"KAU tengok apa?" Soal Hafiz. Dia mendekatkan kepalanya kepada Asyad supaya dia boleh nampak apa yang sedang dilihat oleh Asyad.
"Aku tengok perempuan tu. Kau kenal tak? Dia lah budak perempuan yang kelas nombor satu tu. Dia boikot aku sebab aku dapat masuk kelas tu walaupun markah aku kurang 10 point daripada layak masuk. Tapi kau tahu kan aku ni ambil perubatan sebab Atuk aku yang suruh... err kalau tak memang aku takkan ambil bidang perubatan ni" Cerita Asyad panjang lebar.
"Hah. Habis tu? Apa kena mengena dengan dia?" Soal Hafiz.
"Dia? Err..."
"Tengku Asyad, Ikut papa balik rumah makan tengahari" Kata Encik Razil sekali lalu. Dia berjalan bersama doktor yang lain. Mereka baru saja selesai melawat pesakit di wad kecemasan.
Asyad tiada pilihan lain. Dia perlu mengikuti papanya pulang ke rumah. Mungkin ada perjumpaan penting atau mama masak makanan sedap hari ni?
シ︎
"DAH lama tapi rasa macam sekejap saja kan masa berlalu? Atuk kamu ni mintak nak makan tengah hari dengan kamu. Kamu tak suka ke Asyad? Nampak muram je"
Setiap orang di meja makan tersebut memandang ke arah Asyad. Termasuk Uncle Fazhal yang baru pulang dari hospital dua hari lepas.
"Mana ada ma. Asyad okay je. Asyad cuma sedih terpaksa cancel last minute dengan kawan" Balas Asyad.
Dato' Rizalman tersenyum nipis. Dia mengerling ke arah menantunya supaya terus kepada perancangan mereka. Puan Yuhaira mengangguk faham.
"Hurm... agaknya dah berapa umur anak mama ni? Dua tahun sibuk belajar di luar negara, dua tahun di Malaysia sibuk di hospital pula" Kata Puan Yuhaira.
"Kenapa Ma? Ada yang tak kena ke?" Soal Asyad, hairan.
Puan Yuhaira tersenyum sinis.
"Umur Asyad berapa sekarang?" Tanya Puan Yuhaira.
"24"
Puan Yuhaira masih tersenyum.
"Kenapa Mama?"
"Kahwin"
"Hmm?!"
Tersedak Encik Razil di sebelah Puan Yuhaira. Bulat mata dia memandang isterinya. Ayah dia juga sedang tersenyum senyum dengan penuh agenda tersirat.
"Sayang, apa ni?"
"Razil. Dah tiba masa untuk anak kau ni kahwin. Lagi awal, lagi bagus. Cepat aku timang cicit, lagi ramai pewaris aku" Kata Dato' Rizalman.
"Tapi ni dah melebih ayah... Asyad muda lagi ayah. Baru 24 tahun. Sekurang-kurangnya tunggu lah dia umur 25 tahun atau... dah jadi doktor tetap?" Kata Encik Razil.
Asyad mengangguk setuju. Kali pertama papa dia berada di pihak dia. Terharu lah pulak. Fazhal yang berada di situ terpaksa masuk campur hal keluarga tersebut.
"Fazhal setuju ayah dengan apa yang Razil kata tadi tu... Asyad ni muda lagi kalau nak dia berkahwin. Lagipun, dengan umur dia yang muda ni mana ada calon yang nak" Kata Fazhal.
Dato' Rizalman ketawa.
"Apa salahnya kahwin muda? Ayah dulu pun kahwin muda. Dapat dua orang anak macam kamu berdua ni" Kata Dato' Rizalman.
Razil dan Fazhal menunduk.
"Atuk. Asyad tak nak kahwin! Lagipun Asyad tak suka perasaan cinta!" Kata Asyad.
"Tengku Asyad..." Tegur Puan Yuhaira.
"Mama...!" Bentak Asyad.
"Asyad! Susah payah macam mana pun kamu tetap perlu bersetuju. Kahwin! Kalau bukan tahun ni, last tahun depan. Kalau tak... kamu akan dikecualikan daripada senarai penerima wasiat" Kata Dato' Rizalman. Tegas sekali.
Asyad tergamam. Dikecualikan daripada senarai penerima wasiat bermaksud Asyad bukan lagi ahli keluarga daripada Dato' Rizalman.
Atuk dia sengaja mengugut dengan hal begini supaya Asyad terus bersetuju. Nafas dia turun naik. Kecewa dengan takdir hidup sendiri.
シ︎
"SELAMAT pagi...! Encik Yahya apa khabar hari ini? Rasa semakin sihat?" Sapa Leen dengan ceria.
Empat orang pesakit yang mendiami wad umum tersebut menyambut kedatangan dia dengan gembira. Senang hati melihat doktor yang cantik dan comel molek.
Prinsip Leen. Kalau doktor ceria maka pesakit pun ceria. Dia membuka balutan di tangan pesakit pertama kemudian menggantikannya dengan kain balutan yang baru.
Kemudian menuju ke pesakit kedua untuk mengupdate status kesihatan pada hari ini.
"Doktor. Semalam, suami saya dia rasa loya tiba tiba. Tapi dia tak muntah. Lepastu... kepala dia tiba tiba pening" Adu penjaga pesakit tersebut.
"Loya eh? Jangan risau, tu cuma effect daripada ubat yang suami puan makan. Lepas ni, kalau rasa pening kepala mohon puan tenangkan fikiran suami puan. Pening kepala boleh berlaku bila otak kita banyak bekerja. Contohnya... kita terlalu banyak berfikir" Kata Leen.
"Baik doktor. Saya faham"
"Jika ada perkara serius berlaku selain gejala yang Puan maklumkan tadi, sila panggil doktor bertugas dengan segera ya?" Pesan Leen.
"Baik doktor. Terima kasih"
"Sama sama.."
Selesai melawat pesakit, Leen terkedu melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu wad umum.
シ︎
"APA yang awak nak?" Tanya Leen.
Pelik kerana Asyad mengajak dia berbual di bumbung hospital. Dia nak bunuh aku ke? Atau dia nak tolak aku jatuh ke... bawah?
Dataran di bawah dikerling. Fuh! Tingginya.
"Hei! Saya tanya awak ni. Awak nak apa ajak saya datang sini?"
Leen mendekati Asyad. Pantas Asyad melunjurkan tangannya untuk menghalang Leen daripada mendekati dia. Leen berhenti mengejut.
"Kahwin dengan aku" Kata Asyad.
"Apa?! Gila." Balas Leen.
Merapu.
"Saya serius okay! Awak fikir saya main main ke hah? Awak tengok muka saya ni... nampak saya senyum? Tak kan? Jadi saya serius!" Kata Asyad.
Dia mendekati Leen sambil menunjuk wajah dia yang serius. Leen mencebik menyampah lantas menolak pipi Asyad menjauhi dia.
"Kalau awak serius tahap menteri sedang meeting pun. Saya takkan terima awak dan saya ..! Takkan kahwin dengan lelaki macam awak. Tak hingin aku!" Kata Leen pula.
Dia menjeling tajam kepada Asyad kemudian terus dia berlalu pergi. Asyad terpinga pinga. Sesimple itu saja perempuan tu menolak lamaran dia. Heh!
ANDA SEDANG MEMBACA
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romantik2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...
