𝐁𝐚𝐛 2

83 7 0
                                        

ASYAD melangkah keluar daripada pintu grill rumah.Namun langkahnya terhenti apabila memandang wajah Leen yang kusut dan pucat. Terdapat getaran di bibir gadis tersebut.

Langit mendung, jalan yang mula dibasahi air dipandang sekilas. Hati Asyad berat untuk meninggalkan Leen seorang diri di rumah.

"Kenapa?" Soal Leen, hairan.

"Awak okay ke..? Ke nak ikut saya pergi hospital?" Soal Asyad.

Hah! Leen ketawa. Sambil itu mengipas lehernya yang terasa agak panas.

"Awak ingat saya ni budak kecik ke? Saya tahu lah nak jaga diri saya... awak tak perlu risau pasal saya" Kata Leen.

Asyad mencebik. Tangan kiri dicekak ke pinggang.

"Saya tak risau pasal awak pun. Saya risau.. bilik saya jadi mangsa tikus yang takut kucing macam awak ni! Baik, saya akan tinggalkan awak sorang sorang di rumah. Saya balik, saya nak bilik saya kemas! Kalau tak.."

Tajam pandangan Asyad menusuk anak mata Leen.

"Kalau tak..?"

"Denda" Asyad bernada garang.

Leen ketawa kecil. Asyad still fikirkan dia budak budak. Nak denda denda bagai.

"So scary.."

"Tak payah lah nak berlagak. Lepas kena denda tu baru tahu.." Perli Asyad.

Dia malas nak melayan lebih lebih.. terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Leen menutup pintu dan mengunci rapat.

Selangkah menuju ke suis tv..

Bommm!!' Niat mahu menonton K-drama terus terbatal. Leen segera berlari ke atas masuk ke dalam bilik.

シ︎

"DR. ASYAD, ada pesakit tunggu dekat dalam" Maklum Jururawat Qaira.

Asyad menggaru leher. "Pesakit?"

Mulai minggu lepas Asyad tidak akan menerima sebarang pesakit secara peribadi. Dia hanya merawat pesakit kecemasan dan melakukan pembedahan secara kecemasan dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Ya, dia tengah tunggu dalam bilik" Kata Jururawat Qaira.

Asyad terpaksa meninggalkan sekejap pesakit dia dan masuk ke dalam biliknya. Kelihatan Leen sedang bergoyang kaki di atas sofa.

"Kenapa datang sini? Saya banyak kerja tau" Asyad mendekati Leen.

"Awak.. saya demam. Cuba awak sentuh dahi saya ni. Panas kan?" Kata Leen.

Asyad memandang Leen tajam. Dia syak Leen mahu mempermainkan dia namun melihat bibir isterinya itu yang pucat, Asyad mengambil termometer di atas meja lalu mendekati Leen.

Tangan gadis itu ditarik perlahan dan mengarahkan Leen duduk di kerusi pesakit.

"Buka mulut" Arah Asyad. Leen terus menganga mulut dan Asyad meletakkan termometer di hujung lidah Leen. Beberapa minit kemudian dia mengeluarkan semula termometer tersebut.

Suhu yang dipaparkan mengubah riak wajah Asyad.

"Macam mana awak datang sini? Naik apa?" Soal Asyad dengan wajah yang garang. Leen memuncungkan mulut. Kena marah pulak~

"Saya datang naik bas lah.." Jawab Leen.

"Lepas tu?" Soal Asyad lagi. Takkan naik bas aje, tiada perhentian bas berdekatan dengan UM Medical Centre ni.

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang