Bab 7 : Come back

12 1 0
                                    

                JENERAL rusell meneliti file yang baru diambil dari unit pertahanan diraja united kingdom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                JENERAL rusell meneliti file yang baru diambil dari unit pertahanan diraja united kingdom.Sepatutnya ini tugas Jeneral Nua tapi Jeneral rusell yang terpaksa ambil alih dan semuanya bermula dengan seorang Agent Muda bernama Edith.

" Yee ! Jeneral panggil saya ?" Baru cakap dah muncul.

" Pergi ke kelas Agent Muda Edith.Hari ni kelas Agent Leo" Mendengar ujaran Jeneral Rusell.Edith menekup mulut lalu lesap begitu sahaja.Jeneral Rusell hanya sekadar mengelengkan kepala.Sudah biasa.

" Ada apa-apa maklumat Agent Raiya ?"Soal Jeneral Rusell.

" Sekejap, saya cuba nak minta izin pihak atasan untuk teliti rekod siasatan beberapa tahun lepas"Ujar Agent Raiya.Matanya tak berkelip memandang komputer seolah-olah ingin memastikan sesuatu.Jeneral Rusell yang melihat hanya sekadar mendiamkan diri.Sudah berapa tahun dia menjadi atasan Agent Raiya.Oleh itu, segala tingkah laku gadis itu juga sudah dapat dibacanya.

" Jeneral saya dah dapat alasan yang sahih untuk Tasha masuk dalam agensi ni" Ujar Agent Raiya penuh teruja.Apakan tidak, sudah hampir berapa tahun juga dia mencari maklumat Tasha.Bukan senang nak cari maklumat mengenai seorang bekas hacker.Mereka sangat mahir dalam menyorokkan identiti mereka.Tak komputer rosak, mungkin sistem akan di godam.

" Explain" Ujar Jeneral Rusell sambil membelek borang di tangannya.

" Tuan ingat mengenai kes yang dikendalikan oleh kumpulan 1 pada 15 tahun lepas ? Mengenai penculikkan seorang gadis untuk dibuat sebagai bahan uji kaji ? Sehingga sekarang kes itu masih belum selesai.Sepatutnya kes ni sudahpun di tutup tapi Jeneral Kwezyrk membuka semula kes ni pada tahun lepas.Tapi masih gagal dan akhirnya kes itu ditutup" Cerita Agent Raiya penuh teliti.Jeneral Rusell terangguk-angguk.

" Apa kaitannya dengan tasha ?" Soal Jeneral Rusell.

" That's the point.Orang yang diculik itu adalah kakak kepada Tasha atau lebih tepat namanya Christina Natalie.Tak ramai yang tahu mengenai hubung kait mereka berdua ni sebab keluarga Tasha tak mahu mengungkit mengenai hal ini lagi.Saya rasa ini boleh menjadi asbab untuk Tasha masuk dalam agensi ni" Terang Agent Raiya.Jeneral Rusell terangguk-angguk.Agak tak percaya sebenarnya.

" Dan awal-awal lagi saya memohon maaf Jeneral.Sangatlah susah untuk saya ceroboh privasi keluarga Cave.Pertahanan yang tasha cipta untuk keluarganya lagi sukar berbanding pertahanan tentang maklumatnya sendiri" Ujar Agent Raiya.

" Saya faham, lepas ni.Kita hanya mampu mengharapkan keputusan Tasha.Saya juga takut kalau dia menolak, susah saya nak menjawab pada pihak atasan"Ujar Jeneral Rusell.

" Saya harap semuanya berjalan lancar"Ujar Agent Raiya.

**********

                  SETELAH beberapa hari setelah habis camping.Mereka mengemas barang-barang untuk pulang walau mereka masing-masing tak bersedia untuk pulang lagi.Walau hanya tiga hari, dua malam.Sudah banyak kenangan yang mereka cipta di sini.

Agent Natasha : DrugsWhere stories live. Discover now