SELEPAS pulang dari Amerika Syarikat, Asyad menyambungkan pengajiannya pada tahun keempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya iaitu hospital milik keluarga Dato' Rizalman.
Kepulangan dia menimbulkan tanda tanya di dalam fikiran ahli keluarga dia namun dia hanya memberi alasan tidak mahu berjauhan lagi dengan ahli keluarga. Biar dia menamatkan pengajian di tanah air.
Hari pertama di pertengahan tahun menjadi doktor pelatih buat tahun terakhir di hospital tersebut telah menimbulkan masalah baru. Asyad baru sahaja hendak memasuki pintu utama hospital, dia terlanggar seorang gadis.
"Mintak maaf. Saya nak cepat, ada pesakit baru sampai" Kata gadis tersebut.
"Hei.. awak buta ke?" Asyad bengang.
"Mata? Buta? Saya berlari elok je" Balas gadis tersebut.
"Hei, Leen! Cepatlah!" Panggil Rafiq dari luar.
"Ya! Kejaplah.." Sahut gadis tersebut. Dia terus berlari ke arah ambulans yang berhenti di hadapan unit kecemasan.
Asyad ketawa sinis. "Pandai menjawab"
シ︎
"LAMANYA termenung!" Sergah Daren.
Bahu Asyad terinjut kerana terkejut. Eh sekejap! Dia baru sahaja mengenang memori dia di University Of Chicago bersama Daren 5 tahun dulu. Tiba tiba harini di Malaysia dia terdengar suara Daren.
Ini mimpi ke?
"Woi! Ni aku lah! Kau hilang ingatan eh?" Kata Daren.
"Ya Allah! Daren! Kau ni kenapa dowh? Bila kau sampai sini?" Soal Asyad - teruja
"Bila aku sampai? Semalam" Balas Daren.
"Kenapa kau balik awal sangat? Konvo tak lama lagi..." Tanya Asyad.
"Kau macam tak kenal Tan Sri Darus. Dia nak anak bongsu dia ni ambil sijil perubatan di tanah air" Balas Daren.
Asyad ketawa. Lupa pulak dengan watak Tan Sri Darus iaitu bapa kepada Daren yang sangat tegas dalam menerapkan nilai tradisional melayu dalam keluarga.
Jika datang dari tanah air maka terima penghargaan di tanah air. Jika sijil itu datang dari luar negara maka boleh saja hantar sijil itu melalui e-mail.
"Nampaknya, kau sorang jelah nanti eh calon penghargaan daripada Chicago? Hmm? Seronok lah tu, awek awek Malaysia mesti tengok kau seorang je" Kata Asyad.
"Mestilah. Diorang akan terkejut punya tengok muka kacak aku ni datang dari overseas" Kata Daren pula.
"Berlagak sia!" Asyad menyiku lengan Daren.
"Lagi satu. Kau buat apa kat tasik ni? Tempat ni untuk orang yang putus cinta je" Soal Daren.
Asyad hanya tersenyum. Dia pun tak tahu kenapa dia ada di tasik ni. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia keluar daripada rumah selepas mengatakan niat dia yang tidak mahu bertunang dengan Luna.
"Aku ambil angin kut kat sini" Jawab Asyad.
シ︎
KETIKA ini, dadanya terasa berat. Berat hendak berjalan. Otak kiri dan kanan seperti sedang berlawan antara satu sama lain. Jantungnya tiba tiba berdegup pantas dan mendapat tekanan hebat. Urat di tangannya rasa seperti ditarik tarik.

YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romantizm2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...