12| happy ending.

66 20 2
                                    

PAGI yang indah ye. Sangat indah, Aku pergi ke kebun Tok Ani awal-awal sebab ada kerja. Bantu Tok Ani usung setandan pisang. Banyak katanya kalau nak usung sorang-sorang balik rumah. Jadi aku setuju jela.

Tapi yang aku pelik. Kenapa Arfan angkat aku ni?! Hah?! Kaki aku terseliuh sikit je. Dia punya kalut macam aku patah kaki! Ramai pulak tu orang orang kampung tengah tengok, malu!

"Wey, An. Hang tak malu ka? Orang kampung dok tengok nu!" Aku menampar dada Arfan. Nak tolak, nanti aku jatuh, tambah lagi sakit. Sabar jela.

"Nak malu kenapa?" Soala Arfan dengan tenang. Ya Allah! Aku cekik jugak mamat ni, nak mati awal ke?

"Hang memang la, An," Aku menjeling Arfan. Keluhan di lepaskan.

"Wey, hang tengok tu. Tak kahwin lagi dah pegang-pegang macam tu,"

"Budak zaman la. Memang macam tu,"

"Ya la kan. Jangan Allah kasi bala jela. Permudahkan semuanya jela,"

Bunyi manusia dekat kampung ni dok mengata memanaskan hati aku je. Sumpah aku tak suka. Mulut tak berhenti nak mengata kat orang! Aku jahit mulut baru tau!

"Aku cakap dah tadi. Ikut jalan bendang takmau! Aku malu la An. Pi kot lain la!" Aku menggoncang bahu Arfan. Arfan masih buat tidak tahu, dia teruskan perjalanan macam tiada apa yang berlaku.

"Diam la. Aku cium kot," Aku membulat mata. Cium? Sah gila Arfan ni. Ustazzzz! Tengok dia ni ustazzzzz!!

Sampai sahaja di hadapan kawasan rumah. Leah dan Delilah yang tengah ralik melapak, terkejut tengok situasi aku dan Arfan sekarang.

"Arfan? What happen?" Soal Delilah dengan hairan. Sempat dia melihat Leah sekilas, nampak macam Leah cemburu.

"Kaki kanan Yaya terseliuh," jawab Arfan sambil naik tangga. Ruang tamu di tuju.

Delilah dan Leah hanya mampu melihat sahaja. Diorang tak jahat lagi nak marah orang sakit.

Arfan letak aku atas sofa dan tenung wajahku. Aip! Apa tenung-tenung pakcik?

"Okay? Kejap aku panggil ibu," kata Arfan.

"Ibuuuuu!" Jeritnya.

"Kenapa angah?" Susuk tubuh Makcik Hasna yang seperti baru sudah solat zohor itu, segera Arfan tuju.

"Ni Yaya. Kaki dia terseliuh," ujar Arfan.

Aku tersengih sahaja pada Makcik Hasna. Wajah Makcik Hasna macam marah je. Gerun tengok.

"Terseliuh? Arfan pergi ambik ais dekat dapur. Ibu nak telefon Mak Lang kejap," Arfan mengangguk dan terus berjalan ke dapur dengan pantas. Makcik Hasna mendail nombor telefon Mak Lang.

"Assalamualaikum, Lang. Mai rumah aku ni. Yaya la, kaki dia terseliuh pulak dah," ujar Makcik Hasna dengan risau.

"Ha ah. Okay okay. Terima kasih," Habis sahaja dia bercakap, telefon di simpan semula. Makcik Hasna duduk dia sebelah aku.

"Yaya yaya, apa la nak jadi. Ni dah kenapa terseliuh pulak?" Aku mengunci mulutku. Yela, sebenarnya, Makcik Hasna dah larang tolong Tok Ani angkat setandan pisang yang banyak tu. Berat. Sepatutnya Arfa dan Arfan yang kena buat. Tapi nak buat macam mana, aku keras kepala.

"Baik, Yaya bagitahu ibu," Makcik Hasna memandang wajahku dengan tajam. Gulp! Seram!

"Erm, macam ni sebenarnya...,"

FLASHBACK

"Hang oi Yaya. Tak payah susah-susah la, biaq Along dengan Angah yang angkat. Hang tu perempuan, tak payah buat kerja berat," ujar Tok Ani dengan risau.

Aku sudah mengangkat setandan pisang yang paling besar itu.

"Ish, biaq la. Lagipun ringan je ni," Tipuku. Aku bosan sebenarnya duduk rumah. Baik buat kerja dari tak buat.

"Ikut hang la," Tok Ani sambung kerjanya tadi.

Aku dengan perlahan-lahan berjalan ke motorku. Takut jatuh pulak pisang-pisang ni. Habis lebam nanti, tak cantik dah la. Kita nak makan mesti nak tengok yang elok kan?

"BOO!" Suara seseorang mengejutkan aku terus menghilangkan imbangan aku. Pisang tadi menghempap badanku yang terjatuh tadi.

"Aduhh!" Aku cuba menolak pisang ke tepi, tapi berat sangat.

"Eh eh! Sorry sorry!" Adrian rupanya. Kurang asam! Boleh pulak dia sergah aku time time macam ni!

Adrian angkat pisang tu guna sebelah tangan je. Pergh! Kuatnya. Aku kalau boleh, nak tarik ja.

Selepas tu Adrian tolong aku bangun dari atas tanah tu. Tiba-tiba aku jatuh semula.

"Argh! Aduh," Aku pegang kaki kanan aku yang tiba-tiba rasa sakit itu.

Adrian jadi kelam kabut melihat aku yang kesakitan sekarang.

"Um, macam mana ni. Kau naik belakang aku ya? Aku bawak kau balik rumah," ujar Adrian dengan risau. Alamak! No no no! Aku rela mengesot dari naik belakang Adrian ni!

"Um, tak apa aku boleh jalan sendiri---,"

"Aku tolong," Arfan yang datang dari entah mana, terus mencempung badanku. Aku menjerit kecil sebab terkejut. INI LAGI GILA!!

"Woi woi woi! Apa ni! Turunkan aku Arfan!" Aku cuba menolak Arfan. Aku tak nak la! Pipi aku rasa panas pulak dah!

Aku tolak-tolak sampai la aku terjatuh semula. Ha kan elok, Yaya kau ni bodoh. Jatuh lagi. Lepas ni apa? Patah pinggang pulak?

"Aduuhhh!!!" Aku menjerit. Sakit bontot akuu! Mesti merah ann?

Arfan tanpa berlengah lagi mencempung badanku lagi sekali. Kali ni dia pegang kuat-kuat.

"WOI WOI ARFAN! Hadwa Arfan! Tak nak la!! Nanti apa kata orang!" Aku menjeling Arfan.

Adrian yang menjadi pemerhati dari tadi rasa menyampah pulak. Arfan ni nak romantik pun dekat tempat lain la. Menyampah la.

"Tak payah risau apa yang orang cakap. Jom balik. Adrian, kau naik motor tolong bawak balik pisang-pisang tu," Arfan terus berjalan keluar dari kawasan kebun Tok Ani.

END OF FLASHBACK

"Macam tu la cerita dia, ibu," Aku memandang wajah Makcik Hasna takut-takut. Nanti tobat ah kena bebel terus.

TO BE CONTINUED

-author: hey..saya tak le tidur, jadi saya update jela^^

C | happy ending.Where stories live. Discover now