SEPERTI PERMULAAN CERITA aku sebelumnya, ianya masih bermula dengan aku, Delia, Kayla dan Gina.Memang sebelumnya ada konflik yang berlaku antara aku, Delia dan Gina tapi setelah beribu ungkapan maaf yang dikeluarkan dari mereka, akhirnya aku memilih untuk memaafkan mereka dan kami kembali tinggal bersama.Setahun Khalif pergi ni, banyak benda yang berubah.
Jadi tak hairan kalau aku dah berbaik dengan Delia dan Gina.Ya kesalahan dorang dengan memilih untuk tikam belakang aku memang salah tapi kenyataan sebenar membuatkan aku maafkan dorang.Aku tahu, sejak dari awal, tikam belakang aku adalah satu satunya pilihan yang dorang ada.Walau bagi aku pada mulanya, dorang penyebab kematian Khalif.
Tak, aku sengaja letak kesalahan aku pada dorang berdua walhal semua tu berpunca dari aku sendiri.Dan dengan itu aku memilih untuk tak maafkan dorang tapi pada akhirnya aku sedar, meletakkan kesalahan aku pada dorang hanya satu perkara yang patut aku malukan.
TOK ! TOK ! TOK !
"Tasha, sarapan time !!"Aku memandang pintu bilik yang seakan nak roboh.Tak lain tak bukan, yang mengetuk pastilah Kayla.Tak ada siapa yang akan ketuk pintu aku sampai nak roboh kalau bukan dia.
"Tak, kau takyah lah ketuk sampai nak roboh"Ujarku lalu membuka pintu bilik.Terjengah muka dia yang nampak macam tak makan setahun.Melihat Gina yang bersiap dihadapan cermin ruang tamu membuatkan aku mengeleng.Ni mesti cermin dia pecah lagi.
"Dah, korang cepat makan.Nanti sejuk tak sedap nak dijamah"Ujar Delia lalu menghidangkan pancake yang masih ber wap.Kayla dah terkinja kinja.Tak sempat dia mencapai pancake, Delia dah tepuk tangan dia.
"Asal ? Aku dah panggil tasha en ?"Rungut Kayla.
"Tunggulah semua duduk dulu.Kau punya melahap bukan main eh"Ujar Delia.Jelas sekali muncung di bibir Kayla.Apabila aku dan Gina mulai melabuhkan punggung, maka bergegaslah minah tu mengambil pancake yang di masak Delia.Kami yang melihat, hanya sekadar mengeleng, dah biasa agaknya memerhati pemandangan seketul Kayla.
"So, aku dengar kau nak lapor diri dekat Syarikat Alvin.Asal tak lapor diri dekat syarikat bapa kau terus ?"Soal Delia.
"Bapa aku suruh berlatih dekat syarikat Alvin sebelum ambil alih syarikat.Well kalau aku kerja dekat sana, mesti para pekerja like, semua hormat.Alah faham faham jelah"Ujarku.Ya aku akan lapor diri dekat Syarikat Alvin selama 3 bulan sebelum ambil alih Millions one.Pada mulanya aku taknak, tapi takkan aku nak duduk menganggur en ? So yah.Aku setuju untuk ambil alih syarikat bersama abang aku sebagai CEO dan aku COO.
"LOL, kau dahlah tak ada pengalaman berkerja dekat office"Ujar Gina.
"Hmm tulah sebabnya"Ujarku.
"Oh yah, tarikh perkahwinan kau dengan Jack bila ?"Soalku.Riak wajah Gina berubah lalu dia melepaskan keluhan.
"Kitorang akan adakan majlis dekat malaysia, family aku dan dia pun setuju sebab senang handle"Ujar Gina.
"Jangan risau, kitorang akan cuba datang"Ujar Delia.
"Ye ah, majlis perkahwinan kau kot.Takkan tak datang"Ujar Kayla dengan mulut yang penuh.
Ya Gina akan berkahwin dengan Jack, rakan Khalif.Aku dengar Jack dan Charles juga tikam belakang Khalif dan hubungan mereka dan Alvin renggang tapi tak lama selepas tu berbaik dan dekat situlah Gina dan Jack betul betul kenal and then tangkap cintun.
Lagipun dorang selalu digandingkan bersama tiap kali mereka memperkenalkan jenama nike mahupun adidas set couple.Like ramai penaja tawarkan dorang berdua untuk jadi model buat brand ni.
"Delia"Aku mengangkat wajah memandang Delia.Teragak agak ingin bertanya.
"Aku dengar kumpulan kau ada masalah dengan Lockwood"Mendengar ujaranku, Delia terdiam lalu tangannya digenggam erat.Kayla dan Gina terus sahaja memandang Delia.
"Asal tak bagitahu aku ? Kau tahu kumpulan tu takleh bawa main kan ? Silap hari bulan, DS boleh berada dalam gengaman dorang"Ujar Kayla.
"Sorry Del, aku dah tak boleh tolong kau macam dulu.Kau tahu, kumpulan abang aku pun ada dalam pegangan dorang"Terpapar diwajah Gina yang dia turut rasa bersalah.Dia juga tak ada pilihan.Kumpulan Lockwood kini bermaharajalela sejak The killer tak menonjol dan semuanya bermula sejak kematian Khalif.
Walau macam manapun, Lockwood masih tak dapat sentuh The killer sebab adanya Khaira dan Khailyn.
"Aku akan minta tolong dengan Khaira.Dorang dah melampau"Ujarku.
"Janganlah Sha.Aku taknak susahkan orang"Ujar Delia.
"Del, sampai bila lagi kau nak bergantung pada diri sendiri.Kau handle kumpulan tu berseorangan Del sejak ibu dan bapa kau meninggal.Kau expect aku akan diam ? Semuanya jadi lebih sukar kalau kau uruskan seorang diri"Ujarku masih bertegas.Delia menunduk.
"Aku nak pergi kerja.Aku akan bincang dengan Khaira, jangan buat benda yang akan buat kau menyesal Delia"Ujarku lalu berdiri.
A
KU DAN KAYLA melangkah masuk ke dalam Alfran's holding.Kayla pergi mengambil tempatnya manakala aku pergi melapor diri, setelah selesai melapor diri.Kayla pergi menunjukkan tempat aku dan tugas yang perlu aku lakukan.
Banyak benda yang aku kena handle padahal baru first day.Tingkat ni pun nampaknya ramai pekerja yang nampak sibuk gila seolah olah tiada hari esok so no wonder, kenapa aku kena habiskan masa dengar file file yang memecahkan otak aku sebab aku tak tahu.Nasib baik ada pekerja yang baik di sebelah aku, iaitu Tina yang sudi bantu aku dalam hal photostat semua."Aik Tasha, tadi kaulah yang beria tunggu lunch time.Ni asal still hadap kertas kerja ni ?"Soal Tina.Aku pandang Tina dengan riak wajah terkebil, button on telefon aku tekan lalu jam yang sudah menunjukkan waktu lunch tiba membuatkan aku menepuk dahi.Aduhai.
"Jom lah, aku dah teringin nak lepaskan diri dari kertas kerja tu, btw, Kayla tak lunch ?"Soalku bilamana melihat Kayla yang tak senang duduk.
"Dia memang kena tunggu bos selalunya sebab dia dengan bos memang akan lunch sesama.Kalau kau nak tahu, satu office dah ship dorang tapi lagaknya dorang tak ada apa apa hubungan sebab selalu gaduh"Bual Tina.Ajak aku gossip ker ?
"Ouhh"Itu sahaja yang aku balas.Dah tahu sangat yang Alvin dan Kayla memang tak bersekepala.Ada sahaja dorang nak bergaduh bila kitorang reunion.Oh ya, entah macam mana kitorang boleh jadi kawan tetiba.Sikap memasing buatkan kami rapat like bertahun tahun kawan.LOL.
"Jomlah Tina"Ujarku.
"Amboi, tak sabar nak makan nampak"
"Bukan tak sabar tapi taknak habiskan masa terluang ni sebelum hadap kertas kerja yang menyerabutkan kepala tu"Ujarku lalu majukan langkah terlebih dahulu sebelum Tina.
Uhh penat betul seharian ni.Asallah aku setuju untuk laporkan diri dekat syarikat member sendiri.
"Ehh Tasha"
"Oh Charles, nak lunch dengan Alvin ker ?"Soalku bilamana aku tetiba terserempak dengannya dihadapan lift.
"Haah.Mamat tu hadap kertas kerja lagi ker ? Aku takut Kayla mengamuk je"Ujar Charles.
"Kejap lagi minah tu mengamuklah tu"Ujarku.Charles tergelak.
"Oh ya, sebelum Gina dan Jack bertolak ke malaysia.Aku dan jack ada tempah tempat untuk kita hiking.Kau tanyalah yang lain kalau kalau dorang free"Ujar Charles.
"Nanti aku tanya, kalau dorang takleh pergi pun.Jangan risau, aku ada untuk paksa dorang"Ujaranku membuatkan Charles ketawa kecil.
"Okaylah, aku gi dulu"Ujarku.
"Haah, ape ape whatsapp jer"Aku angguk lalu melangkah masuk ke dalam lift bersama dengan Tina yang sedari tadi memerhati kami yang berborak.
-🦋
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...