PAGI ini Daren mahu mengajak Asyad keluar berjalan jalan di sekitar Bandar Chicago ini iaitu bandar yang agak berseni dan unik di Amerika Syarikat. Namun sejak kebelakangan ini hubungan rapat dia dengan Asyad agak renggang dek kerana sahabatnya itu sudah ada teman wanita.
"Takkan setiap hari keluar bersama sama kut? Aku kalau ada girlfriend pun mesti muak punya tengok muka setiap hari" Kata Daren perlahan.
"Jatuh cinta dulu, Daren. Baru kau komen pasal orang bercinta. Entah entah kau pun lebih kurang je macam aku" Kata Asyad.
Daren terkejut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan kelihatan Asyad yang baru muncul kmdi situ secara tiba tiba.
"Apa? Sejak bila kau ada tepi tu?" Daren hairan.
"Kau nak keluar dengan aku tak?" Tanya Daren.
Asyad menggeleng sambil tersenyum.
"Aku dah janji dengan dia nak keluar tengah hari ni. Kau keluar lah dengan mana mana girl yang ada dekat Umiversity ni. Nak aku kenalkan dengan sorang awek melayu dekat fakulti aku tak?" Kata Asyad.
Senyuman nakal ditayangkan kepada Daren. Lelaki itu hanya mencebik geram.
"Siapa awek Melayu tu?" Soal Daren.
"Nama dia Rifa. Pergilah cari. Aku akan mesej dia" Balas Asyad.
"Haish tak payah lah. Aku tak berminat. Kau pergilah keluar dengan buah hati kau. Aku nak balik rumah, tidur lebih bagus" Kata Daren.
Dia berlalu pergi sambil mengeliat 80 darjah. Asyad tersenyum nipis.
"Minggu depan kita pergi Karnival okay??" Laung Asyad.
"Okay!" Sahut Daren.
"Tengku! I dah sampai ni. Depan mata you!" Jerit Luna dari jauh.
Asyad melambai tangan ke arah Luna. Gadis itu berlari kecil menuju ke Asyad kemudian masuk ke dalam pelukan sasa lelaki tersebut.
"Ermm wanginya dia. Nak keluar pergi mana hari ni?" Soal Asyad.
"Hehe. I ikut you je. I takda idea nak pergi mana harini" Balas Luna.
"Kita dah pergi banyak tempat. Apa kata kita pergi Rockery? Awak pernah pergi tak?" Cadang Asyad.
"Rockery? Erm tak. Saya baru dengar je daripada awak. Jom lah pergi, mesti seronok kan tempat tu" Kata Luna.
"Mestilah seronok. Saya yang cadangkan" Balas Asyad.
"Oh jadi, tempat yang saya cadangkan selama ni tak seronok ke bagi awak? Hmm?" Soal Luna.
Dia mahu merajuk. Asyad ketawa.
"Mana ada. Seronok lah. Saya cuma berlagak je tadi. Jangan la merajuk, kalau tak saya taknak bawa awak pergi situ. Tempat tu untuk orang yang happy je" Kata Asyad.
"Hmm.." Luna merajuk.
"Sayang..." Panggil Asyad dengan suara yang lembut.
"Yelah yelah! Okay. Saya tak merajuk" Luna mengalah. Kalau Asyad sudah panggil dia dengan panggilan manja itu Luna tak dapat tahan.
シ︎
"ASYAD.."
Luna memegang tangan lelaki itu dengan kuat. Tidak sangka yang dikatakan seronok oleh Asyad itu adalah tangga kaca yang panjangnya 100 meter."Jalan je. Mana ada apa apa pun" Kata Asyad.
"Awak ni! Saya takut tau. Saya ni takut tinggi lepastu awak bawak saya jalan atas tangga kaca ni? Awak ni saja tau!" Marah Luna - manja manja.
YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romance2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...