeon dengan menggunakan ayat yang sedang trending.
Perempuan je yang betul.
"Mama, dinding tu nanti kita nak letak apa. Takkam nak biar kosong macam tu je?" Jisung menyoal apabila memandang dinding kosong itu.
"Itulah mama tengah fikir nak letak apa dekat situ."
"Urm.." jarinya mengusap dagu tanda sedang berfikir.
"Kita letak gambar kita dua, nak?" Anak lelakinya bersuara.
"Gambar kita dua?" Soal Jiyeon. Jisung mengangguk laju.
"Boleh jugak. Nanti kita buat masa birthday party nanti. Okay tak?" Soal Jiyeon. Laju saja anak lelakinya itu menganggukkan kepalanya.
🦋🦋🦋
2 tahun lepas,
"Okay ready, satu.. dua.."
"Click!"
Sudah beberapa jam mereka berhadapan dengan camera membuatkan wajah Jisung lengguh untuk senyum lagi.
"Jisung nak pergi tengok gambar boleh?" Soal Jisung girang.
"Pergilah tengok. Papa nak betulkan baju kejap." Balas Sungki lalu dia mendekati Jiyeon.
"Awak, tolong betulkan neck tie saya ni." Ujar Sungki yang sebenarnya dia hendak bermanja dengan isterinya.
"Awak nilah, bergambar je pun. Macam mana boleh senget-senget ni?" Jari Jiyeon ligat membetulkan neck tie Sungki.
Jisung sudah berada di hadapan monitor untuk melihat hasil tangkapan gambar itu. Dia sendiri terpegun dengan kecantikkan gambar yang ditangkap oleh photographer.
"Bang.." Jisung memanggil photographer tersebut yang sedang meneguk air mineral.
"Ya dik?"
"Bang boleh tolong tangkapkan gambar mama dengan papa saya tak? Buat ala-ala candid gitu." Pinta Jisung.
"Boleh dik. Untuk adik semua boleh."
"Okay cun." Jisung membuat signal thumbs up.
Photographer tersebut mula bersedia dengan cameranya tanpa Jiyeon dan Sungki sedar.
"Click!"
Kedengaran bunyi camera tersebut membuatkan mereka berdua tersedar seketika. Mereka saling memandang Jisung dan photographer tersebut.
"Cantiknya!" Ujar Jisung apabila gambar tersebut keluar daripada monitor.
Suka pula dia apabila melihat gambar candid itu menjadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Ficção AdolescenteThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022
