LESU. Dia tidak bermaya nak melakukan kerja. Dia terfikir sama ada perjumpaan dia dengan bakal mertuanya itu pada jumaat lalu, dia ada lakukan apa apa kesalahan.
Sebaik sahaja dia mahu pulang ke rumah, wajah Puan Yuhaira agak dingin disebalik senyuman nipis. Leen terfikir sama ada dia ada tersilap kata atau perbuatan.
"Aaa.. mana nak letak muka aku ni? Hurmm, rasa nak putar balik masa. Tak ada apa yang berlaku pun tapi kenapa aku rasa malu? Kenapa? Kenapa? Arh!" - Leen bagaikan lembu merajuk akibat diikat.
Dia mengeliat kiri kanan dan merengek di kaunter wad kecemasan. Jururawat yang ada disitu hanya memerhatikan gelagat Leen.
Kringgg!'
"Hello?Wad kecemasan PPUM" Jururawat menjawab panggilan dengan pantas.
"Apa? Baik, kami akan bersedia" Kata Jururawat tersebut lalu meletakkan telefon semula.
"Sebuah kereta terbabas di jalan raya. Terdapat seorang kanak kanak kecil berumur 4 tahun dan wanita berumur 32 tahun. Kanak kanak tu mungkin mengalami hentakan yang kuat sebab tidak duduk di kerusi keselamatan kanak kanak." Terang Jururawat tersebut.
"Hei. Cepat cepat! Mereka dah sampai. Bersedia!" Kerah Dr. Uthman. Leen memandang hairan. Jarang Dr. Uthman turun ke wad kecemasan pada waktu petang.
"Leen! Kau termenung apa? Cepatlah!" Sergah Rafiq.
Reana dan Haikal tiada harini kerana mereka menyertai persidangan pembedahan Prof. Waza sejam yang lalu. Kira kira lagi 4 jam persidangan itu akan habis.
"Okay. Sekejap!" - Leen segera berlari ke arah bilik persalinan untuk menukar baju. Kemudian dia segera menuju ke wad kecemasan.
"Pesakit sampai!" Maklum paramedik.
"Apa yang berlaku?" Tanya Leen.
"Kereta mereka terbabas masuk ke dalam hutan. Ada sebuah ranting kecik telah tertusuk ke dada budak perempuan ni" Cerita paramedik tersebut.
"Apa?" - Ranting kayu sepanjang 15 cm, halus dan ramping dikerling. Uh, dia tidak sanggup melihat keadaan kanak perempuan ini.
"Bawa dia ke bilik hibrid" Arah Ketua Jururawat.
"Seorang lagi pesakit!" Jerit paramedik.
"Wanita ni ibu kepada kanak perempuan tu ke?" Soal Leen.
"Ya. Dia mengalami hentakan pada kepala. Kami sudah periksa tanda vitalnya, normal. Tetapi dia selalu mengadu sakit di bahagian pergelangan kaki" Cerita paramedik itu.
"Puan. Boleh dengar suara saya tak? Boleh gambarkan bagaimana rasa sakit di pergelangan kaki Puan?" Tanya Leen - cermat.
"Kaki saya rasa macam digilis sebuah treler" Jawab wanita tersebut.
"Apa?" Leen terkejut sekali lagi. Dua pesakit ini mengalami kesakitan yang serius.
"Bawa dia ke katil empat" Arah Ketua Jururawat.
"Dr. Leen!" Panggil Dr. Uthman.
"Ya?" Sahut Leen. Dia tercari cari di mana Dr. Uthman berada.
"Hei. Kamu pergi rawat pesakit tertusuk dada. Saya akan rawat pesakit hentakan. Minta tolong Dr. Rafiq" Kata Dr. Uthman - dia tiba tiba muncul dari belakang Leen.
"Ah? Ya, baik Doktor"
"Vital?" Soal Leen.
"Hipertensi, 140/90. Nadi, 70" Maklum Jururawat.
"Tolong bawakan mesin FAST" Arah Leen. Kemudian dia menyentuh perlahan dahi kanak perempuan tersebut mujur tidak demam panas.
Setelah mesin FAST sampai, Leen memeriksa keadaan dada kanak perempuan tersebut. Terdapat pendarahan di dalam bahagian dada kanak perempuan tersebut.
"Apa tu?" Rafiq mengecilkan matanya memandang skrin mesin FAST.
"Hipertensi.. pulmonari?" Kata Leen.
Rafiq memandang Leen.
"Weh, agak agaklah. Hipertensi pulmonari. Pesakit ni masih bayi lagi. Kemungkinan ada kerosakan jantung tu sangat jauh" Kata Rafiq.
"Aku tak cakap pun dia ada kerosakan jantung lagipun dia bukannya bayi lagi. Dia seorang budak berumur empat tahun. Tengok. Tekanan darah dia tinggi akibat ranting kayu tertusuk ke dada dia. Cik Umi tolong lakukan imbasan CT" Kata Leen.
"Kau pasti ke?" Tanya Rafiq.
"Tak pasti tapi aku yakin. Paru paru dia yang rosak mungkin menyebabkan dia mengalami Hipertensi Pulmonari" Balas Leen.
Rafiq menggaru kepala. Tiada gunanya dia berbahas dengan Leen. Terasa seperti berbual dengan profesor.
"Dr. Leen. Apa yang berlaku?" Tanya Dr. Uthman berkenaan pesakit tertusuk ranting kayu.
"Dia mengalami Hipertensi Pulmonari. Ini imbasan CT. Ada pendarahan berlaku, kanak perempuan ni perlukan pembedahan segera." - Leen menalakan arah skrin komputer ke arah Dr. Uthman.
"Dr. Leen. Terangkan apa yang kamu faham tentang kes ini" Arah Dr. Uthman.
"Hah? Err..." - Leen menggaru kepala sekejap.
"Imbasan CT menunjukkan ranting itu menyekat kapilari peparu. Jadi, salur darah tidak dapat disalurkan melalui peparu. Ia menyebabkan tekanan dalam arteri peparu meningkat. Jadi, ventrikel kanan perlu mengepam banyak darah melalui peparu sehingga menyebabkan otot jantung menjadi lemah. Jika keadaan lebih teruk mungkin jantung gagal berfungsi" Terang Leen dengan panjang lebar.
Percapakannya agak laju. Rafiq kagum dengan kebijaksanaan Leen. Ranting kayu yang menyekat kapilari peparu itu lah yang mungkin menyebabkan pendarahan berlaku di ruang dada.
"Bagus. Bersedia untuk pembedahan. Tolong panggilkan Pakar Saraf yang bertugas untuk merawat pesakit sirosis berbilang" Kata Dr. Uthman.
"Baik, doktor" Jururawat bertugas segera memanggil Pakar Saraf yang berkenaan.
"Hei, Leen! Termenung apa lagi?" Tegur Dr. Uthman.
"Ah? Ya, saya bersedia!" Leen segera mengajak Jururawat disitu menolak katil pesakit menuju ke bilik pembedahan.
Selepas selesai, dia pergi menukar baju memakai baju pembedahan. Kemudian menuju ke bilik pembedahan semula. Semasa di luar bilik untuk mencuci tangan, Leen terserempak dengan Dr. Uthman.
"Lakukan yang terbaik. Kamu akan ketuai pembedahan ni. Saya akan jadi pembantu utama kamu. Jangan risau tentang prosedur, kamu takkan dibuang" Kata Dr. Uthman.
"Ah, ya. Baik, doktor"
Leen sebenarnya sudah buat keputusan bulat bulat. Keputusan seumur hidup yang mungkin buat orang rasa geram terhadap dia.
YOU ARE READING
#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎
Romance2 [ COMPLETE ] SHORT STORY Bunga yang selamani kau tunggu tunggu untuk melihat dia mekar namun satu hari luruh jatuh ke bumi dek angin kencang yang dengki. Hadir sepucuk bunga di atas tanah saat kau berjalan. Kini kau sedar cinta tu tak semestinya s...