TAHUN 2022.
GOYANG- goyang.. goyang lah kaki oi jangan tak goyang santai depan tv sambil melahap keropok. Sesekali ketawa apabila terdapat adegan yang mencuit hatinya.
Krakk..!' Pintu ruang tamunya dibuka namun dia masih belum sedar. Masih terleka dengan K-drama dia yang berbaki 20 minit terakhir sebelum tamat.
Tiba tiba sebuah kain putih yang dipenuhi darah melayang di hadapan matanya. Terus dia menjerit sehingga keropoknya berterabur di bawah.
"Apahal?" Tanya Leen, agak kasar.
Asyad melempar kot doktornya ke atas lantai lalu mengangkat kaki Leen ke bawah. Leen mencebik kasar lantas bangun menjauhkan diri daripada Asyad.
Giliran Asyad pula melunjurkan kakinya di atas sofa lembut tersebut yang dibeli dengan duit dia sendiri. Leen mengabaikan saja tindakan suaminya itu. Dia meneruskan aktiviti menonton K-drama.
Bunyi deringan dari telefon Asyad yang berulang kali menganggu fokus Leen. Dia menguatkan lagi sound tv kerana tidak dapat mendengar suara Ahn Hyo Seop dengan jelas.
"Hei,hei! Leen!" Panggil Asyad dengan riak wajah yang stress.
"Apa dia..?" Leen juga menunjukkan riak wajah yang menyampah. Lagi beberapa minit je nak habis drama dia, mesti ada saja benda yang menganggu.
"Tutup tv tu. Bising lah! Saya nak tidur.. saya dah tak tidur 28 jam tahu tak?" Kata Asyad.
Leen menggeleng dengan laju.
"Kenapa saya pulak yang kena tutup tv? Telefon awak tu yang bising dulu. Jawab jelah panggilan tu!" Balas Leen.
Asyad mencebik geram. Dia duduk dengan betul sambil menggaru kepala yang stress. Stress dapat bini yang degil ni!
"Saya nak tidur tau.. awak kena lah faham..saya"
"Saya tak faham!" Sampuk Leen. Terpinga pinga Asyad memandang Leen yang memotong percakapan dia.
"Saya tak faham dengan awak ni. Bilik kan ada kenapa gatal nak tidur jugak dekat ruang tamu ni? Dah lupa dah cara nak panjat tangga?" Kata Leen.
Asyad terdiam. Kadang kadang Leen agak garang dan menakutkan tapi Asyad juga taknak kalah. Dia akan mencari alasan untuk mengalahkan gadis tersebut.
"Sebab saya dah tahu dah! Kalau saya masuk bilik.. akan lagi stress ada lah! Awak tak kemas bilik kan?" Tebak Asyad.
"Saya.. kemas! Awak ingat saya ni pemalas sangat ke? Harini saya siap lap lagi lantai bilik. Kalau awak tak percaya pergilah tengok!" Balas Leen.
Asyad tersenyum sinis. Dia mula berdiri untuk menuju ke bilik.
"Pergilah! Jangan sampai tertidur pulak atas lantai tu!" Sindir Leen.
Namun.. biasalah perempuan pantang kalah. Sebenarnya Leen hanya kemas sikit sikit saja bilik. Tadi itu hanya pembohongan semata mata kerana tidak mahu kalah!
シ︎
PINTU bilik ditolak.. yah! Asyad sudah agak. Tak kemas pun. Huh, keluhan dilepaskan. Dia baring lemah di atas katil memandang kipas yang ligat berpusing.
Penat bekerja selama 28 jam berturut turut. Nak berkelip mata pun tidak sempat apalagi nak terlelap. Pembedahan direct daripada pagi hingga ke pagi seterusnya. Lewat petang baru ada ruang untuk balik ke rumah.
Asyad faham kenapa Leen tidak mengemas bilik. Gadis itu tinggal seorang di rumah kadang kadang. Sudahlah bini dia tu penakut. Mestilah huru hara..
Cadar katil adalah benda yang pertama Asyad akan lihat jika pulang dari hospital. Kalau berterabur tu maknanya hujanlah malam tu. Leen memang takutkan guruh.
Secara spesifik, Leen seorang gadis yang manja dan... banyak mulut.
"Leen! Ooo.. Leen!" Laung Asyad dari atas.
"Kenapa??" Sahut Leen dari bawah.
"Sini lah kejap..!" Arah Asyad.
Dari anak tangga kelima Asyad sudah mendengar bunyi mulut kecil Leen membebel. Kalau tak membebel mesti mengutuk.
"Kenapa?" Soal Leen. Berdiri di muka pintu.
"Tolong sediakan air panas. Saya nak mandi dan.. kejap lagi kalau awak turun semula, tolong masukkan kot saya ke dalam mesin. Bukan mesin bawah eh.. mesin basuh dalam bilik kita ni. Faham tak?" Kata Asyad.
Hmm. Leen mengangguk. "Faham"
Leen masuk ke dalam bilik air untuk menyediakan air panas untuk Asyad kemudian turun semula ke ruang tamu untuk mengambil kot hospital Asyad dan naik ke atas semula.
Ada masa Leen akan menurut semua arahan dan permintaan Asyad dan ada satu masa dia akan menolak semuanya mengikut kehendak hati dia sendiri.
Tetapi sesibuk mana pun dia waktu itu, kalau Asyad meminta pertolongan dalam keadaan yang penat Leen tidak sanggup untuk menolak. Lagipun, Asyad seorang suami yang baik walaupun selalu tinggalkan dia seorang diri di rumah apabila perlu lajakkan waktu bekerja.
Sebab itulah Asyad pernah kata..
"Saya nak bagi awak teman dekat rumah, awak taknak"
Teman? Hahaha, kalaulah teman tu boleh didapatkan dengan cara yang mudah. Kan senang? Hmm. Leen belum bersedia lagi.
シ︎
LEEN baru saja selesai mandi. Tanpa sedar Leen keluar daripada bilik air dengan keadaan bertuala di paras bahu sahaja. Semasa mencari baju di dalam almari, dia terlihat Asyad yang sedang menyidai pakaian di balkoni.
"Macam kenal warna merah tu..aku letak dalam mesin basuh tadi" Kata Leen perlahan.
Hmm... Leen kembali menoleh ke arah Asyad. "Hah?!"
Leen membuka langkah besar menuju ke arah Asyad.
"Asyad!!" Jerit Leen.
Asyad terkejut. "Kenapa awak ni?"
"Eee.. apa yang awak buat ni? Itu barang peribadi saya tau! Sesuka hati je awak sentuh. Pergi sidai pulak tu! Habislah maruah saya..." Marah Leen.
Matamya tajam memandang baju dalamnya yang dipegang oleh Asyad. Dua kali Asyad terkejut. Kali kedua dia tergamam melihat isterinya yang hanya berkemban.
Tergugat iman dia pada waktu itu namun sedaya upaya dia cuba menahan.
"Err.. mana lah saya tahu! Saya nak sidai baju saya saja! Entah tiba tiba ada benda alah ni!" Balas Asyad.
"Benda alah? Awak cakap tu benda alah? Eee.. awak ni kenapa eh??" Leen menyerang Asyad dengan mencengkam kuat rambut lelaki itu.
Sehingga kain tuala yang membaluti tubuhnya itu tercabut dan menampakkan seluruh bentuk tubuhnya tepat ke arah Asyad. Membulat mata Asyad memandang tubuh Leen.
"Hah?!" Mata Leen membulat. Sebelah tangan menutup mulut yang terlopong dan satu lagi menarik tuala menutup tubuhnya semula. Perlahan lahan tubuhnya lemah lunyai terjatuh.
Asyad mengangkat kedua dua tangannya seperti penjenayah mengaku tidak bersalah kepada polis. Perlahan lahan dia menghilangkan diri dari ruang beranda.
"Aish!" Leen menyesal. Ini bukan kali pertama berlaku namun tetap rasa seperti baru kali pertama terjadi. Dia tetap rasa malu yang mendewa.
YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romance2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...