SELEPAS dua hari berada di hospital, Asyad membawa Leen pulang ke rumah. Ternyata keputusannya silap selepas membawa Leen pulang ke rumah. Sikap manja isterinya apabila sakit itu semakin menjadi jadi gayanya.
Asyad ingin bangun dari katil namun terbatas apabila Leen menarik perlahan hujung bajunya bersama riak wajah yang meminta simpati. Asyad tidak sanggup untuk pergi.
"Badan saya panas.. saya tak selesa" Kata Leen, lemah. Asyad melurut rambut Leen yang menutup wajah ke belakang. Tiba tiba Leen menarik tangannya dan memaksa tubuh dia agar berbaring.
"Badan saya panas tapi saya rasa sejuk.." Kata Leen.
Asyad baring di sebelah Leen dengan perlahan lahan. Leen pula meloloskan tubuhnya ke dalam pelukan Asyad. Dia rasa selesa menyandarkan kepala di dada lelaki itu.
"Ini demam buat buat ke betul betul? Lain macam aje ni" Soal Asyad hairan. Namun tangan dia tetap memeluk tubuh kecil Leen.
"Awak kan doktor. Awak lah yang tentukan saya demam olok olok ke serius" Balas Leen.
Aii. Pandai pulak menjawab.
"Sementara awak sakit ni, saya akan jaga awak macam puteri. Saya akan masak untuk awak, saya akan mengemas untuk awak..tapi lepas awak dah sembuh jangan harap nak dapat layanan tu balik" Kata Asyad.
"Saya boleh mandi hujan lagi" Jawapan Leen benar benar mencabar. Asyad ingin mengugut isterinya itu dengan sentuhan seksual biar padan muka.
Tangannya berkeliaran di pinggang isterinya itu. Lantas tangan Leen mencubit perutnya. Aduh! Cubitan ketam ni, sakitnya! Asyad tidak jadi nak melebih lebih.
"Datuk kita takkan kahwinkan kita saja saja. Mesti diorang nak kan cicik kan?" Kata Asyad.
"Tapi mak ayah saya tak meroyan pun nak kan cucu" Kata Leen pula.
"Tapi mak ayah saya ada sentuhkan soal perkara ni. Awak tak tahu sebab saya saja yang selalu balik Cyberjaya" Kata Asyad.
"Habis? Kita kena dapatkan persetujuan antara suami dan isteri dulu. Kalau dua dua tak setuju maka projek tak akan berjalan" Balas Leen.
Asyad tersenyum nipis.
"Suami dah lama bersetuju... si isteri saja yang belum" Kata Asyad.
Leen terdiam. Agak lama dia berdiam memikirkan perkara tersebut sehingga tertidur di pangkuan Asyad.
シ︎
2 TAHUN YANG LALU...
"Encik?? Encik! Hei! Awak langgar kereta saya! Takkan awak tak sedar lagi?" Marah seorang wanita.
Kereta Myvi berwarna kuningnya dilanggar oleh sebuah lori semasa ketiadaan dia. Dia sudah memarking dengan baik keretanya tetapi ada lori datang melanggar.
Seorang pakcik tua yang ada memandu lori tersebut terdiam di tempat pemandu sambil memegang dadanya. Kepalanya agak berpusing pusing kerana pening dan penonton menyangkakan pakcik tersebut mabuk alkohol.
"Apa dah jadi ni.. Ya Allah"
"Tengok tu pakcik tu mabuk. Dia langgar dua biji kereta. Kereta kita yang paling teruk. Habis macam mana ni?"
Ketika itu Leen keluar dari Mcdonald membawa sebungkus makanan. Kejadian di hujung tempat parking kereta menarik perhatiannya. Dia terus menuju ke arah tersebut.

YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Roman d'amour2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...