MAY Leen termenung jauh. Sedang keliru. Kenapa tiba tiba saja Asyad mengajak dia berkahwin sedangkan mereka bukan pasangan kekasih. Lagi lagi berkawan? Memang tak la. Rapat pun tak. Kalau bertembung saja, auto bermasam muka.
Mesti ada sebab. Patut ke aku pergi tanya dengan dia sendiri...? Lamaran semalam punya hal lah ni... Leen tak fokus buat kerja sehingga tersilap melakukan rawatan kepada pesakit lalu dimarahi oleh Dr. Izlan, Ketua Pakar Bedah Kecemasan.
"Macam mana? Dah ada keputusan?" Tanya Asyad secara tiba tiba. Leen memandang Asyad.
"Keputusan?" Kening Asyad terangkat apabila Leen memandang dia.
"Kahwin dengan saya" Kata Asyad.
"Gila. Saya cakap tak nak kan? Awak tak boleh paksa saya. Kalau tak, saya saman awak" Balas Leen.
Asyad ketawa. Tidak lama kemudian senyuman dia mati. Wajah Leen direnung tajam.
"Kenapa tak nak?" Soal Asyad, keras.
"Saya ada sebab tersendiri. Lagipun.. saya ada banyak kekurangan! Saya tak layak kahwin dengan awak. Dan awak bukan ciri yang saya nak" Jawab Leen.
"Apa kekurangan awak?"
"Kekurangan saya? Erm.." kau mana ada kekurangan Leen. Okay tak apa demi tak nak dia ganggu kau lagi... ini kali terakhir kau bongkar rahsia kemalasan kau Leen.
"Saya... saya... saya pemalas. Hah, saya tak pandai memasak, saya tak suka kemas rumah, saya alergik dengan habuk. Kalau saya kena habuk, saya selsema. Lepas tidur saya tak kemas katil. Saya memang pemalas. Kalau hari cuti saya cuma baring, tidur... tengok tv? Saya tak layak kahwin. Hehe" kata Leen panjang lebar.
"Kahwin jelah dengan saya. Saya pilihan awak yang tepat. Saya tak kisah isteri saya tak tahu masak sebab saya pandai masak. Kalau kerja awak asyik tidur ke, malas kemas rumah ke, kerja makan ke... itu semua takpe, janji saya ada isteri" Kata Asyad pula.
"Erk?! Err..."
"Please.."
"Kamu berdua. Dr. Asyad, Dr. May ikut saya sekarang" Arah Dr. Uthman.
Leen dan Asyad terpinga-pinga. Tiba tiba sahaja Ketua Pakar mereka datang dan menyuruh mereka mengikut dia. Leen menjegil mata kepada Asyad.
"Jaga kau kalau dia dengar perbualan kita" Kata Leen.
Asyad tersenyum. Tiba tiba bertukar pulak bahasa panggilan dia.
シ︎
"ADA berapa bulan lagi sebelum tugas kamu semua tamat sebagai doktor residen tahun keempat?" Soal Dr. Uthman.
"Dua bulan.." Jawab mereka.
"Betul. Jadi selama dua bulan ni awak semua akan diberi tugas untuk bedah pesakit awak. Awak akan jadi ketua dalam pembedahan tu dan akan dibantu oleh profesor-profesor yang berkenaan. Ini akan termasuk dalam markah peperiksaan lembaga awak yang terakhir" Kata Dr. Uthman.
Leen mengangguk faham.
"Faham tak?" Tanya Dr. Uthman.
"Kalau ada yang tak faham, datang tanya saya. Bukan bercinta belakang saya! Faham? Budak zaman sekarang macam awak semua... mesti handal dalam pembedahan. Kalau tak, Malaysia akan catatkan kes kematian yang paling tinggi dalam dunia!" Kata Dr. Uthman lagi.
Leen agak tersentak. Adakah perkataan 'bercinta' itu ditujukan kepada dia dan Asyad? Hanya sebab Dr. Uthman nampak mereka berdua duaan di merata tempat?
"Jadi orang muda jangan nak jadi malas sangat! Bekerja sikit untuk kepentingan masyarakat! Buktikan kepakaran kamu! Apa guna belajar lima tahun tapi akhirnya goyang kaki? Kenapa lepas awak belajar, bersusah payah, tapi awak tak guna kemahiran yang awak ada?" Bebel Dr. Uthman.
"Baik Dr..."
"Jawab pun lembik!" Dr. Uthman mengetuk meja dengan kuat sehingga ada bahu yang terinjut.
Selepas dibebel, mereka ditugaskan mengemas bilik pembedahan. Leen menyusun pelbagai jenis gunting yang berlainan bentuk di atas meja.
Asyad mencuri peluang untuk memandang Leen ketika ini. Dia ada terfikirkan jika dia berkahwin dengan Leen adakah Dr. Uthman akan terkejut?
Lelaki tua itu pernah memuji kepandaian, kepakaran dan ketangkasan Leen di bilik bedah sehingga menawarkan jika ada ruang dan peluang, Leen boleh menjadi menantu dia.
"Jangan haraplah... dia je perempuan yang aku dah kenal" Kata Asyad perlahan kemudian menuju ke arah Leen.
"Hei" Panggil Asyad.
"Hana. Boleh tolong simpankan bekas jarum ni dalam almari tu?" Pinta Leen.
"Okay" Sahut Hana.
"Terima kasih" Ucap Leen.
Asyad tidak berpuas hati. Boleh pula perempuan tu palau dia sekarang?
"Hei dengar tak saya panggil?" Asyad menarik bahu Leen dan memusingkan tubuh kecil itu berpaling menghadap dia.
Leen tergamam. Semudah tu je dia tarik aku??? Ish.. dekatnya.
"Kau.. kau nak apa?"
"Tak kira apa pun, awak mesti kena kahwin dengan saya" Kata Asyad.
"Kalau aku taknak jugak? Kau tak boleh paksa aku. Ini soal kehidupan aku jugak" Kata Leen.
"Bergantung. Ke nak kita kena tangkap basah dulu? Senang sikit nak kahwin. Prosuder pun tak banyak sangat" Kata Asyad.
"Gila" Kutuk Leen, geram.
Asyad tersenyum sinis. Dia mengepung tubuh Leen dengan kedua tangan dia dengan memegang meja yang disandar oleh Leen.
Leen pula tidak tahan dengan aroma minyak wangi yang dipakai oleh Asyad itu. Alkohol terlalu kuat sehingga wangian tu berkekalan lama dalam hidung dia.
Rambut Asyad yang menutup sebelah dahi dikerling. Handsome jugak gaya rambut ni. Hidung lelaki itu yang tak seberapa nak mancung, sesuai dengan bibirnya yang agak menonjol.
Kulit Asyad berwarna sawo matang. Hmm, handsome jugak lelaki lembab ni. Kenapa aku baru sedar? Apa kelebihan kalau aku setuju kahwin dengan lelaki ni? Hidup aku senang? Mewah?
Sudahlah handsome, kaya pulak tu. Lagipun kau pilih rupa dulu kan Leen daripada hati? Hati kalau tak baik takpa janji kelakuan dia baik.
Tetapi kebanyakannya dalam drama, lelaki kaya ni perangai je macam puaka tapi kadang kadang soft spoken ya amat. Cair jantung...
"Saya tahu saya handsome. Tak payah tenung macam tu. Lepas kahwin, tenung lah saya sepanjang malam. Okay, sayang?" Kata Asyad.
Menyedarkan Leen daripada lamunan. Leen menolak dada Asyad dengan kasar kemudian berlari anak keluar daripada bilik pembedahan tersebut.
"Gila. Kenapa muka dia... nampak yakin sangat? Eee, patut ke tak eh..? Aku terima...?"
ANDA SEDANG MEMBACA
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romansa2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...
