4| happy ending.

92 20 8
                                    

ALYA yang sedang melipat pakaian di ruang tamu ternampak sebuah kereta BMW memarkir di hadapan rumah Tok Ani. Dia sempat mengerling Arfan yang kalut keluar menerpa kereta tersebut. Siapa? Bukan main mahal kereta tu. BMW weyyy~

Seorang lelaki dan dua orang wanita keluar dari perut kereta. Arfan bersalaman dengan lelaki itu. Mereka kelihatan sebaya dengan Arfan. Kawan? Cantik wanita yang berambut panjang itu. Yang seorang lagi berambut pendek. Lelaki di sebelah Arfan juga nampak segak. Style rambut tak rilekk, macam mamat Korea weyy! I like I like~

Afifa duduk di atas riba Alya secara tiba-tiba. Alya tersenyum lembut, nak bermanja pulak budak kecik ni. 

"Kak Yaya siapa tu?" Tanya Afifa dengan hairan. Alya hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Tiba-tiba mereka berempat masuk ke dalam rumah. Alya hanya menjadi pemerhati dari tadi. Haih, Arfan ni tak cakap ada orang nak datang, bole la nak buatkan air. Pakcik Afif dengan Makcik Hasna pergi pekan beli barang. Tok Ani pulak pergi lepak dekat kebun. Arfa? Mestila kerja. Tinggal dia, Adam, Arfa dan Afifa.

Adam yang ralik membaca komik di atas sofa itu memandang mereka pelik. Dia juga ingin tahu, siapa tiga orang tetamu itu. 

"Nak aku buatkan air?" soal Alya. Baju-baju yang di lipat tadi di tolak ke tepi, tidak mahu mengganggu Arfan jalan. Adam bingkas bangun dan letak baju-baju itu ke dalam raga, nanti senang nak cari.

"Hm, boleh jugak. Buat kopi je, macam selalu," Alya mengangguk dan menyuruh Afifa pergi pada Adam. Dia cepat-cepat ke dapur lalu membancuh kopi.

Selepas Alya bancuh, dia terus hidang pada tetamu. Mereka bertiga memandang Alya pelik. Apa yang pelik? Aku ni cantik sangat ke? Terima kasih la, saya bersyukur.

"Who are you?" Soal wanita yang berambut panjang itu. Alya yang baru hendak menjawab terus di sampuk oleh wanita berambut pendek itu.

"Dia tak faham la. Tanya dalam bahasa melayu la," katanya sambil ketawa megah. What the hell? Apa yang aku baru dengar ni? Adam yang hanya mampu mendengar perbualan mereka rasa terkilan. Diorang ingat kakaknya itu tidak faham? 

"Oh, sorry! Awak siapa?" soalnya sekali lagi. Wajah wanita itu nampak macam simpati pada Alya. Simpati? Aku cekik jugak makcik berdua ni. Alya berdiri dan tersenyum lembut sahaja.

"Kasih Alya. Panggil Yaya je," ujarnya lembut. Arfan yang keluar dari biliknya dengan pakaian yang baru, seperti mahu keluar berjalan di tatap Alya. Nak keluar ke?

"Oh, aku lupa nak cakap. Ni Alya. She is our age," Arfan sempat menepuk bahu Alya dan tersenyum. Dia suka bila perkenalkan orang yang dia paling sayang. Biar semua orang tahu bertapa cantiknya crushnya itu! YEAHHH!

"Wah, that's great! I'm Tengku Leah Willer. Call me Leah," Dia menghulurkan tangan, mahu berjabat dengan Alya. Alya tersenyum dan menyambut tangan Leah.

"I'm Delilah Keller" Tangan Delilah di salam juga.

"Aku Tengku Adrian Lewis. Nice meeting you, princess," Dia mengenyitkan mata pada Alya. Alya buat muka biasa sahaja. Sudah terbiasa kerana Arfa selalu mengenyitkan mata padanya. Tengok Adrian punya muka pun dah tahu, playboy ni.

Arfan terus menjeling Adrian yang tiba-tiba mahu mengorat Alya. Sudah tahu dengan perangai playboy Adrian Lewis ni. Memang terkenal la Adrian masa belajar dulu.

"So, let's go? We're gonna be late," ujar Leah sambil menarik lengan Arfan. Ceh gedik! Meluat tengok, macam pacat bila kena tabur dengan garam! CARI GARAM, KITA KASI TABUR INI LINTAH!

"Hold on," Arfan mengambil segelas kopi yang Alya bancuh tadi dan terus di teguk dengan pantas. Senyuman Arfan terukir suka. Sedap! Boleh ketagih di buatnya!

"Sedap macam selalu. Good girl," Kepala Alya di usap lembut dan dia terus mengajak rakan-rakannya keluar bersama.

Alya terdiam. Panas hati di buatnya! Ada pulak di belai aku macam kucing. Siap cakap GOOD GIRL. Kuajo punya lelaki! AKU KASI FLYING KICK NANTI!

TO BE CONTINUED

-author: Alya ni salah faham laaa..haih pewrnart aku💀

C | happy ending.Where stories live. Discover now