SEPERTI yang dirancang Leo, malam ini mereka semua bersiap untuk menyerang markas The orked.Mereka kekurangan maklumat berkenaan Underole, hal itu menyebabkan idea gila ini jadi.Jangan cakap berapa kali Tasha membantah rancangan Leo dan sebaliknya mereka bergaduh sebab Leo yang degil dan tetap dengan rancangannya.
Tak ada siapa kot yang sanggup khianat kawan sendiri.Okay itu terkecuali Delia dan Gina lol.Lagi pula, Kayla sangat rapat dengan Tasha berbanding Delia dan Gina, takkanlah sampai hati sangat dia nak khianat Kayla ? Memangnya dia tak ada hati perut ?
Walaupun begitu, ya Tasha juga terpaksa turut serta.Dia sudah fikirkan dari sudut positif, asalkan tak ada Kayla.Semuanya akan okay, lagipun markas yang dorang temukan, bukan markas utama.Ada kemungkinan besar, Kayla tiada di situ.
" Tasha kau betul nak ikut ? Kalau takut stay belakang aku tau" Tasha tergelak kecil lalu mengangguk.Takut ? Untuk apa dia takut.
Setibanya di markas The orked, Zaas seorang diri menyelinap masuk lalu memberitahu bilangan orang-orang yang berada di dalam markas.Kira-kira sembilan per sepuluh orang.
Seperti biasanya, Kim berkerja dibalik tabir.Dia tak ikut serta untuk malam ni, sepatutnya Tasha tak ikut tapi Leo yang bertegas suruh Tasha ikut.Bukan Leo tak tahu yang Tasha pandai seni mempertahankan diri, sebagai ahli baru, Leo tak mahu beri muka sangat pada Tasha.
" Serang terus" Mendengar arahan Leo melalui earphone.Geez dan Zaas terus menendang pintu masuk markas, setelah itu Leo menarik Tasha untuk bangun lalu turut berlari kearah markas.Tasha mencebik bibir, ingat dia ni barang ? Boleh ditarik kesana dan kesini ?
Masuk sahaja ke dalam markas babak aksi bermulai, Tasha hanya berlindung dibelakang Leo atas kehendak lelaki itu.
" Tasha watch out !!" Tangan Leo melingkari pinggang Tasha, gadis itu ditarik ke tepi apabila tong-tong itu nyaris-nyaris mengena ke arah mereka.
Tajam pandangan Leo kearah gerangan yang menolak tong-tong itu kearah mereka.Tasha menekup mulut melihat Leo mengerjakan lelaki itu tanpa belas kasihan.Tak membiarkan Leo hebat sorang-sorang, Tasha turut ikut serta.
Seorang lelaki yang ingin menyerang Geez ditahan olehnya.Satu sepakkan dihadiahkan tepat di kepala lelaki itu, sebelum sempat lelaki itu bertindak.Satu lagi tendangan, Tasha hadiahkan tepat di perut lelaki itu.
Zaas memandang dengan mulut yang terlopong.Seram je.Tendangan dia bukan main-main.
Setelah mengerjakan sorang lelaki, Tasha berhenti.Tak mahulah dia teruskan.Baik dia perhatikan dorang.Tanpa sedar, sejak tadi matanya hanya terarah pada satu arah.
Leo.
*********
SELESAI membuat babak ber-genre action tadi.Kim mengheret Leo ke kedai berdekatan, semua orang tengah penat.Boleh pula mamat Leo ni nak pergi soal siasat anak buah The orked tadi.Walau dah tengah malam, sudah tentu masih ada kedai yang buka, oh bukan kedai tapi bar.
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...