"NAH!" Puan Yuhaira meletak sebuah bekas makanan di hadapan anaknya. Ketika itu Asyad sedang bermain telefon. Hubungan dia dan anaknya tu agak kurang baik selepas mendengar pengumuman Dato' Rizalman tentang perkahwinan Asyad dengan gadis lain. Bukannya Luna.
"Apa benda ni?" Soal Asyad. Pelik.
"Mama sediakan makanan untuk bakal menantu mama" Kata Puan Yuhaira.
"Wah! Mama masak apa?" Asyad menggatalkan tangan ingin membuka bekas makanan tersebut namun ditampar oleh Puan Yuhaira.
Asyad menggosok tangannya yang agak pedih.
"Bagilah dia rasa masakan mama. Kalau boleh... bawa mama jumpa dia hujung minggu ni" Kata Puan Yuhaira.
Asyad tersengih.
"Tak perlulah nak jumpa jumpa. Asyad dengan dia kahwin sebab terpaksa jer... Auch!" Sekali lagi tangan dia ditampar.
"Tak kisah lah terpaksa ke, rela ke. Mama tetap perlu kenal siapa bakal menantu mama. Mama harap dia lebih baik dari perempuan yang mama pernah kenal sebelum ni" Puan Yuhaira membebel.
Asyad mengangguk faham sambil menggosok tangannya.
"Tapi Leen tu sentiasa busy.." Kata Asyad perlahan.
"Kirim salam untuk bakal menantu papa sekali!" Sampuk Encik Razil dari ruang tamu.
"Okay papa!" Balas Asyad. Dia segera bangkit dari kerusi. Dia mahu pergi ke hospital untuk bekerja seperti biasa. Oh! Terlupa pula. Minggu depan sudah bermula sesi pembedahan bersama profesor pilihan.
Harap Pihak Lembaga mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat tindakan atas kesalahan Leen yang melanggar prosedur pada minggu lepas.
"Bawak kereta jangan laju laju!" Pesan Puan Yuhaira.
"Okay!" Sahut Asyad dari dalam kereta. Cermin kereta turun dengan cermat kemudian dia melambai tangan ke arah mamanya yang sedang berdiri di depan pintu.
Selepas kereta Asyad hilang dari pandangan mata, Puan Yuhaira masuk ke dalam rumah.
"Kenapa awak nampak kecewa sangat bila Luna tak jadi bakal menantu awak? Cucu Datuk Lee pun apa kurangnya. Bekerjaya" Tegur Encik Razil.
"Mana ada saya kecewa! Saya tak kisah walau sesiapa pun yang jadi menantu saya. Yang penting saya harap dia mampu gembirakan anak saya setiap hari" Bidas Puan Yuhaira.
"Yelah tu" Encik Razil senyum sumbing.
"Awak masih ingat lagi tak macam mana kita boleh berkahwin dulu?" Soal Encik Razil.
Pandangan matanya terarah pada wajah ayu isterinya itu. Wanita yang dia sudah mencintai selama 28 tahun. Tiga tahun bercinta kemudian berkahwin dan mendapat cahaya mata, Tengku Asyad bin Mohd Razil.
Sebenarnya gelaran 'Tengku' itu datang daripada keturunan isterinya sendiri. Isterinya bernama Tengku Yuhaira. Saja buat kelainan sedikit. Tidak salah kan?
"Apa awak ni.. tiba tiba je cakap pasal ni" Puan Yuhaira malu.
"Alah, salah ke saya nak kenang kenang waktu kita bercinta dulu?" Encik Razil ketawa melihat wajah isterinya yang sudah naik memerah.
"Apa tengok tengok?" Puan Yuhaira menjegilkan mata.
"Tiada apa apa. Saya cuma terfikir yang... waktu umur awak macam ni. Boleh tak kita tambah seorang lagi anak? Buat kali yang terakhir" Kata Encik Razil.
Kata kata itu telah membuatkan denyutan nadi Puan Yuhaira pantas. Entah apa yang suami dia merepek pada waktu pagi begini. Jika berterusan, Puan Yuhaira boleh terkena serangan jantung jadi dia segera bangun meninggalkan suaminya di ruang tamu.
シ︎
"BERTEMU janji??" - garu kepala.
Asyad memeluk tubuh sambil berdiri tegak di hadapan Leen. Entah apa apa yang gadis tu tengah fikirkan sampai nak bertemu janji.
"Tak perlu temu janji. Kita dah jumpa di hospital setiap hari" Kata Asyad.
"Tiga kali je. Setiap hujung minggu. Bermula minggu ni. Tak susah pun, kita hanya perlu keluar sama sama. Buatlah apa apa pun, sama sama" Kata Leen.
Dia agak merayu sedikit. Demi masa depan, dia mahu jugak mengenali Asyad walaupun bukan sepenuhnya sebelum berkahwin. Takkan lah nak terus kahwin je macam tu.
"Awak fikir saya ada masa ke?" - Asyad memandang Leen. Tajam.
"Ya. Saya fikir awak ada masa. Awak ada banyak masa! Hampir 24 jam saya berada di wad kecemasan, awak tiada pun?! Mana awak pergi? Bertugas pun tidak, awak cakap awak tiada masa?" - Dengan selamba Leen memarahi Asyad.
Asyad terkejut dengan mood Leen yang tiba tiba berubah menjadi marah. Aduh, garang jugak bakal isteri aku ni. Dia marah sangat ke bila aku tolak ajakan dia nak keluar sama sama?
"Haish..." Asyad merungut.
"Kat mana awak ada kalau bukan di wad kecemasan? Semua pelatih ditugaskan di wad kecemasan. Mana awak? Awak seorang je tak ada!" Sergah Leen.
Asyad menggaru leher. "Haih"
"Yelah yelah. Saya setuju" Kata Asyad.
Leen merengus kasar lalu pergi meninggalkan Asyad.
"Ah, apa. Garangnya dia..." - Rungut Asyad lalu tersenyum nipis.
シ︎
LEEN tidak sangka, Asyad agak begitu romantik sekali. Lelaki itu membawa dia ke sebuah restoran yang bertemakan klasik. Sedang makan, dia terdengar iringan muzik piano.
"Awak adalah cinta pertama saya" Kata Asyad, tiba tiba melutut di sebelah Leen.
Ahh! Cincah, apa yang lelaki ni nak buat? Kenapa baru sekarang dia perasan akan sisi romantik lelaki itu. Jantung dia berdetak laju. Tidak sabar menantikan tindakan Asyad yang seterusnya.
"Leen. Awak wanita paling cantik di dunia ni. Saya sayangkan awak" Kata Asyad lagi.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poket kemejanya. Kotak kecil yang belum diketahui apa isinya itu dipersembahkan di hadapan Leen.
"Sudi tak awak... berkahwin dengan saya?"
"Aaa.. so sweet My Tengku" Kata Leen.
Asyad tersenyum manis lalu berdiri dan membuka kotak kecil tersebut. Leen dapat melihat sebuah cincin bersalut emas berserta timbulan diamond di atasnya melekat cantik di dalam kotak tersebut.
"Lepas kita kahwin kita dapatkan ramai anak. Macam apa yang Atuk saya mintak, kita bagi je" Kata Asyad.
Leen mengerutkan dahi. Ramai anak? Tiba tiba Asyad mendekatkan wajah kepada wajah Leen. Leen terkejut dengan tindakan Asyad yang dianggap gila itu.
Dihadapan ramai pelanggan pulak tu. Lelaki itu cuba menghidu bau rambutnya. Dengan pantas Leen menarik bahu Asyad yang tegap.
Asyad tersenyum sinis. Segera dia mencium bibir Leen di hadapan ramai orang.
"Aaaa!!!" Bukk!'
"Leen? Kenapa tu? Bangun Leen! Dah pukul 9 pagi dah" Datuk Lee mengetuk pintu bilik dari luar.
Orang tua itu bergegas masuk ke dalam rumah apabila terdengar suara jeritan cucunya itu ketika sedang menyiram pokok di halaman rumah.
"Datuk... aduh!" Leen, mengecilkan mata. Bahu dia terasa lenguh dan sakit. Mengantuk masih ada membuai mata dia supaya sambung tidur.
"Aduh! Aku mimpi ke?" - sampai terjatuh katil dibuatnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/302854666-288-k765220.jpg)
YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Roman d'amour2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...