SELAIN berkerja sebagai ahli kongsi gelap—okay terlalu ramah ayat dia.Delia juga berkerja sebagai photographer separuh masa.Dia tak berkerja dekat mana-mana agensi jadi boleh dikatakan yang dia street photograhper jugalah.Tapi orang boleh sewa dia asalkan kena dengan bayaran.
Dan tak seperti yang Delia harapkan, Charles sedang berdiri dihadapannya.Dia hanya harapkan satu sahaja hari ini, bahagia tanpa harus memikirkan keserabutan berkenaan kumpulannya namun bertemu dengan lelaki ini.Mana datangnya bahagia selain stress ?
Charles merupakan seorang stylist serta pelukis.Delia disewa untuk berkerjasama dengan lelaki dihadapannya ini dalam menjayakan sebuah majalah di bawah C-Ant.Sebuah brand yang sangat terkenal di London.Dan buat pengatahuan semua, brand ini milik Carinne Aisyah a.k.a Puan Rinne, ibu kepada Tasha.
" Terima kasihlah awak berdua.Sudi nak tolong Auntie.Nasiblah si Tasha tu sudi nak tolong Auntie.Dah memang kekangan orang ni" Delia tersenyum.Sebenarnya, dia juga sejak dulu peminat tegar jenama C-Ant.Itulah juga salah satu sebab dia terima tawaran Tasha.
" Buat masa ni, Auntie nak tema yang vogue.Black tapi menawan, but black just a background, dan itu, Auntie pasti Charls tahu macam mana nak handle" Ujar Puan Rinne.
Dan mereka pun berbincang mengikut keiinginan Puan Rinne.Menurut Delia, Puan Rinne sangat profesional dan terbuka.Ramah tapi sebenarnya garang.Okay itu kata Tasha.Tapi tengok Tasha hari-hari kena marah tu memang tak biasa bagi Delia.Kagum juga dia sebenarnya melihat Puan Rinne.Kenapalah agaknya Tuan Cave tinggalkan wanita berkarisma seperti Puan Rinne ni.
" Okay then, thanks for today.Awak berdua boleh tanda kontrak ni" Puan Rinne mengambil file yang diserahkan assistant nya lalu diberikan kepada Charles dan Delia.Kedua-dua mereka menurunkan tanda tangan.
" Nice to meet you guys dekat sini.Lepas ni, datanglah rumah Auntie ye.Oh ye Delia, sampaikan pada Tasha.Suruh dia balik, lama dah budak tu tak jenguk Auntie" Ujar Puan Rinne nampak tak puas di situ.Dia yang sibuk ni pun, masih ada masa nak luangkan untuk anak-anak dia.Tapi anak-anak dia, masing-masing sibuk tak kesudah.
" Mengelat agaknya Auntie" Ujar Delia.
" Mengelat aje.Auntie ni suruh kahwin je, untuk kebaikan dia juga.Dah 26 tahun, masih tak bagi mommy calon menantu.Gina tu pun dah kahwin, Auntie dengar" Bebel Puan Rinne.Delia dan Charles hanya menadah telinga.
" Haihh.. ni kalau Delia dengan Charles kahwin, jangan lupa jemput Auntie.Umur masing-masing dah nak dekat thirty series kan ?" Pulak dah.
" Auntie kam—"
" Baik Auntie" Automatik Delia pandang Charles.
" Okaylah, Auntie pergi dulu, dah masuk solat zohor ni.Assalammualaikum"
" Waalaikummusalam Auntie" Kedua-dua mereka memandang kelibat Puan Rinne yang mulai menghilang.Segera Delia berjalan pergi dari situ, tak betah dia berada dekat dengan Charles.
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...