Bab 20 : Anestia drugs

14 2 2
                                    

SCREEN LAYAR BESAR yang berada di hadapan, Tasha perhati lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SCREEN LAYAR BESAR yang berada di hadapan, Tasha perhati lama.Disitu terpampang wajah-wajah penjenayah bersiri dari seluruh pelusuk dunia yang menyuludup masuk ke dalam negara ini.Bukan hanya Tasha, tapi ada lagi ramai di situ termasuk ejen-ejen muda.

Hanya satu nama yang buatkan Tasha tertarik.Khalid Zei atau lebih tepat Tengku Khalid, bapa kepada Khaira dan Khailyn.Sejak dari mula memasuki The killer dahulu, Tasha terlebih dahulu selidik latar belakang Khaira, Khailyn dan Khalif.Dia bukannya benak sangat sampai rela masuk kumpulan tu macam tu je.

Setakat Khalid Zei yang menyeludup senjata haram serta penjualan ubatan tanpa kelulusan perubatan, itu cukup dia tahu.Dari hal yang kecil sehingga besar, semua ada di tangan Tasha.Namun walau begitu, ianya bukan urusannya.

Tasha kemudiannya membuka langkah untuk pergi sebelum Edith menahannya.Dia jadi terkebil-kebil, cuba untuk ingat, dekat mana dia pernah jumpa budak ni agak-agaknya.

" Hi Agent Tasha, saya Agent muda Edith" Tasha hanya memerhati budak itu mengoncang kuat tangannya dan Tasha hanya sekadar senyum.

" Saya dekat sini nak minta Agent Tasha jadi mentor saya"Ujar Edith penuh yakin sebelum dia memberi isyarat agar Tasha menundukkan sedikit kepalanya.Saat itu, Tasha jadi ikut je kehendak budak tu.

" I want to be powerful just like you...daxzel 7" Mendengar itu, automatik Tasha dapat goosebumps, macam mana pula budak ni boleh tahu ? Tasha mengeleng sendiri, takkan ada apa yang berlaku.

" I am but aku rasa, aku tak boleh ajar kau.I'm busy" Balas Tasha dalam nada bisikkan sebelum kakinya melangkah lurus meninggalkan Edith yang tersenyum-senyum.Dia akan pastikan yang dia akan jadi hebat suatu hari nanti.Dengan itu, pasti akan ada ramai yang memerlukan bantuannya.

Sebaliknya di tempat Tasha, gadis itu tenang sahaja memasuki hall sebelum kakinya tergelincir dan mendarat di atas lantai dalam keadaan terduduk melunjur.

" Aduh bontot aku" Tasha memegang punggungnya lalu berdiri perlahan-lahan sebelum matanya tertacap pada Kim yang sedang rajin mengemop lantai.Ini bukan rajin tapi nak membunuh dah ni.Nasib bontot, kalau kepala, mahu koma sebulan.

" KIMMMMMMM THE H*CK ARE YOU DOING !!" Tasha jadi bengang.

" Oh dah sampai ?" Kim meletakkan penyapu mop di atas lantai membiarkan air-air yang menyerap pada penyapu membajiri lantai.Tak sempat Kim menuju ke arah Tasha, tubuhnya pula mencium lantai yang serba basah.

Tasha pandang Kim semacam.

********

GAMBAR YANG DIAMBILNYA melalui fail yang dicuri secara haram haritu di perhati lama.Gila kau dia nak bawa fail tu masuk sini, mahu ke bilik tahanan.No wonder lah dia daxzel 7, member otak geliga kot.

Geliga tak geliga, matanya melirik kearah Kim yang sedang duduk sambil matanya menatap ke arah kaca skrin laptop.Kekadang dia menoleh memerhati Tasha kemudian cepat-cepat pandang laptop miliknya.Mahu tak gerun, bukan main mengamuk Tasha tadi.Macam singa mengaum.Kecut Kim jadinya.

Dia cuma stress je, itu yang nak rajinkan diri kemas hall mereka yang memang sedia bersih tu, namun lain yang jadi apabila Tasha tetiba memarahinya.Oh my takut ! But still, Tasha comel bila marah, yang tak mengcomelkan tu bila dia mengamuk serupa singa meroyan.Ya ampun.Kim yang tak ada agama pun rasa nak mengucap.

" Geez !" Ha kau.Suara Tasha, bukan main kuat.Tejut Kim.

Sebaliknya Tasha sudah berlari anak ke arah Geez yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam hall sambil mengunyah sosej.Lapar betul gamaknya.

" Tak baik makan berdiri" Ujar Tasha lalu menghabiskan sosej dalam pegangan Geez yang tinggal separuh.Lelaki itu yang selama ni memang jenis tenang sahaja automatik membulatkan mata seraya itu mengoncangkan badan Tasha berkali-kali.

" Keluarkan !! Keluarkannn !"Paksa Geez.Member lapar kot, kesianlah.Tasha segera menepis tangan Geez, mak aii kuat.Melihat tingkah Geez terus Tasha teringat Kayla.

" Kau dah kenapa ?" Tasha menepuk dahi Geez kuat sehingga tubuh sasa lelaki itu terkebelakang.Kemudiannya lelaki itu menjeling Tasha tajam sebelum Tasha menariknya masuk ke dalam bilik Geez.

" Pehe mu ni ?" Tasha mengendahkan soalan Geez sebaliknya terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

" Duduk jap, aku nak bincang" Ujar Tasha lalu mengeluarkan file daripada beg yang dibawanya lalu dia berikan kepada Geez.Lelaki itu kemudiannya mengambil file itu lalu duduk di samping Tasha sambil membelek isi di dalamnya.

" Ini kes penculikan tahun 2014 kan ? Macam mana ada dengan kau ?" Soalan Geez membuatkan Tasha segera merampas file itu lalu membetulkan duduknya mengawal rasa nervous.Dia hanya berharap agar Geez dapat membantunya.

" Anestia drugs, did you know how that thing works ?" Soal Tasha.

" Tasha kau ambil kes kakak kau right ?" Geez memandang Tasha tajam.Gadis itu melepaskan keluhan.

" Please Geez, untuk kalini.Aku perlukan bantuan kau" Tasha memegang tangan Geez berharap agar lelaki itu memberikan simpati padanya.

" Kau mati kalau Leo tahu.Kau tahu yang sekarang kita tengah handle kes tu dan kau boleh sesuka hati selidik kes kakak kau.Trust me, if Leo tahu, dia akan kick kau keluar dari team" Ujar Geez.Tasha menyerabutkan rambutnya lalu melepaskan keluhan.Dia tahu tapi benda ni dia dah tunggu lama.

Dia bukan seseorang yang penyabar.

" Kalau taknak sudah ! Aku boleh cari sendiri" Tasha langsung bangun namun Geez menariknya untuk duduk sebelum lelaki itu bangun mencari sesuatu di dalam mejanya.Actually, ini bukan bilik tidur tapi makmal Geez dan makmal ni sepatutnya jadi bilik Geez.

" This" Geez menyerahkan bikar kecil berisi cecair kepada Tasha.Gadis itu terkebil-kebil.Blur lah sebab dia tak tahu apa bendanya tu.

" Benzodiapen digunakan dalam Anestia drugs yang berfungsi untuk melembapkan aktiviti di bahagian utama otak, termasuk yang terlibat dalam pemindahan peristiwa daripada ingatan jangka pendek kepada jangka panjang" Terang Geez.

" Ohhhhhhhhh....tak faham" Geez menjentik dahi Tasha sehingga gadis itu berdecit kecil.Geez kemudian duduk bersila menghadap Tasha.

" Anestia ni berfungsi untuk menyekat sistem saraf kita iaitu otak, saraf tunjang dan saraf.Senang cerita dalam sains pun budak sekolah dah belajar yang manusia bertindak mengikut talian otak dan refleks.Jadi benda ni boleh bagi kesan macam hilang ingatan, and totally ianya memberi effect buruk pada tubuh kau" Tasha mengangguk faham mendengar penjelasan panjang lebar dari Geez.

A bit related tho.

" Baek dho kau Geez, sape dhoo kau, nasib tak berbelit otak aku nak hadam.By the way, pasal benda ni, aku harap sangat kau tak bagitahu Leo tentang ni" Ujar Tasha lalu dia menelek jam sekilas.

" Ye"

" Masehh Geez.Aku gerak dulu, Leo mesti dah naik angin aku datang lambat ke bilik latihan" Ujar Tasha lalu melambai kecil kearah Geez.Puas rasanya bila dia mendapat sedikit info.

Agent Natasha : DrugsWhere stories live. Discover now