𝐁𝐚𝐛 20

68 5 0
                                        

Hari temu janji kedua,

    "KENAPA awak bawak saya datang sini?" Bisik Leen. Dia kurang selesa kerana ramai orang namun begitu suasananya tenang dan penuh dengan aura romantik.

  Mungkin sebab itu keadaan terkawal kerana tiada kanak kanak. Hanya lelaki dan perempuan dewasa makan berdua di meja. Kalau yang sudah berkahwin akan meninggalkan anak mereka di rumah ibu bapa.

  "Kenapa? Tempat ni tak okay ke? Makanan dia tak sedap?" Tanya Asyad. Tak mungkin makanan restoran ni tak sedap.

  Dia dan keluarganya sering datang ke sini kerana ini adalah restoran favourite Atuk dia. Restoran ni sangat besar dan ada tiga bahagian buat ahli keluarga, pasangan dan untuk pelbagai jenis sambutan. Asyad menggeleng kepala perlahan.
 
  "Takde lah. Semua orang macam serius je. Alunan muzik pun tegang!" Bisik Leen.

  Asyad ketawa kecil. Gelagat Leen membisik buatkan hati dia terhibur.

  "Mestilah semua orang serius. Diorang serius dengan perasaan mereka. Mereka tiada masa lagi nak bermain main. Mungkin mereka akan luahkan cinta mereka secara serius?" Kata Asyad.

  "Erm? Maksud awak?" Tanya Leen sambil terkial kial memotong isi lebar Chicken Cheezy Chop di dalam pinggan. Kalau di rumah ni dia dah letak garfu dan pisau dekat tepi dan terus makan guna tangan.

  Asyad tersenyum melihat Leen yang belum dapat makan sepotong isi ayam pun kerana kekok menggunakan pisau dan garfu.

  Asyad menarik pinggan Leen ke hadapannya kemudian memotong satu persatu.

  "Maksud saya.  Cinta ni bukan sekadar makan sama sama atau jalan jalan je. Cinta ni tentang kebahagian dan kesusahan yang diorang alami sesama. Kalau kedua-duanya mampu harungi sama sama, itu akan menguatkan lagi cinta mereka."

  "Cinta ni bukan tentang berapa lama mereka bertahan. Tapi seriusnya perasaan mereka dan ke arah mana percintaan mereka akan pergi. Sama ada putus atau kahwin. Kalau dua dua orang serius, hubungan mereka akan lebih kuat sampai diorang kahwin" Kata Asyad.

  Leen terleka mendengar 'syair' khas daripada Asyad. Heh! Dia agak terkesima jugak lah. Hairan kenapa malam ni Asyad begitu matang sekali berkata-kata. Sekali imbas Leen lupa diorang berdua sudah berumur 25 tahun.

  Tak hairan lah kalau Asyad tiba tiba berubah jadi matang.

  "Sebenarnya awak nak cakap apa? Awak jatuh cinta dengan saya eh?" Soal Leen sambil menongkat dagu lalu memandang Asyad.

  Asyad memandang Leen. Dia menolak semula pinggan kepada Leen.

  "Mustahil okay? Ingat ea, kita kahwin cuma sekadar permintaan Datuk dan Atuk kita sahaja. Tidak lebih dari tu" Balas Asyad - tegas.

  Leen tersenyum.

  "Jadi tak payah lah berbual pasal cinta. Takde kena mengena pun. Melainkan awak jatuh cinta dengan saya" Kata Leen selamba.

  "Diam boleh tak?" Asyad memandang Leen dengan tajam.

  "Baiklah" Jawab Leen perlahan sambil menunduk makan.

  "Terima kasih sebab tolong potong" Ucap Leen.

シ︎

  "APA kita nak buat ni?" Tanya Rafiq - dia gelabah apabila Luna tiba tiba muncul mencari Asyad.

  "Biar jelah kat dia. Bagitahu dia yang kita tak kenal Asyad" Balas Haikal.

  "Tak payah! Meh aku settlekan dia. Lagipun kalau korang jawab macam tu nanti dia akan balas 'what? Tengku Asyad anak Presiden Hospital ni pun korang tak kenal? Hmm! Lemah!' Like that" Reana mengajuk cara Luna bercakap.

  "Kau nak cakap apa dengan dia, Reana?" Tanya Rafiq.

  "Dia asyik datang cari Asyad je. Jadi aku nak bagitahu lah yang Asyad sekarang bercinta dengan Leen. Perempuan ni pengacau" Balas Reana.

  Haikal memegang bahu Reana dengan lembut.

  "Batalkan jelah niat kau. Kita jangan perbesarkan hal kecil, okay?" Kata Haikal.

  "Apa? Kau tak sokong aku ke? Kau sokong perempuan tu jadi orang ketiga?!" - suara Reana nyaring.

  "Bukan tu maksud aku. Maksud aku, kita biarkan je dia macam tu. Kalau takde orang layan dia, nanti dia blah la" Kata Haikal.

  Rafiq menggeleng laju.

  "Reana, kau setuju ke dengan kata kata Dr. Haikal ni?" Tanya Rafiq.

  "Kau ingat? Aku akan mudah terima nasihat orang? Mustahil! Aku nak pergi cakap dengan dia jugak" Balas Reana langsung dia menuju ke arah Luna yang sedang berbual dengan Jururawat di Kaunter Jururawat.

  "Hei, perempuan" Panggil Reana.

  Luna menoleh memandang Reana dengan wajah yang serius.

  "Ops? Hey, girl" Reana membetulkan kata katanya tadi.

  "Ada apa? Penting ke? Kalau tak penting boleh cakap dengan pembantu I" Kata Luna.

  "Penting. Aku rasa kau perlukan pembantu kau. Sebagai... alat keselamatan?" Kata Reana sambil memandang Rafiq.

  Dia meminta pendapat lelaki itu bersasarkan kata katanya. Rafiq mengangguk yakin.

  "What's on?" Soal Luna sambil memeluk tubuh.

  "Jangan ganggu Tengku Asyad lagi" Pesan Reana.

   Jatuh rahang Luna mendengar amaran Reana.

  "You ni siapa nak halang I daripada dekat dengan Asyad? Ikut suka hati I lah, I ni bakal isteri Asyad" Kata Luna.

  "Asyad dah ada girlfriend jadi jangan ganggu kebehagian diorang" Kata Reana.

  "What? Gibberish! I'm Tengku Asyad's girlfriend. Perempuan mana pulak yang you claim jadikan sebagai girlfriend Asyad?" - Luna sudah melenting.

  Dia panas hati dengan setiap perkataan yang keluar daripada bibir Reana.

  "I don't care. I just want to warning you... don't disturb Asyad anymore! He already has a girlfriend. And you! Don't come here again unless you're sick!" Kata Reana.

  Rafiq dibelakang ternganga mendengar Reana berbahasa inggeris dengan lancar. Sambil marah pulak tu. Mesti sel sel akademik dia tengah bergabung dalam otak sekarang.

  Reana menghembus helaian rambut yang menutupi wajahnya. Kemudian mengajak Rafiq berambus dari situ. Luna tidak dapat menerima kata kata Reana itu jadi dia terus bertindak kasar.

  Perempuan itu menarik rambut Reana dengan kuat dan bermulalah pergelutan di situ. Rafiq cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Dia sedaya upaya menarik Luna daripada menyentuh Reana.

  Kebetulan pula waktu itu, Leen dan Asyad pulang ke hospital. Mereka terdengar bunyi riuh rendah dari pintu utama lagi. Suara orang menjerit tu jelas datang dari arah wad kecemasan. Leen segera berlari menuju ke sana.

 

 

 

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang