KETIKA dia menekan butang 3, satu tangan muncul menekan butang 1. Leen geram. Asyad yang sedang berdiri di sebelah dia itu ditampar dengan kuat.
"Auch! Sakitlah! Badan je kecik, tenaga kuat" Rungut Asyad.
"Saya masuk lif ni dulu jadi ikut saya dulu lah" Kata Leen.
"Saya perlu pergi ke bawah. Ada pesakit kecemasan" Kata Asyad pula.
"Tak. Saya perlu pergi tingkat tiga. Dengar cerita Datuk saya dah sedar" Kata Leen.
"Awak...!" Asyad mencebik geram. Nasib baik ada panggilan masuk ketika itu. Dia menjawab panggilan telefon tersebut dahulu sebelum sambung bertengkar dengan Leen.
"Apa?"
"Okay, baik" Telefon disimpan semula ke dalam poket seluar. Kemudian menekan butang 3 kembali. Mereka menuju ke tingkat tiga. Tempat kebanyakan bilik ICU ditempatkan.
Leen memandang Asyad hairan. Tiba tiba sahaja berubah destinasi. Apa berlaku dekat pesakit kecemasan di bawah tu?
"Kenapa tukar tempat?" Soal Leen.
"Banyak tanya pulak" Balas Asyad.
"Mestilah saya tanya. Kasihan pulak dekat pesakit kecemasan tu" Kata Leen.
"Ada doktor lain dah uruskan" Kata Asyad.
Leen mengangguk faham. Selepas sampai ditingkat tiga, pintu lif dibuka terus Leen berlari keluar menuju ke wad ICU umum yang menempatkan Datuknya.
"Ah? Datuk! Datuk macam mana rasa? Ada rasa sesak nafas tak? Kepala pusing pusing ke?" Tanya Leen bertubi tubi.
Dato' Rizalman ketawa kecil.
"Aku cemburu kau dapat cucu prihatin macam ni Lee" Kata Dato' Rizalman. Asyad agak tersentap apabila mendengar kata kata drastik daripada Atuknya itu.
"Biasalah Man. Cucu tunggal aku ni" Kata Datuk Lee.
"Aku pun ada cucu tunggal jugak.." Balas Dato' Rizalman.
"Atuk... Atuk ni kenapa? Atuk sakit ke? Atuk nak Asyad rawat Atuk?" Tanya Asyad tak puas hati.
"Hmmh! Kalau Atuk sakit sekalipun, Atuk akan minta pertolongan daripada May bukannya kamu" Balas Dato' Rizalman.
Leen ketawa kecil. Dato' Rizalman mengusap kepala Leen dengan lembut. Stress pula Asyad yang melihatnya. Lain betul layanan Atuknya dengan cucu sendiri dan cucu orang lain.
"Leen..." Panggil Datuk Lee.
"Ya Datuk? Dahaga air ke?" Sahut Leen.
Datuk Lee menggeleng perlahan. Tangan halus cucunya itu dipegang dengan erat. Bagai ada sesuatu yang sangat penting yang dia ingin katakan.
"Datuk dah tua. Tengok sekarang. Datuk tiba tiba terkena serangan jantung. Selepas ni tak tahu apa pulak yang akan berlaku. Kalau boleh, sebelum mata Datuk ni tertutup untuk masa yang lama, Datuk nak tengok cucu Datuk ni kahwin" Kata Datuk Lee.
Ini memang niatnya. Alang alang Dato' Rizalman dan cucunya turut berada di sini. Bolehlah dia melangsaikan hasrat dia yang ingin berbesan dengan Dato' Rizalman.
"Ya Allah Lee. Aku ingatkan kau dah lupa hasrat aku" Kata Dato' Rizalman. Sebenarnya dia agak terharu apabila dengar sahabatnya itu berkata macam tu tetapi tetap sedih juga memikirkan penyakit yang dialami oleh Datuk Lee.
"Aku tak lupa Man. Alang alang dua pihak dah ada disini, Datuk nak berterus teranglah dengan semua orang. Datuk nak Leen kahwin dengan cucu Dato' Rizalman, Tengku Asyad" Kata Datuk Lee.
Encik Farizi sudah tersenyum lebar. Leen ternganga besar mendengar 'wasiat' daripada Datuknya itu. Asyad yang sudah tersengih di hujung katil dijeling sahaja.
Mana boleh macam ni. Berita ni buat dia seronok. Aku terpinga-pinga?
シ︎
LEEN berulang alik di tengah tengah wad kecemasan sambil menggigit jari. Dia sebenarnya risau. Risau dengan impian Datuknya yang ingin berbesan dengan Dato' Rizalman.
Asyad sampai di Unit Kecemasan terus ternampak Leen. Tanpa sedar dia banyak ketawa dan tersenyum kebelakangan ini setiap kali dia melihat Leen.
Namun dia takkan biarkan emosi itu menguasai diri dia. Dia harus bersikap rasional seperti seorang lelaki yang keras kepala dan ego.
"Hey. Tak payah lah buat risau sangat. Kita kawin jela. Awak ingat saya ajak awak kahwin sebab saya suka awak ke? Bukan. Saya ajak awak kahwin sebab Atuk saya suruh" Kata Asyad.
"Siapa risau? Buang masa lah saya risau hanya sebab fikirkan benda remeh ni. Awak ingat? Kalau saya terima pun nak kahwin dengan awak, sebab saya suka awak ke? Bukan. Saya terima sebab Datuk saya yang nak kan" Kata Leen pula.
Asyad mencebik. "Pandai eh?"
"Apa?" Kening Leen terangkat.
"Setuju ke tak?" Tanya Asyad. Nadanya agak keras.
"Setuju tetapi beserta syarat" Balas Leen.
"Syarat? Nak kahwin je pun" Asyad geram. Bila dia boleh dengar yang gadis itu akan setuju sepenuhnya nak berkahwin dengan dia.
"Nak ke taknak?" Leen garang.
"Nak...!" Balas Asyad. Leen yang tersengih itu dipandang.
"Eee. Apa syaratnya? Bagitahu cepat!" Asyad sudah tidak tahan. Dia geram apabila Leen sengaja melambat-lambatkan percakapan dengan hanya tersenyum senyum.
"Awak mesti terima saya seadanya. Awak tak boleh merungut langsung. Saya pasti awak mesti ingat lagi segala kekurangan saya yang pernah saya cerita dekat awak dulu. Kalau saya dengar awak merungut, saya report dekat Atuk awak" Kata Leen.
Asyad mengangguk faham. Kekurangan atau kelebihan dia tak pernah ambil kisah semua tu. Yang dia mahu adalah isteri. Itu sahaja. Janji dia ada isteri seperti yang Atuk dia mahukan.
"Okay. Sekarang ni setuju ke tak?" Tanya Asyad lagi.
"Setuju" Jawab Leen - ringkas.
"Kita kahwin terus. Segala rayuan nak bertunang saya tolak" Kata Asyad kemudian terus berlalu pergi.
"Apaa??!" Hah? Leen ternganga.
"Hey! Tak aci lah macam tu! Asyad!"
Terjengket jengket Leen menjerit kepada Asyad namun lelaki itu langsung menghiraukan dia. Tak guna punya bakal suami! Sesuka hati je buat keputusan!
Apa? 'Bakal suami?' Hah! Tak percayalah Leen sebut macam tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romansa2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...
