PADA HARI MINGGU ini, Tasha bercadang untuk mengajak rakan-rakannya keluar memandangkan Gina dan Jack sudah tiba di sini beberapa minggu lepas.Mereka yang lain pula turut setuju, al-maklumlah, sekarang ni susah betul nak nampak batang hidung masing-masing.
Kayla sekarang semakin sibukkan diri dengan kumpulannya.Dia juga masih berkerja di Syarikat Alvin.Delia pula mulai rapat dengan Charles tapi tidak seperti dulunya, hanya sekadar rakan sekerja manakala Gina dan Jack mulai berkerja semula setelah selesai membuat hal pemindahan rumah.
Manakala Tasha ? Biasalah, sudah semestinya kes belum selesai tapi takkanlah dia nak hadap kes 24 jam kan.Jadi sementara ada masa terluang ni, dia nak habiskan masa dengan rakan-rakannya.Asyik menghadap lelaki tiga ekor tu aje, jadi rindu dengan kawan-kawan perempuannya ini.
" Sekarang kita nak pergi mana dulu ?" Dan orang yang akan bersuara dulu semestinya Delia, sebab dia tahu yang nanti Kayla, Tasha dan Gina akan bertekak.Sorang nak pergi situ, sorang nak pergi sini.
" Makan dululah, kita kena tambah energi sebelum pusing satu mall ni" Rasanya boleh agak siapa yang akan bersuara, siapa lagi kalau bukan seketul Kayla.Padahal dia dah bantai dua pinggan nasi goreng pagi tadi.
" Otak kau, kata nak main trampolin tu.Buatnya termuntah masa lompat-lompat tu" Tasha membantah.
"Lepas makan tu, kita jalan-jalanlah dulu.Delia kata nak beli iphone 15 yang baru tu kan" Kini Kayla menambah lagi.Tak mahu kalah, dia mesti menang.Makan is number one.
" Itu last-last pun boleh" Kini Delia bersuara.
" Jomlah kita pergi tempat tu dulu.Aku nak merasa lompat-lompat atas trampolin" Ujar Gina lalu dia menarik Tasha pergi tanpa sempat Kayla bersuara.Gadis itu sudah mencebik sedih.Delia hanya sekadar mengelengkan kepalanya lalu menarik Kayla pergi bersamanya.
Mereka kemudian menuju ke Star Gen yang menempatkan pelbagai jenis permainan yang macam-macam.Kayla yang tadinya murung terus ceria semacam malah dialah paling tak sabar nak masuk.
Apabila tiba masa giliran mereka, Kayla terlebih dahulu berlari mengambil bola lalu dia melompat ke atas trampolin lalu cuba untuk memasukkan bola ke dalam jaring.
" Dia pula terlebih teruja" Ujar Gina lalu mengelengkan kepalanya, dia kemudian duduk disebelah Tasha.Mereka memilih untuk bermain game.Sejak-sejak dengan Jack ni, makin terpengaruh Gina nak main game.
Sementara itu, Delia sibuk merakam mereka dengan senyuman dibibirnya.Biasanya memang dia yang ambil alih dalam rakam-rakam semua ni sebab dia suka.Kalau nak di kira berapa buah album yang dia buat khas untuk rakan-rakannya, memang sangat banyak.Delia sebenarnya tak pernah ambil gambar manusia, selain , tapi dia suka menangkap gambar rakan-rakannya.
" Delia ! Delia ! Jom main tuuu !" Kayla menarik Delia ke dalam sebuah tempat yang suasananya tak ubah seperti kelab malam tapi bukan.Ianya tempat tarian yang lantainya dipenuhi cahaya warna warni.
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...