𝐁𝐚𝐛 19

57 4 0
                                        

  SESI pembedahan bersama Prof. Waza agak kekok sedikit tetapi Leen masih dapat mengawal ketakutannya ketika itu. Rasanya lebih takut daripada pembedahan bersama Profesor pilihan.

  "Saya selesai mengganti. Saya akan jahit" Kata Prof. Waza.

  "Oh? Prof, ketepuan oksigen menurun sehingga ke 88%!" Maklum Pakar Anestesia.

  "Apa?" Prof. Waza agak terkejut.

  Leen sudah gelabah. Adakah dia melakukan kesilapan? Leen memerhatikan pesakit, mencari punca ketepuan oksigen menurun.

  "Pneumothorax! Prof. Waza. Saya yakin, pneumothorax" Kata Leen.

  Prof. Waza memandang Leen. Ada senyuman nipis di sebalik pelitup muka yang dipakai. Perlahan lahan dia mengangguk.

  "Bawa alat radiograf dada!" Arah Pakar Anestesia.

  "Tiada masa. Sediakan angiokateter" Leen menyampuk. Dia bagaikan orang lain sekarang. Kecemasan diutamakan dahulu.

  Pakar Anestesia itu memandang Prof. Waza. Dia teragak agak untuk menyediakan angiokateter kepada Leen. Mungkin kurang percaya.

  "Sediakan, Dr. Anh" Kata Prof. Waza.

  Dia senyum kepada Dr. Anh untuk menyakinkan lelaki itu.

  "Tolong Cepat. Dr. Anh! Pesakit boleh mati secara tiba tiba" Kata Leen.

  Dr. Anh segera memberi angiokateter kepada Leen dan Leen mencucuk dibahagian atas dada pesakit kemudian menarik perlahan angiokateter. Ketepuan oksigen meningkat semula sehingga ke angka normal.

  Dr. Anh menarik nafas panjang. Dr. Leen agak mahir dalam bilik bedah.

  "Terima kasih, Dr. Leen. Saya akan mula menjahit"

  "Sutur" Gunting yang diikat benang halus diberikan, Prof. Waza mula menjahit injap.

  "Cut"

  "Cut"

  "Saya dah cakap Dr. Anh. Pelatih Tahun Empat, Dr. Leen mahir di dalam bilik pembedahan. Dia seorang pembantu yang cekap" Kata Prof. Waza.

  Dipuji pula. Dahi Leen sudah lah berpeluh teruk.

  "Terima kasih, Prof" Ucap Leen.

シ︎

"ARH! Gila!" Leen terduduk lemah. Selepas selesai saja pembedahan bersama dengan Prof. Waza tadi, dia segera menghilangkan diri. Dia cuba mencari ketenangan di tangga.

  "Gila" Gerutu Leen.

  "Aaa! Gila. Macam mana kau boleh arah Pakar Anestesia tu supaya sediakan angiokateter Leen?! Wah, gila. Kau dah gila Leen"

  "Kau betul betul gila Leen"

  "Apa awak buat di sini?" Soal Asyad secara tiba tiba. Leen terkejut, satu suara tiba tiba muncul dari belakang. Lebih terkejut suara itu milik Asyad. Entah berapa lama lelaki itu berada di situ.

  Harapnya Asyad tidak dengar apa yang dia katakan macam orang gila tadi.

  "Awak pakai baju pembedahan? Mereka dah benarkan awak dah eh? Wah! Tak sangka, diorang dengar cakap" Kata Asyad.

  "Err. Bukan. Prof. Waza suruh saya bantu dia dalam pembedahan. Doktor yang lain ada kerja. Kenapa?" Balas Leen.

  "Hah? Tiada apa apa. Saja tanya. Saya agak hairan" Kata Asyad.

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang