LEEN sentiasa memandang wajah Datuknya. Pucat lesu. Kasihan Datuk, nasib pembedahan tu berjalan dengan lancar dan Datuk pun selamat dari sebarang bahaya.
Dato' Rizalman turut berdiri di sebelah katil Datuk Lee. Manakan mungkin dia akan pergi. Sahabat baiknya itu sedang terlantar di atas katil hospital. Dia terus bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat berita pembedahan Datuk Lee.
Asyad pula memerhati situasi tersebut dari jauh. Keluh resah di wajah Leen sangat menonjol menunjukkan bahawa gadis itu sedang berada dalam dilema kesedihan.
"Leen belum makan tengahari lagi. Sudah enam jam bermula dari selesai pembedahan Datuk dia, dia hanya menunggu di situ. Tak berganjak langsung dari kerusi tu" Kata Rafiq.
Dia sedang berbual dengan Haikal dan Reana. Asyad memasang telinga sahaja dari tepi.
"Betul ke? Hmm, biasalah tu. Leen pernah tak makan dua hari sebab siapkan assigment Prof. Waza" Kata Reana pula.
Haikal terlopong. "Series lah?"
Reana mengangguk laju. Kasihan betul, Leen datang dari keluarga yang agak sederhana susah-senang. Begitu, namun soal kewangan pembedahan agak merumitkan juga.
"Bangun" Arah Asyad.
Leen mendongak memandang Asyad. Dato' Rizalman turut memandang cucunya itu.
"Kenapa?" Tanya Leen hairan.
"Bangun. Jom pergi makan. Saya dengar awak tak sarapan, awak tak makan tengahari, sekarang dah pukul 5 petang. Doktor jenis apa awak ni?" Kata Asyad.
Dato' Rizalman tersengih melihat gelagat dua anak muda dihadapan dia sekarang.
"May... pergilah makan. Nanti kalau May pun sakit jugak lagi susah" Pujuk Dato' Rizalman.
"Tapi siapa nak jaga..."
"Kitorang!" Jawab Rafiq, Haikal dan Reana serentak.
"Kitorang akan jaga Datuk kau. K-kau pergilah makan" Kata Rafiq.
Haikal dan Reana mengangguk serentak. Leen memandang Dato' Rizalman dan Asyad bersilih ganti.
"Mari"Asyad menarik tangan Leen keluar dari wad ICU.
Leen hanya menurut. Nak bercakap pun tidak larat apalagi bertengkar dengan lelaki itu. Tidak kisah dah.
シ︎
"SEBENARNYA... saya ada sesuatu nak tanya awak" Kata Leen. Dia memberanikan diri memandang tepat ke arah mata Asyad.
Asyad mengangguk. "Tanyalah"
"Tentang lamaran awak tu...? Masih.. open lagi ke?" Soal Leen.
Asyad agak terpempan. Leen masih ingat lagi lamaran dia terhadap gadis itu. Dia tidak sangka.
"Kalau saya masih open untuk awak. Apa awak nak buat? Bukannya awak akan terima pun. Awak asyik cakap saya gila, gila, gila" Balas Asyad.
Leen senyum tawar. "Sorry"
"Kenapa?" Asyad hairan.
"Sorry, kalau ada kata kata saya selama ni yang melukakan hati awak. Saya mintak maaf, ikhlas dari hati saya" Kata Leen.
Asyad mengangguk. Dia terima kemaafan Leen itu. Air limau panas dihirup dengan rakus. Dia agak dahaga apabila berdepan dengan Leen.
"Sebenarnyakan. Arwah ibu saya pernah pesan. Bukan. Dia lebih kurang macam permintaan. Eh bukan! Erm.. nasihat ibu saya, kalau saya kahwin saya perlu tinggalkan semua kerjaya dan impian saya dan jadi suri rumah sepenuh masa" Cerita Leen.
Wah. Susah jugak nak patuh nasihat tu. Asyad mengangguk faham.
"Kalau awak nak tahu, impian saya nak jadi Pakar Bedah Jantung. Ibu saya, meninggal akibat kerosakan atrium kirinya. Injap aorta tak dapat salurkan darah sebab ventrikel kiri juga bermasalah. Tiada doktor yang dapat lakukan pembedahan penggantian injap jantung waktu tu. Saya hanya mampu melihat saat saat terakhir degupan jantung ibu saya terhenti kemudian tinggalkan saya" Cerita Leen.
Asyad menarik tisu kemudian dihulurkan kepada Leen. Leen tersengih lalu menggeleng.
"Takpe. Saya okay. Saya akan menangis bila saya rasa nak menangis" Kata Leen.
"Awak umur berapa waktu tu?" Soal Asyad.
"Tingkatan Lima" Jawab Leen.
"Saya berjanji dengan ibu saya yang saya akan jadi doktor. Saya ambil pepriksaan lembaga pada umur 20 tahun . Saya akan rawat pesakit yang mengalami masalah macam ibu saya ketika doktor lain tiada. Jadi, bila setiap pembedahan jantung berjalan lancar ibarat macam saya berjaya selamatkan ibu saya" Kata Leen.
Asyad bersimpati. Leen telah melalui banyak masa yang sukar. Kehilangan ibu juga satu benda yang berat untuk menerima khabar tersebut.
"Tapi... kenapa awak tanya tentang lamaran saya?" Tanya Asyad .
"Hah? Err, tiada apa apa" Balas Leen. Rasanya dia sudah selesai makan tengahari jadi dia terus bangkit meninggalkan kafe.
Berjalan di sepanjang koridor yang kosong sambil terkenangkan memori dia bersama ibunya agak menyakitkan hati. Saat itu baru air mata dia mengalir.
Leen tidak berapa menerima kenyataan ini. Dia sering berfikir andai dia sudah menjadi doktor ketika itu pasti dia akan menyelamatkan ibunya.
Jadi dia tidak patut merasa sebuah 'kehilangan'. Setiap kali berjaya menyelesaikan pembedahan, Leen berharap pesakit yang dibedah tadi adalah ibunya. Dia tidak tahan memikirkan hal tersebut.
Dia terduduk lemah di tepi dinding koridor sambil menangis. Menekan dada yang terasa sesak. Hati dia sakit kerana perlu percaya khabar kematian ibunya. Dia berpura pura kuat selama ini namun dia masih belum dapat menerima takdir.
"Ya Allah, tolong putarkan kembali masa..."
シ︎
ASYAD menunduk lemah. Tisu di tangan digenggam dengan kuat. Tangisan seorang gadis tidak jauh dari situ dia hanya mampu dengar.
Namun semakin kuat tangisan itu, dia mahu menenangkan kesedihan yang di alami oleh Leen. Dia baru hendak bergerak, tangannya ditarik oleh Encik Farizi.
"Biarkan. Lama-lama dia akan belajar menerima. Mungkin cepat atau lambat" Kata Encik Farizi.
Asyad terpaksa membatalkan niatnya. Dia hanya memandang dari jauh, Leen yang sedang bertarung dengan air mata.
YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Любовные романы2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...