𝐁𝐚𝐛 21

64 4 0
                                        

  LEEN merawat luka dan lebam di wajah Reana. Sesekali Reana mengaduh kecil kerana pedih apabila luka di mukanya disapu cecair antibiotik.

  "Reana!" Jerit Leen. Dia menampar paha Reana dengan kuat.

  "Apa?" Reana terpinga-pinga.

  "Sampai ke leher calar ni. Kau bergaduh apa?" Kata Leen.

  "Si Reana ni semangat nak bela kau dengan Si Asyad tu. Dia pergi bagi amaran pada Si Luna tu" Kata Haikal.

  "Aku dah halang dah mula mula tu. Tapi kawan baik kau ni ha! Pergi besarkan hal kecil" Kata Rafiq pula.

  Haikal memandang Rafiq - tajam.

  "Apa?!" Reana terkejut mendengar penjelasan Rafiq. Heh! Seronok betul dia memanipulasikan cerita eh? Reana mencubit lengan Rafiq.

  "By the way, agaknya apa yang diorang tengah bualkan tu?" Kata Haikal.

  Leen, Reana dan Rafiq turut memandang Asyad dan Luna yang sedang berbual di hujung Kaunter Jururawat. Wajah masing masing ketat dan serius.

  "Tak pasti..." Balas Leen.

  "Kenapa awak datang sini?" Soal Asyad.

  "I nak jumpa you, Asyad" Jawab Luna.

  "Takde hal penting jadi tak perlu jumpa" Kata Asyad.

  "Perempuan doktor tu. Dia bakal isteri you kan?" Kata Luna.

  "Dari mana awak tahu?" Tanya Asyad.

  "Excuse me. You belum kenal I lagi ke? I banyak orang suruhan. Setakat nak selidik perempuan miskin tu I petik jari saja sudah tahu" Balas Luna.

  Asyad menahan geram mendengar kata kata Luna. Jadi maknanya Luna mengintip kehidupan Leen. Asyad tak boleh biarkan benda ni berlaku.

  "Daripada awak menyibuk dengan kehidupan orang, baik awak buat kerja sendiri. Fikir tentang kehidupan diri sendiri dulu! Tak payah siasat kehidupan orang lain macam parasit!" Marah Asyad.

  "What?! You panggil I parasit? Hey! Bakal isteri you tu yang parasit! Dia rampas you daripada I. Dia ambil milik I!" Jerit Luna.

  "Sejak bila saya milik awak? Saya bukan milik siapa-siapa. Last warning, Jangan ganggu hidup saya lagi dan bakal isteri saya. Saya boleh buat lebih dari apa yang awak buat" Kata Asyad.

  "No"

  "Jangan perasanlah ingat saya masih cintakan awak. Perasaan tu dah lama dibuang. Saya takkan kutip balik sampah yang saya sudah buang" Kata Asyad.

  Dia memandang Luna, tajam. Emosi mereka sedang bergelut.

  "Faham?" Asyad memandang Luna dengan serius kemudian dia menuju ke arah Leen dan menarik gadis itu ke arah Luna semula.

  "She's my future wife. whoever dares to disturb the future wife of Tengku Asyad, they will receive the bad retribution" Kata Asyad.

  Dia menggenggam erat tapak tangan Leen dan menayang di hadapan Luna. Luna tak tersangka mendengar pengumuman Asyad itu.

  "Luna. I don't love you anymore. You should accept this statement. Go find a man who deserves your attitude. Not me. Understand?" Kata Asyad lagi.

  "If you ignore my warning.." Sambung Asyad lagi.

  "You a trashy busybody" Asyad berhenti disitu. Lama dia memerhati Luna kemudian dia menarik tangan Leen agar berambus dari situ.

  "Hah! What? Trashy?!" Luna benar benar kaget.

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang