𝐁𝐚𝐛 17

46 4 0
                                    

  5 JAM pembedahan berlangsung, selepas selesai Leen membeli sebotol jus oren dan duduk berehat di kerusi bersebelahan dengan mesin air berikut. Dia pasti akan rasa bersalah apabila dia mengumumkan keputusannya nanti.

  Memikirkan Datuk dan arwah ibunya Leen jadi muram. Datuknya belum boleh keluar dari hospital lagi itu yang membuatkan Leen rasa sangat tertekan. Semakin lama di hospital, semakin bertambah kos rawatan hospital.

  Namun keresahan itu hilang selepas Dato' Rizalman berbesar hati mahu membayar kos rawatan sebagai sahabat baik kepada Datuk Lee.

  Seketika kemudian Leen terdengar bunyi kekecohan di wad kecemasan. Segera dia menuju ke sana untuk melihat situasi yang berlaku.

  "Apa? Anak saya kat ICU? Mana mak dia?!" Jerkah seorang lelaki yang tiba tiba datang membuat kecoh di sini.

  "Encik. Isteri Encik dan anak Encik perlu dapatkan rawatan jadi sila jangan ganggu. Tolong keluar dari wad kecemasan ni. Suara Encik menganggu pesakit di sini. Tolong jangan beri banyak tekanan" - Leen menyampuk.

  Lelaki itu memandang Leen dengan mata yang memerah. Dia menghiraukan teguran Leen dan meneruskan pencariannya. Selepas itu dia jumpa isterinya yang sedang berbaring di atas katil.

  "Woi! Kau bunuh anak aku!" Marah lelaki itu. Leen jadi geram.

  "Encik! Anak Encik tak mati!" Marah Leen pula.

  "Kalau kau tak bawak kereta hari tu, anak aku takkan mati" Kata Lelaki itu. Dia telah memberi tekanan kepada isterinya itu sehingga isteri dia menangis.

  "Encik!" Leen menarik bahu lelaki itu.

  "Tolong dengar. Anak Encik tak mati!" - Leen memandang wajah lelaki tua itu. Rasa nak tumbuk je.

  "Mana kau tahu? Aku dengar keadaan dia teruk! Disebabkan perempuan tak guna ni lah!" Kata Lelaki itu.

  "Tolong perlahankan suara Encik. Anak Encik sudah stabil sekarang. " Kata Leen.

  "Eh kau siapa? Kau doktor dia ke?" Tanya lelaki itu - nada menyampah.

  "Ya. Saya doktornya. Saya yang bedah dia" Jawab Leen. Dia agak bengang dengan lelaki itu kerana sering meninggikan suara.

  Lelaki itu terdiam sebentar.

  "Dr. Leen! Tekanan darah pesakit tiba tiba meninggi!" Jerit Jururawat dari ruang ICU tingkat bawah. Bilik ICU untuk kanak kanak.

  "Apa?" Leen mengeluh - penat.

  Lelaki tadi tidak semena mena menyerang isterinya lagi. Leen menuju ke bilik ICU dan memerhati keadaan kanak perempuan tersebut.

  "Ada masalah ke semasa pembedahan?" - Leen risau jika pembedahan dia penyebab masalah berlaku.

  "Tingkatkan cecair epinefrina ke 500 ML dan berikan ampul epinegrin setiap tiga minit. Saya akan datang semula sekejap lagi" Kata Leen kemudian segera menuju ke wad kecemasan semula.

  Kelihatan Lelaki tadi sudah bertindak kasar dengan isterinya. Kenapa lah staf sini suka tengok je keadaan? Kan senang kalau Dr. Uthman ada. Semua pesakit takut dan hormat kepada Dr. Uthman kerana garang.

  "Encik! Tolong pergi dari sini, kalau tidak saya akan panggil polis" Ugut Leen.

  Lelaki itu tidak kisah dengan ugutan dia malah mengambil bekas alatan nurse untuk memukul isterinya.

  "Hah? Encik!" Leen segera menghalang. Tiba tiba, dahinya dihentak dengan bekas alatan nurse tersebut sehingga berdarah.

  "Haish!" Leen tidak suka darah diri dia sendiri. Sisi lemah dia akan kelihatan.

  "Dr. Leen?!" Dr. Uthman terkejut. Dia baru saja sampai di wad kecemasan selepas mendengar aduan tentang situasi sekarang. Beberapa orang pengawal juga berada di belakang dia.

  "Bawa lelaki ni keluar dari wad kecemasan. Jangan benarkan dia masuk selagi tiada arahan daripada saya!" Arah Dr. Uthman.

  Kemudian dia memeriksa kecederaan Leen.

シ︎

"OKAY ke tak tu?" Tanya Asyad.

  "Jangan risau. Saya okay" Balas Leen sambil menekap ketulan ais yang dibalut dengan kain di tepi dahi. Sebahagian dahinya perlu dijahit sebanyak 4 jarum.

  Agak menyakitkan... namun tidak mengapalah. Dia sendiri yang bersalah. Membahayakan diri sendiri. Asyad memandang Leen dari sudut bilik staf.

  "Memikirkan yang hari ni hari sabtu.. haih" - Asyad mengeluh kecil.

  "Hei. Pergi siap, tukar baju. Ikut saya" Arah Asyad.

  "Untuk apa?" Soal Leen, hairan.

  "Pergi tukar cepat" Kata Asyad. Dia menarik tangan Leen menuju ke bilik persalinan wanita dan dia menunggu di luar.

  "Apa.. dia nak buat apa?" Seloroh Leen.

  Selepas menukar ke pakaian biasa, Leen keluar dari bilik persalinan dan ternyata Asyad sedang menunggu di depan bilik ini sahaja.

  "Awak... nak ajak saya pergi mana?" Soal Leen.

  "Temu janji. Dah lupa ke?" Balas Asyad.

  "Tapi, pesakit saya belum sedar. Nanti Dr. Uthman marah saya kalau saya keluar sekarang" Kata Leen.

  "Jangan risau lah. Dr. Uthman suruh awak berehatkan. Jadi saya minta izin dia nak bawak awak keluar dari hospital untuk cari ketenangan. Awak mungkin boleh dapat trauma daripada insiden yang berlaku" - panjang Asyad berkata kata.

  Leen tersenyum nipis. Baik jugak Doktor lelaki kat hospital ni.

  "Err, tapi! Takkan saya nak keluar temu janji dengan plaster di dahi? Saya akan buka.." -pantas tangan Asyad memegang tangan Leen.

  "Tak payah. Lupakan tentang luka dahi, plaster di dahi. Keluar je dengan saya. Saya tak kisah. Kalau ada orang pandang awak pelik saya akan lindung awak" - Asyad memotong percakapan Leen kemudian terus menarik Leen keluar daripada bilik staf.

  Sejujurnya... Leen agak terharu. Selain daripada Datuk, Ayah, Dr. Uthman yang selalu melindungi dia, Asyad juga begitu. Leen dapat rasakannya.

シ︎

  "SEJUK sangat ke?" Tanya Asyad prihatin. Dia membawa Leen bersiar siar di tepi laut namun tidak sangka pula angin begitu kencang pada malam ni.

  Leen menggeleng. "Tak. Saya okay"

  "Saya tengok kebanyakan pasangan bercinta, lelaki akan pergi beli makanan untuk wanita dia, suapkan makanan dan... berikan wanita mereka kemeja yang mereka pakai untuk hilangkan rasa sejuk" Kata Asyad.

  Leen ketawa besar. Dari mana Asyad belajar tentang semua ni? Leen hanya jumpa cara begini di dalam K-drama sahaja. Di Malaysia tiada se sweet begitu.

  Asyad memandang Leen dengan tajam. Lawak ke kata kata aku tadi?

  "Takpa. Saya okay. Lagipun, kita bukannya pasangan bercinta pun. Kita cuma datang temu janji sebab permintaan saya saja" Kata Leen pula.

  Asyad menoleh memandang Leen.

  "Awak rasa macam tu ke?" Tanya Asyad.

  "Haah, ya" Jawab Leen.

  "Pelik. Kenapa saya rasa macam kita betul betul bercinta?"

  Seketika, Asyad dan Leen saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka bertatapan mata agak lama sehingga bunyi ombak tidak lagi kedengaran di telinga. Begitu ralik sekali.  

 

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Where stories live. Discover now