Bab 17 : The punishment

15 2 0
                                    

[ Part ni ada adegan ekstrem kit, jangan tiru tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Part ni ada adegan ekstrem kit, jangan tiru tau . bahaya untuk kanak-kanak sksk]

*****

            SEMALAM, Kim berjaya melacak lokasi penjualan kedua mereka iaitu di lorong flyware.Tempat di mana penjualan terbuka diadakan, akan ada ramai pendatang asing atau lebih tepat pelancong yang akan pergi ke sana dengan tujuan ingin membeli cenderamata.

Kebanyakkan barangan Flyware bermutu tinggi dan harganya sangat murah menyebabkan ianya menjadi salah satu tempat utama buat pelancong yang datang ke sini.Entah bagaimana agaknya mereka boleh menjual dekat tempat yang banyak pelancong asing.Jangan cakap dorang jual dekat pelancong asing sudahlah.

" Found it !" Segera Zaas memberikan teropong kepada Leo.Ya, sejak dari tadi kami memerhati kegiatan mereka dari atas.Memandangkan dekat bawah ada ramai orang, kami tak boleh nak serang membabi buta.

" Nak tengok" Pintaku lalu Leo menyerahkan teropong kepadaku, kelihatan dari bawah, kumpulan mereka masing-masing membawa beg berwarna hijau tua berlambang sayap seperti yang Kim katakan.Muka masing-masing macam pailang dan aku sangat kenal wajah-wajah itu.

Bekas anak-anak buah dragon.

Hm macam ni ek dorang merempat lepas bos dorang kena sumbat masuk lokap.Pity on them.Haha, aku tak adalah kenal semua tapi parut dekat muka dorang tu, siapa lagi yang buat kalau bukan tangan aku ? Takkanlah aku boleh lupa hasil seni yang aku tinggalkan pada mereka ?

" Geez and Kim in position.I need to go downstairs" Ujar Zaas namun dihalang Leo.

" No need to rush.There's a lot of people here.Aku tak nak terjadi sebarang isu yang akan membabitkan seluruh kedai dekat sini" Ujar Leo.Betullah apa yang Leo cakap, kalau sampai babak kejar-mengejar terjadi.Pasti kedai-kedai dekat sini akan menjadi mangsa.

Zaas pada akhirnya mengalah lalu menyerahkan semua, sepenuhnya pada Geez dan Kim.

" Geez guna ubat dia ke ?" Soal Zaas tatkala melihat satu persatu dari mereka pengsan angkara Geez dan juga Kim.

Geez merupakan salah satu dari kami yang mahir dalam sains.Dia selalu cipta ubat-ubatan untuk menyerang para musuh dan semestinya ubat-ubatan yang dia buat, semua memiliki kebenaran dari pusat kesihatan kerana semuanya tak merbahaya dan hanya memberi sakit sampingan.

" Sorang terlepas, dia masuk bangunan dua langkah dari korang " Ujar Kim melalui earpod.

" Biar aku pergi" Ujarku.

" Tak boleh.Bahaya Tasha !" Bantah Zaas.

" Biar dia pergi" Arah Leo.

" Leo !!" Zaas memandang Leo tajam.Aku tersenyum lalu bergegas berlari kearah bangunan yang diberitahu Kim.Aku menggunakan jalan short cut agar lebih cepat sampai.

Agent Natasha : DrugsWhere stories live. Discover now