KERTAS yang berada ditangannya dia pandang lama sebelum kerusi ditendangnya.Tak puas, macam mana agaknya Jeneral tahu bahwa dia ponteng ke malaysia.Habis dia disuruh membuat laporan memohon maaf.Okay, itu memang salah dia tapi ianya lagi memalukan bila nama dia terpapar di screen besar akademi atas sebab melakukan kesilapan dengan ponteng tugas.Malas memikirkan itu, Tasha melangkah menuju ke bilik Agent Raiya untuk menyerahkan laporan.Saja Tasha menghantarnya lewat malam, alasannya tentu kerana malas nak dengar orang sibuk mengumpat berkenaan dengannya.
Selesai sahaja menyerahkan laporan, Tasha melangkah keluar dari akademi untuk pulang.Memikirkan bahwa dia akan melalui banyak jalan berliku-liku sebab akademi ni tersorok buatkan Tasha nak menjerit biar keluar anak tekak.Dahlah dia penat ni, dengan tak tidur lagi.
Sebelum sempat Tasha mengeluh, matanya tertacap pada Leo sebelum perlahan-lahan senyuman dibibirnya terukir panjang.Segera dia berlari anak kearah lelaki itu lalu kereta milik Leo di bahagian sebelah penumpang dimasukinya.Leo yang baru nak start enjin terkejut bilamana muka tak bersalah Tasha terpapar disebelahnya.
" The heck are you doing ? Get out" Arah Leo menolak Tasha menggunakan kotak tisu agar gadis itu keluar dari keretanya.Tasha memandang Leo jengkel, jijik sangat ke dia ni ? Bukan dia tak perasan yang Leo sedang mengelak dari melakukan kontak fizikal antaranya.Masa dia nak keluar, Leo sanggup menjaga jarak berapa meter agar mereka tak bersentuhan walau sedikit.Parah mamat ni.
" No out ! Hantar aku" Arah Tasha dengan gaya bossy nya.Kini Leo pula yang jengkel, rasa nak ketuk kepala minah ni.Kemudiannya, dia mengerakkan kereta untuk keluar dari kawasan akademi yang memang berbelit jalannya.Tasha pula dah tersenyum.Jimat duit, tak payah dia telefon grab.
Namun semakin jauh perjalanan dorang semakin berkerut dahi Tasha, ni dah melencong dari arah tuju rumahnya ni.Dia tak bagitahu Leo pun rumah dia dekat mana cumanya tak sempat dia nak terang Leo dah membelok kereta ke tempat lainnya.Bila dia cakap, Leo diam sampaikan Tasha naik geram lalu turut diam dan mengeluarkan telefon untuk meredahkan amarahnya.Mamat tu memang tak pernah tak buat dia marah.
Apabila kereta mulai berhenti, Tasha mengalihkan pandangannya dari telefon sebelum matanya membulat melihat tulisan besar terpampang besar di situ 'Lebousy club'.
Tak sempat Tasha bersuara, Leo sudah keluar.Segera Tasha keluar juga.
" Jom" Tasha memandang Leo yang sudah menarik hujung bajunya.Memang tak mahu kontak fizikal langsung ! Tasha ikut sahaja Leo masuk ke dalam tempat yang bising gila dengan perempuan berpakaian separuh bogel yang sedang memainkan musik.Yaks.
Tasha kemudiannya duduk di sebelah Leo tatkala lelaki itu duduk di meja bar.
" Our martinez here !!" Barista itu tampak sangat gembira dengan kedatangan Leo sebaliknya Tasha hanya sekadar memandang sekeliling menghiraukan Leo dan barista itu membuat jejak kasih.
" So order ?"
" Champagne-"
" No, just give him soda.Me too !" Ujar Tasha memotong kata-kata Leo.Lelaki itu memandang Tasha tajam sebelum barista itu akhirnya melangkah pergi untuk menyediakan air soda buat mereka.
" Islam don't drink alcohol.You should stop, this is not right" Ujar Tasha.Walau dia juga terpesong jauh dari agama sendiri, tak pernah sekalipun dia terfikir untuk minum air kencing syaitan tu.Dan tujuannya menghentikan Leo adalah kerana Leo islam, Geez pernah cerita yang Leo memasuki islam disaat mereka berada di Malaysia.
Leo ada ibu angkat yang menganut agama islam, baik dan selalu mengajar Leo bermacam benda tentang islam.Leo jadi sayang pada keluarga itu namun setelah dia mengucapkan dua kalimah syahadah, ibu angkatnya meninggal ketika sedang solat.
Leo jadi ralat, lagi-lagi apabila misi mereka di malaysia sudah selesai dan terpaksa balik ke London dalam keadaan dirinya masih tak tahu menahu sangat berkenaan islam.Lagihan Leo dikelilingi orang-orang yang tak memiliki agama sampaikan Leo jadi terpesong jauh.Sangat jauh.
Mendengar cerita itu, Tasha terdiam.Dia kesian dalam pada masa yang sama ingin membantu namun dia juga pendosa, bagaimana caranya untuk membantu Leo ? Dia tak layak.Namun perkara kecil macam ni, mungkin dia boleh halang.
" Aku tak ada agama" Ujar Leo sambil menguis gelas berisi soda yang baru terhidang.
" Jangan buat lawak, now tell me.Apa nama islam kau ?" Soal Tasha ingin tahu.Mata gadis itu terkedip-kedip namun Leo segera menolak wajah Tasha menggunakan gelas yang dipegangnya.
" I don't want to tal-"
Kedua-dua mereka terdiam melihat pemandangan dihadapan mereka.Rakan barista Leo tadi sedang berkucupan dengan gadis yang menjadi dj di pentas tadi.Hal itu buatkan wajah Leo dan Tasha memerah lalu mereka mengalihkan pandang.
" Damn ! you idiot, don't do it infr-" Kata-kata Leo terhenti.Sekilas.Memori itu menjengah kotak pemikiran Leo dan perlahan-lahan Leo memandang Tasha yang sedang mengetap bibir memerhati suasana sekeliling.
" Did i-kiss you that night ?" Tasha terkebil-kebil menerima soalan dari Leo.Makin memerah wajah gadis itu.
" No ! Big no........Aku rasa aku patut pergi sekarang.Dah lewat"Ujar Tasha lalu segera berdiri untuk keluar sebelum Leo bangun mendekati Tasha lalu dia membisik sesuatu tepat disebelah telinga Tasha oleh kerana musik yang semakin kuat.
" And you enjoy it"Bisik Leo mengusik.
" Otak engkaulah ! Hantar aku balik sekarang !" Ujar Tasha lalu menepuk kepala Leo kasar.Segera dia melangkah keluar dari club.Leo tersengih suka.Ehhhh lain macam ek.
YOU ARE READING
Agent Natasha : Drugs
Science FictionNew version •sec series at reading list * * * * Catherine Natasha, seorang hacker yang pernah menjadi mata pencarian utama para penjenayah yang berleluasa di luar sana.Membantu penjenayah dulunya adalah kemahirannya, namun kini reverse card.Dia menj...