𝐁𝐚𝐛 9

53 5 0
                                        

"ATUK tak tahu pulak yang Asyad dah ada kekasih. Dari luar negara pulak tu dia datang. Kenapa Asyad rahsiakan daripada kami? Hah?" Kata Dato' Rizalman.

Sejak rombongan dari keluarga Tan Sri Halim semalam, dia tidak berhenti tersenyum sehingga ke hari ini. Gembiranya tidak terkata apabila dia bakal mendapat cucu menantu sekaligus cicit cicit yang comel.

"Apa yang berlaku semalam?" Soal Asyad.

"Keluarga Luna. Perempuan yang Asyad pernah cerita dekat Mama dulu tu. Keluarga dia datang rumah kita semalam. Kitorang bincang pasal tarikh pertunangan kamu dengan Luna lah" Kata Puan Yuhaira.

"Dengar cerita kamu dengan Luna kenal sewaktu dekat AS waktu tahun pertama di Universiti. Dia dalam jurusan business dan Asyad dalam jurusan perubatan. Tapi kenapa Asyad balik Malaysia awal sangat?" Kata Encik Razil pula.

Asyad tidak jadi nak makan. Seleranya hilang. Asyik dengar Luna, Luna, Luna! Dia tidak suka! Dia bencikan perempuan tu. Sejauh mana lagi perempuan tu boleh rahsiakan daripada dia?

Asyad yakin jika perempuan tu pulang ke Malaysia sebelum hari Konvokesyen di sana pasti ada sesuatu berlaku antara Luna dan kekasih gelapnya itu.

Pandai kau tipu aku eh perempuan? Kau ingat aku balik Malaysia awal saja saja seronok ke? Itu pun pakai kos yang banyak! Tapi tak apa, kau buat pilihan yang tepat Asyad.

"Bila tarikh pertunangan tu?" Tanya Asyad.

"Dua minggu lagi" Jawab Puan Yuhaira.

"Heh.." Asyad ketawa kecil. Semua orang di meja makan tersebut memandang dia dengan hairan.

"Kenapa Asyad ketawa?" Soal Puan Yuhaira.

"Asyad takkan bertunang dengan Luna. Keputusan Asyad muktamad. Asyad, dah ada pilihan Asyad sendiri sebelum Luna muncul depan mata Mama dan Papa. Termasuk Atuk" Kata Asyad.

Dia bangun kemudian membawa pinggannya ke ruang singki.

Puan Yuhaira dan Encik Razil terkejut. Kenapa tiba tiba anaknya itu membuat perangai sedangkan sebelum ini Asyad selalu menurut semua permintaan mereka.

"Tunggu. Asyad kenapa buat macam ni? Takkan kita nak cancel macam tu saja? Tolong ada common sense sikit. Buat malu Mama dengan Papa aje. Asyad jangan buat perangai... Mama nak pertunangan tu terjadi jugak" Kata Puan Yuhaira.

Selepas selesai membasuh pinggan, Asyad melewati meja makan.

"Keputusan Asyad muktamad. Tiada siapa yang boleh ubah. Ini soal kehidupan Asyad. Mama dan Papa boleh rehat, tak perlu masuk campur" Kata Asyad dan terus berlalu pergi.

"Apa? Asyad! Berhenti!"

"Asyad!!"

Dato' Rizalman hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum kecil. Bangga dengan tindakan Asyad.

シ︎

5 TAHUN YANG LALU..

University Of Chicago,

Luna berjalan dengan lenggang lenggoknya tersendiri - agak menggoda bersama senyuman manis memasuki ke fakulti perubatan.

Semua lelaki yang ada di sepanjang jalan itu memandang Luna dengan rasa kagum. Mereka berbual sesama sendiri berkenaan Luna yang mesti memasuki ke fakukti perubatan kerana mencari seseorang yang bergelar teman lelaki.

"Excuse me. Where can I find Tengku Asyad?" Soal Luna. Lelaki inggeris dihadapannya itu hanya dipandang atas ke bawah.

"Err.. Tengku Asyad? The student from Malaysian? Oh, sorry. I dont know" Balas lelaki inggeris tersebut.

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang