𝐁𝐚𝐛 4

59 4 0
                                    

TAHUN 2022.

"JEMPUTLAH duduk. Lama mama tak tengok menantu mama. Apa khabar? Sihat tak?" Puan Yuhaira tersenyum kembang ketika melihat kemesraan antara Asyad dan Leen.

"Sihat, ma. Mama macam mana? Okay?" Soal Leen.

"Mama mestilah sihat. Ayah mentua kamu kalau mama sakit sikit mesti dia akan rawat mama sehabis mungkin" Jawab Puan Yuhaira.

Leen mengangguk. Asyad memasukkan seketul ayam ke dalam pinggan Leen. Kemudian Leen menghulurkan tangan untuk mencedok sayur hailam. Dengan pantas Asyad memegang tangan isterinya.

"Kenapa nak ambik kalau tak makan? Nanti membazir" Tegur Asyad. Leen memuncungkan mulut.

Puan Yuhaira tersenyum nipis.

"Erm.. macam mana perkembangan rumah tangga korang? Dah setahun kahwin masih belum ada.. apa apa ke?" Soal Puan Yuhaira.

Encik Razil memandang isterinya tajam. Puan Yuhaira sekadar nak tahu perkembangan rumah tangga anak dia, itu pun salah ke. Suami di sebelah dijeling.

Asyad memandang Leen bersekali senyuman sinis.

"Cubalah mama tanya menantu mama ni. Mama pula pujuk dia. Asyad dah penat bagi nasihat" Balas Asyad.

Leen tersenyum sumbing. Perlahan lahan tangan di bawah mencubit perut suaminya. Nasihat konon. Ugutan ada lah!

"Papa tahu lah kamu berdua ni bukannya kahwin secara rela pun. Tapi papa boleh nampak keikhlasan kamu berdua tu dalam rumah tangga" Kata Encik Razil.

"Betul tu. Mama faham kalau Leen tak bersedia atau malu ke.. tapi dalam perkahwinan mesti ada anak. Anak tu yang akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri" Sambung Puan Yuhaira.

Dato' Rizalman yang lama mendiam akhirnya dia tertawa kecil.

"Atuk pun nak merasa ada cicit jugak" Kata Dato' Rizalman.

Asyad tersenyum dalam diam. Sekali gus dia kena jeling dengan papanya. Leen malu. Bercakap soal benda ni pun dia sudah malu apalagi kalau 'melakukannya'?

Selesai makan, Puan Yuhaira mengajak anak dan menantunya tidur di rumah mereka sahaja namun ditolak secara baik. Leen mahu melawat ayahnya pula.

Mereka akan tidur di sana dan jika ada peluang lagi mereka akan tidur di sini.

"Kirim salam pada Lee" Pesan Dato' Rizalman.

Sampai di rumah ayah mentuanya, Asyad mengeluarkan bag pakaian kecil dari ruang bonet kereta.

"Hmm? Kenapa ada satu bag saja? Mana bag saya?" Soal Leen.

"Saya masukkan baju awak dalam bag saya. Buat apa bawak banyak banyak padahal boleh muat satu bag saja?" Balas Asyad.

Hah? Leen ternganga. "Habis awak sentuh pakaian dalam saya ke?"

"Aishh, sudah lah. Masuk. Demam dan selesema awak tu belum lega lagi. Kat luar ni sejuk"

Sebelah tangan Asyad memeluk bahu Leen dan membawa isterinya itu masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, ayah"

シ︎

"MAY Leen binti Farizi... Doktor Asyad tanya betul betul ni. Awak telan ke tidak ubat yang saya suruh makan tadi tu?" Asyad serius.

Leen dah bagaikan arnab lari daripada singa. Dia berdiri di belakang katil supaya senang untuk melarikan diri jika Asyad mahu mencubit dia.

"Tak baik la Doktor tuduh saya macam tu. Mestilah saya makan" Balas Leen.

"Habis ini apa? Benda apa yang saya jumpa dalam tong sampah ni? Hantu?" Soal Asyad, garang.

"Ish awak ni buat lawak pulak. Mana ada ubat hantu.." Leen menjawab lagi.

Asyad mencebik geram.

"Awak ingat saya main main ke? Awak tahu tak kalau awak tak makan ubat demam malam ni, esok pagi suhu badan awak naik.. ayah awak, datuk awak akan membebel dekat saya. Faham tak? Awak memang suka menyusahkan saya kan?" Kata Asyad.

"Alaa... awak pun sama. Tak faham saya, saya tak boleh makan ubat biji. Bagi lah ubat cecair kat saya.." Kata Leen perlahan.

Mendengar suara Leen yang seakan akan mahu merajuk, Asyad memadamkan api kemarahan dia. Takpa lah selok belok mana pun perempuan jugak yang akan menang.

Asyad mengambil dua biji ubat demam yang baru kemudian merendamnya ke dalam secawan air suam. Beberapa minit kemudian dia menyuruh isterinya minum air tersebut sehingga licin.

"Amacam? Rasa apa ubat tu?" Soal Asyad. Nadanya belum berubah, masih dengan nada garangnya itu.

"Sedap. Rasa macam coconut shake" Balas Leen selamba. Sekali lagi Asyad mencebik geram. Terjegil mata dia memandang Leen.

"Aaa.. ayah! Datuk!" Jerit Leen sambil berlari keluar daripada bilik.

Asyad menggeleng kepala. "Comel"

シ︎

DATUK Lee menghampar tikar buluh di atas rumput rumput yang segar itu kemudian meletakkan sebakul yang berisi makanan yang dibawa dari rumah.

Leen membuka kasut lalu menuju ke batu batu yang dilalui air sungai. Dia duduk dan melunjurkan kakinya ke dalam air. Asyad memicit kepalanya yang pening. Bukan pening, stress.

"Leen. Hati hati tau" Pesan Asyad.

"Tahu lah!" Balas Leen. Encik Farizi tersengih melihat gelagat anak dan menantunya tersebut. Begitu juga dengan Datuk Lee. Kejadian pada 2 tahun lepas berjaya menyatukan Leen dan Asyad.

Bukan itu sahaja. Dia dan Dato' Rizalman turut dapat merasa berbesan.

"Agaknya bila Datuk boleh dapat cicik ni hah?" Soal Datuk Lee.

"Tulah Ayah. Farizi pun nak merasa ada cucu jugak" Sambut Encik Farizi.

Asyad hanya mampu tersenyum di hadapan dua orang tua tersebut. Takpa, tunggu kau malam ni Leen. Asyad perlu segera merancang plan.

"Datuk ni.. tak habis habis dengan nak ada cicik dia. Tak sabar sabar sangat dah ke? Dah lupa dah kat cucu kesayangan ni?" Kata Leen.

Asyad terperanjat. Leen baru saja datang tapi dia dah boleh mengagak apa perbualan yang berlaku tadi. Datuk Lee ketawa.

"Cucu kesayangan Datuk dah jadi milik orang..." Kata Datuk Lee.

"Ayah.. tengok Datuk ni" Leen memegang tangan ayahnya.

"Betul lah tu.. cakap datuk kamu" Kata Encik Farizi.

Mata Leen mengecil. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Asyad sedaya upaya menahan senyuman. Aduh! Leen kenapa lah kau comel sangat? Kalau Ayah dengan Datuk tak ada kat sini... memang aku dah gigit kau. Gumam hati Asyad.

Datuk Lee dan Encik Farizi ketawa apabila lakonan Leen merajuk menjadi sekaligus mencuit hati orang tua mereka.

Bagi Datuk Lee, pertemuan Leen dan Asyad dua tahun yang lalu yang membawa pergaduhan di sebuah hospital tidak sia sia. Sebaliknya membuahkan hasil.

#𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀 ✔︎Where stories live. Discover now