SETELAH kekecohan yang berlaku di agensi itu, masih tidak ada siapa yang mampu merungkai siapa dalang disebalik kejadian itu.Dan kes itu ditutup begitu sahaja kerana tidak ingin ejen-ejen lain panik akan hal ini, lagi-lagi ejen muda.
Pada hari ini, akademi itu menjalani ujian terbuka bagi ejen-ejen muda iaitu ujian ketangkasan dan kelebihan dalam pertarungan.Maka dengan itu para jeneral, ejen serta ejen muda diwajibkan untuk berkumpul dan melihat pertarungan itu serta memilih ejen paling layak untuk mewakili highest agent dalam menjalankan misi-misi besar.
Dalam pada masa ejen-ejen muda itu memanaskan badan penggera kecemasan berbunyi.Kali ini ianya menandakan bahwa ada penceroboh yang masuk.
Beberapa orang ejen atas bergegas ke pintu utama dan beberapa orang lagi pergi memeriksa cctv.Namun malang sekali cctv di situ tidak berfungsi.
Tasha yang kini berjaya memasuki gerbang akademi itu melempiaskan nafas panjang.Lama tak buat kecoh.Kalau bukan disebabkan kakaknya dia takkan sesekali jejakkan kaki di sini.Ya, kalau bukan disebabkan mereka tak membuka kes mengenai kakaknya, pasti Tasha tak akan jejakkan kaki di sini.
Tasha memiliki seorang kakak namun dia disahkan meninggalkan dunia dan sampai kini kes kematian kakaknya tak mampu dirungkai.Even tasha sendiri tak mampu nak rungkai kes tu.
Masuk sahaja Tasha di dalam, beberapa orang ejen sudah berjaga dihadapan termasuk Leo, Geez dan Zaas yang turut berada di situ.Tak usah dikatakan betapa terkejutnya mereka melihat kehadiran Tasha di situ.
"Tasha ? Seriously" Terkedip-kedip mata Zaas.Tasha tidak memaparkan sebarang riak selain sibuk mengawal sesuatu menggunakan tab miliknya.Serentak dengan itu, sistem kawalan akademi kembali berfungsi.
"Uhh well, i know that's kinda rude.Datang dalam keadaan macam ni but aku setuju untuk masuk agensi ni.Bukan itu yang korang nak.. hurm Agent Raiya ?"Tasha memandang tepat kearah Agent Raiya sehingga membuatkan gadis itu tersentak.
********
SETELAH selesai menyiapkan laporan yang harus dia lakukan secara berulang-ulang disebabkan oleh seketul Alvin itu.Akhirnya ada juga waktu untuk dia melelapkan mata sekejap.Sudahlah semalam anak buahnya buat masalah, terpaksalah dia turun padang walau kerja memang dah belambak gila.
Tiba-tiba, meja kerjanya diketuk perlahan tapi sangat kuat pada pendengaran Kayla.Dengan mata yang kuyu, dia memandang ke arah gerangan itu.
"Jom pergi rumah aku"Ajak Alvin berserta riak wajah selamba.Kayla membulatkan matanya, terus hilang segala lelah.Mamat ni gila ke ape ajak pergi rumah dia.Nampak psiko je.
"Bos gila eh or ada masa wayar tercabut ?"Soal Kayla sambil memusingkan jari telunjuk.Alvin tersenyum kecil.Aduhlah Kayla.
"Kau PA aku kan ? Jom jelah.Lagipun aku ada maid"Ujar Alvin.Kayla menjeling Alvin tajam lalu mengambil beg nya kasar sebelum pergi meninggalkan Alvin.Dahlah semalam lelaki itu menjatuhkan aiskrim kitkat satu bekas miliknya.Banyak tau, bukan sikit.Dekat sini dahlah susah nak cari aiskrim halal.Huaaaa.
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...