SELESAI rawat luka aku di medical tadi, aku bergegas pulang ke rumah.Tak mahu bertembung dengan Zaas atau hal akan jadi lebih kekok.Sebenarnya aku ada rasa bersalah juga sebab terlebih emosi, aku tak sepatutnya cakap macam tu dekat Zaas.Tapi fakta yang aku rimas bila Zaas overprotective tu memang aku tak boleh nafikan.Tak bukan rimas tapi dia layan aku macam aku ni lemah sangat.Cedera, biasalah untuk seorang ejen, apa yang dia nak fikir serius sangat pasal aku.Sebelum masuk sini pun, aku dah bersedia untuk terima bermacam risiko termasuk kecederaan, even dengan kumpulan Khalif dulu pun aku cedera juga.
Jadi kecederaan bukan benda serius bagi aku.Okay ianya melibatkan nyawa tapi tak payahlah nak serius sangat, aku tahu juga macam mana nak jaga diri.Aku masih sayang nyawa aku, there's no need to overprotective.
By the way, sekarang aku dah sampai rumah.Letih bebel.
" Tasha ? Baru balik ke ?" Masuk sahaja, tersembul wajah Delia di ruang tamu.Television buka tapi orangnya tengah sibuk hadap komputer.
" Nak aku panaskan lauk ke ? Selalunya si Kayla tu balik awal.Lambat pula dia balik harini" Ujaran Delia buatkan aku teringat apa yang telah aku lakukan pada Kayla.Entahlah, rasa bersalah pula dengan Kayla.Tapi aku tak tahu macam mana nak cakap, aku harap sangat kalau sampai suatu hari Kayla dapat tahu, dia akan faham aku.
" Tak payahlah, aku tak lapar.So macam mana rasanya collab dengan Charles" Usikku lalu melabuhkan punggung di atas sofa.Haritu mummy ada minta aku cari photographer dengan stylist.Aku pun suggest Delia dengan Charles.Dorang berdua ni, bila entah nak habis perang dingin.
" Good, dia professional and same as me.Lagipun kitorang work partner" Ujar Delia memberitahu pendapatnya.Mendengar itu, aku tersenyum.Baguslah, dua-dua overwork, dua-dua professional.
" Dan kau, kau hilang mana lepas resign syarikat Alvin ?" Soal Delia.
" Work part time.You know me well, lagipun aku tak sedia nak pegang syarikat bapa aku.Nanti-nantilah" Balasku tenang.Ini Tashalah, sangat ahli dalam menipu orang.
BAMMM !
" OH NOO !! MY PERUT IS SO HUNGRY" Aku dan Delia memandang Kayla yang masuk-masuk terus duduk lalu makan.
" Biar aku panaskan lauk dulu.Kau balik lewat pun tak bagitahu" Ujar Delia lalu bangun memanaskan lauk.Terbatal niat Kayla nak makan, dia hanya memerhati Delia yang sedang memanaskan lauk.Melihat Kayla yang masih Kayla, aku tersenyum.I glad.
" Makan je keje engkau.Gemuk nanti baru tahu" Ujarku lalu membuka peti ais mengambil susu kotak yang baru dibeli Delia.Dalam rumah ni, bab dapur memang Delia yang ambil alih.Tak kira dia sibuk ke ape, dia memang akan ambil alih kerja-kerja dapur termasuk barang makanan.Tentulah kitorang salur duit terutama sekali Kayla.Bab duit minah tu memang tak berkira.
Berkenaan Gina, dia duduk malaysia untuk berapa bulan lepastu dia balik sini balik sebab dia dengan Jack kan memang kerja sebagai model.Itulah kerja tetap dorang—eh tak, Jack ada Restoran, katanya dia main buka je tapi last last ramai pula pelanggan.
" Oh yah, jadi ke kita balik malaysia bulan 8 ni ?" Soal Kayla sambil mengunyah kek.
" Dah tempah tiket kan ? Mestilah jadi" Ujarku.Memang kitorang fikir nak reunion ke Malaysia ramai-ramai.Al maklumlah, tinggal negara orang ni, jadi rindu negara sendiri padahal baru balik haritu.Tapi kejap je kot.
" Onyeh ! Aku tak sabar.Oh yah, minggu depan aku pergi singapore taww.Nak jumpa mak ngan ayah aku.Jangan rindu tau !" Ujar Kayla.
" Yaksss aman damai rumah ni nanti" Ujarku.Kayla mencebik bibir.
" Nanti jangan lupa bawa balik ole ole" Ujar Delia pula.
" Baik bos !" Ujar Kayla.
**********
BAYANGAN, suara dan nadanya berlegar-legar dibenak fikiranku.Ironisnya, dulu rasa ini sangat biasa tapi sekarang, ianya agak tak biasa bagi aku.Mimpikan Natalie dulunya adalah biasa, dia kerap datang dalam mimpi aku.Menghantui setiap hari-hariku namun dia lenyap begitu sahaja.Dan semalam, dia datang pada aku kembali.Datang mengingatkan peristiwa itu pada aku.Sukar untuk aku lupakan.Macam mana aku nak lupa kalau benda tu adalah salah satu kelemahan aku ? Natalie.Dia hilang, semua salah aku.
" Aku akan baiki Master 101 dengan syarat setelah habis kes yang tengah kami handle ni.Bagi kes Natalie, dekat aku" Dan aku bersedia untuk hadap risiko kes Natalie walau seberat apa pun.Yang penting, aku akan selesaikan kes ni secara adil dan tangkap orang-orang yang masih terlepas atas alasan membuat Natalie sengsara.
" Baik, kalau macam tu.Sila tanda tangan surat perjanjian yang kamu akan baiki Master 101 tanpa berpatah balik atau membuka mulut berkenaan robot ini" Ujar Jeneral Kwyzerk.Tanpa membuka mulut atau membantah, aku menanda tangani surat perjanjian itu.
Dan selain itu aku berjaya mendapatkan file kes Natalie sebab aku akan siasat benda ni seorang diri.Tasha ikut peraturan ? Sejak bila ?
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...