2 TAHUN YANG LALU...
"Pesakit pneumothorax! Tolong sedia bilik pembedahan sekarang! Panggil sesiapa doktor di bahagian Pakar Bedah Jantung sekarang jugak" Arah Asyad.
"Berikan pesakit 200 ML epinefrina secara berterusan selama lima minit!" Sambung Leen. Pesakit dibawa masuk ke dalam ruang hibrid.
Uncle Fazhal yang sedang berbaring lemah di atas katil tolak itu hanya di pandang sekilas. Asyad menjeling Leen yang berlagak macam Ketua Pakar sekarang ni. Dia pun pelik kenapa gadis itu masih ada di sini?
"Eh awak ni siapa? Tak habis habis berlagak tahu semua benda dari tadi. Sudah lah menyibuk! Patutnya tadi tak payah ikut datang sini pun" Kata Asyad.
"Apa? Ikut suka saya lah. Lagipun saya yang jumpa dia dulu jadi dia pesakit saya" Balas Leen. Dia juga geram. Lelaki ni mengarah orang sesuka hati macam hospital ni dia yang punya!
Asyad ketawa. Masih nak berlagak lagi?
" 'pesakit saya' konon? Awak ni doktor ke?" Asyad memandang sinis.
Leen menjeling Asyad sedalam yang mungkin. Dia mengabaikan soalan daripada lelaki itu dan menuju ke arah pesakitnya.
"Dah sedia bilik bedah belum?" Soal Asyad.
Leen menolak bahu Asyad dengan kasar. Tajam Asyad memandang Leen yang bertindak sesuka hati menyentuh dia.
"Buat apa nak tempah bilik bedah bagai? Buat intubasi je pun! Awak syak saya bukan doktor ke atau saya yang patut syak awak?!"
Asyad terdiam. Garang betul gadis ni. Aduh... Asyad menggaru leher.
Leen melakukan intubasi kepada pesakitnya hanya selama dua minit sahaja dan terus pneumothorax pesakit tersebut beransur hilang. Namun pesakit tersebut masih perlu berada di dalam pemantauan.
"Dr. May...?" Panggil seorang lelaki dari belakang.
"Hah? Apa khabar Atuk? Sihat tak pagi ni?" Sapa Leen dengan gembira.
Asyad menggaru kepala. Heh! Perempuan ni ikut suka hati dia je panggil Pengarah Hospital, 'Datuk'?
"Atok, Atok kenal ke perempuan ni?" Soal Asyad.
Hmm? Atok? Lelaki lembab ni cucu Pengarah Hospital ni ke? Leen bersoal jawab di dalam otak. Patutlah berlagak semacam.
"Siapa perempuan? Ni Dr. May. Cucu kawan Atok. Asyad mesti berbaik dengan Dr. May macam Atok berkawan dengan Datuk Lee" Balas Dato' Rizalman.
Leen senyum lebar.
"Saya dengar, Dr. May yang selamatkan anak saya ni. Terima kasih banyak banyak. Kalau Tuhan tak takdirkan anak saya ni bertemu dengan Dr. May mesti saya akan kehilangan anak saya" Kata Dato' Rizalman.
"Tak baiklah Atuk cakap macam tu. Ini memang tugas May pun, sebagai doktor yang perlu menyelamatkan nyawa pesakit" Balas Leen.
Dato' Rizalman ketawa. Kemudian dia mengajak Leen bersiar siar di sekitar kawasan hospital sambil menghirup kopi panas.
"Err, Dr. Asyad? Tolong jaga kan pesakit saya sebentar? Saya ada meeting" Pinta Leen. Dia tersengih sambil mengerling ke arah kad pengenalan yang tergantung di leher lelaki itu.
Asyad mencebik. Atok dia lebihkan cucu kawan dia pulak daripada cucu sendiri. Pilih kasih betul. Terpaksa Asyad menunggu di tepi katil Uncle Fazhal selama beberapa jam sehingga pesakit sedar.
シ︎
"HARI ini, kita ada tiga sesi pembedahan berkaitan dengan jantung. Coronary Artery Grafting Bypass (CABG), penggantian injap jantung dan pembaikan aneurysm" Kata Ketua Doktor Pakar, Dr. Uthman.
"Jadi, siapa nak sertai?" Soal dia.
"Saya!" Jawab Leen dan Asyad serentak. Leen memandang Asyad dengan menyampah. Apa? Eee, sejak bila lelaki ni join rombongan melawat pesakit? Tak pernah nampak dia pun.
Oh! betul lah lupa. Dia kan cucu Pengarah Hospital ni mestilah boleh ponteng ikut suka hati.
"Pembedahan jenis yang mana satu?" Soal Dr. Uthman.
"Semua!" Jawab mereka berdua lagi. Serentak. Leen mencebik manakala dengan selamba Asyad menolak tubuh Leen yang kecil dengan bahunya yang bidang sehingga gadis itu terkeluar dari barisan kumpulan.
"Okay. Bersedia tepat pukul 12 tengahari. Boleh bersurai" Kata Dr. Uthman kemudian berlalu pergi. Semua doktor pelatih turut bersurai.
Ada yang mahu merehatkan minda dengan tidur, ada yang lapar nak makan dan ada juga yang setia bertungkus lumus menuntut ilmu dengan mengkaji soal jenis jenis pembedahan jantung yang ada.
Leen mahu makan. Mengikut perhitungannya, dia sudah tidak makan selama dua hari. Cuma sempat minum air sahaja. Namun itu tidak merisaukannya kerana hasil kajian beberapa saintis dunia mengatakan manusia tidak akan mati jika tidak makan selama 5 hari.
Secedok nasi ke dalam mulut, seseorang meletakkan sebotol jus oren di atas mejanya. Leen mendongak memandang lelaki tersebut.
"Nak apa? Kalau nak cari gaduh tak payah lah. Lrbih baik pergi je.. Kata Leen.
Asyad ketawa. Dia melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Leen. Sambil jari jemarinya mengetuk meja dia memerhatikan gadis di hadapannya ini menjamah nasi.
"Haish!" Leen mencebik geram. Bibirnya bergetar menahan sabar. Bising lah lelaki lembab ni.
"Erm..! Tak sangka eh? Dapat duduk semeja dengan cucu pemilik hospital ni kan?" Kata Leen bersama senyuman sinis.
Dari pergerakan anak matanya jelas menunjukkan dia menyindir Asyad. Namun kata kata itu langsung tidak menjejaskan fikiran Asyad.
"Hei, penyibuk! Dengar sini eh.." Asyad mendekatkan wajahnya kepada wajah Leen.
"Awak tak payah lah bertungkus lumus sangat belajar setiap masa. Nak tunjuk dekat profesor yang awak ni pelajar rajin ke? Seronok ke eh jadi doktor?" Kata Asyad.
Leen mengangguk faham. Namun riak wajahnya menunjukkan nasihat Asyad tadi itu sangat membosankan. Dia bersandar pada kerusi sambil menyilangkan tangan.
"Jadi...? Saya perlu gelabah ke? Ke... awak nak saya call Perdana Menteri? Boleh dia bagi sijil kat awak" Kata Leen.
Asyad mendengus perlahan.
"Ingat eh? Dalam pembedahan nanti tak payah nak fokus sangat! Saya nampak awak catat apa apa, siap awak" Pesan Asyad sebelum berlalu pergi.
Leen sudah tidak berselera hendak menjamah nasi goreng. Sudu dilepaskan dengan kasar.
"Sampah masyarakat"
ANDA SEDANG MEMBACA
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romance2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...
