𝐁𝐚𝐛 18

62 5 0
                                        

DATO' RIZALMAN membimbing Datuk Lee berjalan keluar daripada wad. Leen pula mengemas pakaian datuknya dan barang barang lain. Jururawat mula menanggalkan cadar katil yang pernah diduduki oleh Datuk Lee.

"Leen pergilah sambung kerja. Tak payah hantar Datuk. Dato' Rizalman kan dah ada" Kata Datuk Lee.

"Takpa. Menyusahkan Atuk je. Atuk dah jaga Datuk sepanjang hari tak pernah henti. Jadi kalini biar Leen bawa Datuk balik" Kata Leen.

"Jangan cakap macam tu May. Tak menyusahkan Atuk pun. Atuk dengan Datuk kamu dah bersama berpuluh tahun dah. Atuk ingat nak bawak Datuk pergi ambil angin di tepi laut sekejap lagi" Kata Dato' Rizalman pula.

"Apa maksud kau kita dah 'bersama' berpuluh tahun Man?" Soal Datuk Lee.

Dato' Rizalman ketawa.

"Maksud aku. Kita setia sebagai kawan dan berpuluh tahun dah. Dari sekolah menengah sampai lah kita dah tua kerepot sekarang" Balas Dato' Rizalman.

Datuk Lee pula ketawa.

"Dr. Leen! Pesakit tertusuk dah sedarkan diri" Maklum Jururawat.

"Apa?" Leen tersengih lebar.

"Bagus. Leen, pergi tengok pesakit. Jangan risau... Atuk akan jaga Datuk kamu" Kata Dato' Rizalman.

"Ya. Baiklah Atuk. Hati hati" Leen melambaikan tangan sehingga dua orang tua itu hilang dari pandangan dia. Kemudian baru lah terfikir tentang kanak perempuan yang tertusuk semalam sudah sedarkan diri.

"Ah,ya. Betul ke dia dah sedar?" Tanya Leen.

"Ya,Dr. Leen. Vital normal. Air kencing normal. Tiada sebarang masalah selepas pesakit sedar. Tahniah Dr. Leen. Pembedahan berjalan dengan lancar" Kata Jururawat tersebut.

"Terima kasih" Ucap Leen kemudian terus bergegas ke bilik ICU kanak kanak.

シ︎

"APA? Hey! Pesakit tu terkena serangan jantung. Dr. Uthman tiada pembantu utama waktu tu! Jadi, Dr. Leen menawarkan diri dia. Tak masuk akal lah kalau awak tak benarkan dia ambil peperiksaan lembaga hanya disebabkan perkara tak guna ni!" - Asyad betul betul marah.

Dia turut menghadiri perbincangan ini atas bantuan Ayahnya sebagai Presiden Hospital. Ayahnya tiada kaitan dengan hal peperiksaan lembaga jadi tidak dapat bantu lebih.

"Tindakan Penalti? Jangan merepeklah! Kalau awak berada di situasi yang sama, saya yakin awak jugak akan lakukan perkara yang sama" Kata Asyad.

"Dr. Tengku Asyad" Panggil Pengarah Lembaga Persatuan Perubatan, Encik Adli. Dia memanggil dengan nama yang penuh.

Asyad memandang Encik Adli. Dia bersedia menerima sebarang kritikan akibat membantah keputusan dari pihak mereka. Bagi dia, keputusan yang tidak adil telah dibuat. Dia mahu menegakkan keadilan.

"Awak tiada kena mengena dengan isu penalti Dr. Leen. Jadi awak tak perlu sibuk dan risau, saya yang buat keputusan" Kata Encik Adli.

"Dan juga... jika saya ada di situasi yang sama. Saya akan pilih untuk tidak jadi pembantu utama Dr. Uthman" Kata Encik Adli lagi.

Dr. Uthman turut berada di situ. Agak lama dia berdiam selepas Asyad bangun membantah keputusan pihak lembaga dengan keras. Akhirnya...

"Jadi? Awak seronok pesakit mati?" Tebak Dr. Uthman.

Asyad memandang Dr. Uthman. Akhirnya lelaki itu bersuara. Asyad duduk semula di kerusi. Dia mahu dengar Dr. Uthman pula berdebat.

"Apa maksud awak, Dr. Uthman? Saya takkan biarkan pesakit mati suka suka. Tetapi hal itu akan menjejaskan keputusan peperiksaan lembaga saya. Saya akan ditangguhkan peperiksaan... awak fikir itu berita gembira?" Balas Encik Adli.

"Okay baiklah. Saya faham. Awak bukan seorang doktor, malah awak bukan pelajar perubatan. Tetapi pelik macam mana orang berfikiran sempit macam awak ni boleh jadi Pengarah Lembaga Persatuan Perubatan" Kata Dr. Uthman.

Dia tersenyum sinis. Encik Adli mengetap bibir, geram.

"Jadi, tarik semula keputusan tu atau saya akan lakukan tuntutan. Awak terus melakukan keputusan tanpa menyiasat dahulu apa yang berlaku. Jelas sekali ini tidak adil. Dr. Leen ada sebab untuk dia melanggar prosedur. Atas tindakan dia tu, dia telah selamatkan seorang pesakit serangan jantung"

"Hanya sebab dia selamatkan pesakit serangan jantung! Awak mahu gantungkan dia daripada menjalani peperiksaan lembaga?!"

Suara Dr. Uthman kuat menjerkah Encik Adli di dalam dewan tersebut. Riak wajah Encik Adli jelas menunjukkan dia tidak boleh menerima kata kata Dr. Uthman tersebut.

"Encik Fazif! Telefon pengerusi dengan segera!" Arah Encik Adli kepada pembantunya itu kemudian dia berambus keluar daripada dewan perbincangan sambil merengus.

Dr. Uthman ketawa sinis. Sampah. Peraturan jenis apa lah yang menghalang seorang doktor pelatih daripada membantu pembedahan hanya sebab prosedur peperiksaan lembaga.

Peraturan tak guna.

シ︎

"AH! Aku sangat takut sampai tidur lewat semalam. Aku risau kalau ada kesilapan aku sendiri semasa pembedahan nanti" - Reana merungut kencang.

Leen hanya diam di sudut kaunter sambil membaca sebuah majalah perubatan. Dia agak sedih kerana tidak dapat melakukan sesi tersebut kerana kesalahannya sendiri.

Semalam dia mendapat mesej daripada Ketua Pentadbir Hospital bahawa dia dilarang menjalani peperiksaan lembaga, pembedahan bersama profesor pilihan.

"Kau tak payah lah cemas sangat. Aku pun cemas. Tapi okay lah daripada kau!" Kata Haikal.

"Elleh. Aku tahu lah kau tu bijak! Belajar rajin rajin" Sindir Reana. Dia agak jelouse jugak dengan ketekunan Haikal yang suka belajar setiap masa. Dengan itu lelaki itu sentiasa mendapat tempat terbaik di kalangan pelajar. Namun masih belum dapat menandingi Si Leen yang bijak! Hahah.

"Leen. Kau okay ke?" Tegur Rafiq.

"Leen!" Panggil Rafiq apabila Leen tidak menjawab dia.

"Hah? Ya. Kenapa?"

"Kau okay tak? Kau mesti sedih tak dapat serta sekali" Kata Rafiq.

"Takpa. Aku okay je. Tahun depan aku boleh ambil peperiksaan lagi. Nampaknya kau orang senior aku lah ni. Lawak je" Balas Leen.

"Apa? Betul jugak. Macam lain dari yang lain. Hey Leen. Kau bersedia eh? Kalau ada ruang dan peluang, aku nak merasa buli pelatih jugak. Aku akan pilih kau!" - rancak Haikal ketawa.

"Hey!" Serentak Reana dan Rafiq memarahi Haikal.

"Kau jaga mulut kau..! Jangan risau Leen. Aku takkan biarkan hal ini berlaku" - Reana menepuk bahu Leen dengan lembut.

"Dr. May Leen? Bersiap sedia untuk pembedahan injap jantung. Awak akan jadi pembantu utama saya" Kata Prof. Waza secara tiba tiba.

Semua orang disitu menunduk hormat kepada Prof. Waza. Leen terkejut dengan arahan Prof. Waza secara tiba tiba.

"Apa? Saya pembantu utama? Saya boleh lakukan pembedahan ke?" Soal Leen teragak agak.

"Maksud awak? Saya ada pembedahan penting harini. Saya tiada pembantu jadi saya suruh awak. Saya dengar awak pembantu yang mahir. Bersedia cepat" Kata Prof. Waza.

"Ah? Ya. Baik, Prof. Saya akan bersedia" Kata Leen dan terus berlaku pergi ke bilik persalinan.


#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang