𝐁𝐚𝐛 15

59 5 0
                                        

  KEDATANGAN Luna ke hospital sedikit pun tidak dihiraukan oleh Asyad. Sudah di pesan beratus kali namun gadis itu mengabaikan amaran dia. Dia benci melihat wajah gadis itu hampir 4 tahun.

  "Kenapa you hiraukan I? I ada buat salah ke? Mama I tanya tentang pertunangan kita. Apa yang I nak jawab? You memandai mandai batalkan. Kan dah malukan I" Kata Luna.

  "Awak punya malu tu masalah awak. Bukan masalah saya. Kenapa saya perlu kisah? Lagi satu, jangan sebut pasal pertunangan faham tak? Saya tak suka lah. Jangan sampai saya berkasar dengan awak!" - Asyad betul betul hilang sabar.

  Ego dia tercabar dengan kedegilan Luna yang sentiasa merimaskan dia.

  "Hai.." Hehe, Leen tersengih. Kedatangan dia secara tiba tiba itu membuatkan Asyad mendengus kasar. Keadaan dua pasangan ni nampak agak tegang jadi Leen datang ke arah mereka untuk meredakan keadaan.

  Bukan apa, suara mereka kuat apabila bertengkar jadi agak menganggu sedikit pesakit pesakit di wad kecemasan. Leen tidak boleh biarkan perkara itu berlaku.

  "Awak jangan nak masuk campur. Pergi duduk jauh jauh. Ini bukan hal awak" Tegur Asyad.

  "Hah?" Leen tidak faham maksud Asyad.

  "Siapa perempuan ni?" Soal Luna.

  "Kenapa tanya saya? Tanyalah dia sendiri!" Marah Asyad.

  "Asyad. Awak lupa ke kita ada persidangan harini? Saya harap awak tak lupa" Tanya Leen.

  Asyad memandang Leen. Pandangan dia kosong. Terfikir persidangan apa yang Leen tengah mengarut sekarang.

  "Sorry. Err, Cik. Saya pinjam sekejap boyfriend saya" Kata Leen dengan penuh sopan sambil menarik perlahan tangan Asyad menuju ke tempat yang sunyi.

  "B-boyfriend??" Luna terkejut.

  "Awak nak apa? Tak nampak ke saya tengah bergaduh dengan dia? Kenapa awak perlu menyibuk? Buat hal sendiri tak boleh ke?" Marah Asyad.

  Leen menjeling ke atas. Tangannya memeluk tubuh yang kecil.

  "Saya tengah buat hal saya lah. Awak dan girlfriend awak tu, menganggu situasi wad kecemasan. Sudah lah suara mereka pun kuat! Tambah lagi suara korang berdua bertengkar! Bising tau!" - Giliran Leen pula memarahi Asyad.

  "Masalah awak ke masalah saya? Lagi satu, jangan nak merepek pasal persidangan lah!" Asyad mencabar kesabaran Leen.

  Leen agak terkesima sedikit. Mood Asyad dalam keadaan sangat tidak bagus. Umpama bom akan meletup akibat terkena serpihan api. Serpihan api itu adalah kata kata Leen sendiri.

  "Masalah saya! Masalah saya,adalah awak dan girlfriend awak tu! Tak faham faham lagi? Awak nak saya cakap bahasa apa? Korea? Tamil?!" - membara mata Leen memandang Asyad.

  "Haish..!" Asyad geram. Dia selalu tewas apabila gadis ini sudah mula naik mood berang dia.

  "Okay. Lupakan. Saya malas dah nak ambil tahu. Untuk pengetahuan awak. Dia bukan girlfriend saya. Faham? Saya dah taknak bercakap dengan dia. Awak boleh pergi halau dia sendiri" Kata Asyad.

  Selepas meninggalkan secebis kata dia terus berlalu pergi. Dia akan berehat di bilik panggilan jika dia mahu keseorangan.

  Hmm. Leen menepuk dahi.

  "Sorry. Apa yang you berbual dengan Asyad tadi? I nak tahu" Tegur Luna.

  Leen menoleh kebelakang. Luna agak tinggi daripada yang dia sangkakan. Mungkin kerana heels yang dipakai oleh perempuan itu setinggi 20 cm.

  "Awak bercakap dengan saya ke?" Tanya Leen.

  "Habis? I bercakap dengan siapa lagi? Mesin air ni? Kenapa lembab sangat? Tak sangka Asyad ada girlfriend lembab macam you ni" Bomm!' - pedas kata kata Luna itu.

  Leen hanya tersenyum manis.

  "Helo?" Telefon dipura pura letak di telinga walhal tiada panggilan masuk pun sebenarnya.

  "Pesakit kemalangan kereta? Okay, saya dalam perjalanan" Leen bergegas lari menjauhi Luna.

シ︎

Hari temu janji pertama,

  "SAYA ajak awak keluar temu janji tapi awak bawak saya datang rumah siapa pulak ni?" - Leen memandang rumah banglo dua tingkat yang megah di hadapan mata dia sekarang.

  "Jangan risaulah. Bukannya saya ajak awak ceroboh rumah orang. Ini kali pertama kita bertemu janji so saya bawa awak jumpa mama dan papa saya. Atuk kesayangan awak mungkin ada" Kata Asyad - sempat dia menyindir Leen.

  'Atuk kesayangan'? Leen tersenyum. Asyad keluar daripada kereta lalu terus masuk ke dalam rumah. Leen tersedar yang dia ditinggalkan di dalam kereta. Dia fikir Asyad akan membuka pintu untuk dia.

  Hampeh!

  "Assalamualaikum" - Leen menyalami tangan Puan Yuhaira. Lembutnya tangan. Bisik hati Leen.

  "Waalaikumussalam" Puan Yuhaira dan Encik Razil menjawab salam serentak. Pertama kali memandang Leen, Puan Yuhaira sudah menetapkan sesuatu.

  Leen yang memakai baju kurung edisi pahang berkain cotton itu telah mencuit sedikit hati Puan Yuhaira. Namun, hati wanita tua itu belum puas mengenali perwatakan Leen.

  "Umur May berapa?" Soal Puan Yuhaira.

  "May? Err, sorry. Umur Leen sebaya dengan Asyad" Jawab Leen - gagap.

  Hanya Dato' Rizalman seorang saja memanggil dia dengan nama May. Manusia lain memanggil dia dengan nama Leen. Jadi jika ada orang lain menyebut May, Leen jadi blur sekejap.

  "Ouh, sebaya ke" - Puan Yuhaira fikir May Leen yang selalu diceritakan oleh Ayah mertuanya itu lebih muda dari Asyad.

  "Takpa. Umur tu tak penting kan? Janji kamu berdua dapat hidup bahagia" Sampuk Encik Razil.

  "Haah. Betul tu Uncle" Support Leen.

  "Jemput makan" Pelawa Puan Yuhaira. Dia menghidangkan beberapa lauk pauk yang dimasak oleh diri dia sendiri.

  Leen membantu Asyad mencedok nasi masuk ke dalam pinggan. Dia segera mahu menghabiskan sesi 'temu duga' ini. Hati dia sangat gementar apabila bersemuka dengan Puan Yuhaira.

  Walaupun wanita tua itu tidak garang, sikap peramah Leen terhapus terus bila berhadapan dengan bakal mertua. Jadi inilah rasanya apabila hendak berkahwin.

  Tersiksanya bila terpaksa menghadapi situasi macam ni.

  Walau bagaimanapun... aku perlu bertahan!

 

 

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang