- nak habis dah guys:(
BEG yang berisi dengan baju untuk pulang ke kampung di angkat oleh Arfan. Bonet kereta di tuju lalu di sumbat ke dalamnya. Kemudiannya, bonet kereta di tutup dengan pantas.
Aku yang sedang asyik makan ice cream perisa strawberi dan vanilla itu tersenyum seronok. Entah sejak bila aku teringin sangat nak makan ice cream je. Nak yang strawberi dan vanilla sahaja, kalau perisa lain tak sedap.
"Wey wey An!" Jerit ku dengan teruja bila Arfan sudah masuk ke dalam kereta seraya tangannya pantas membetulkan kedudukan kerusinya yang agak ke depan itu. Yela, aku pendek, jadi aku kedepankan kerusi tu sebelum ni.
"Ye sayang," Sahut Arfan walaupun matanya fokus di hadapan. Perjalanan untuk pulang ke kampung sudah bermula. Dah lama tak balik sebenarnya, Arfan sibuk selalu! Nak ber-sweet sweet pun bukan selalu!
"Nak rasa ais krim ni? Sedap gila!" Aku tersenyum gembira.
"Tak boleh sayang. Aku tengah bawak kereta ni,"
"Tak pa aku suap!" Aku hulur sesudu ais krim vanilla itu pada Arfan. Arfan membuka mulutnya dan makan.
"Sedap kan?"
"Sedap, sayang," Aku tersenyum bangga lalu sambung makan lagi. Aku harap semua ni akan berkekalan sehingga aku tua. Baru happy ending!
[Hadwa Arfan's POV]
SELIMUT yang hanya menutupi separuh badan Alya aku tarik sehingga ke atas dadanya. Takut sejuk, demam ibu mengandung ni nanti.
Yes, Alya mengandung dah 2 minggu. Tak sangka jugakla. Patutlah perangai makin menjadi-jadi macam budak-budak. Asyik nak makan ais krim. Tapi dia tak ada pulak alahan-alahan macam yang ibu cakap tu. Morning sickness eh? Entahla.
"Erm, An. Cium sikit~" kata Alya seraya dia memusingkah badannya mengiring. Bercakap dalam tidur pulak. Comel betul isteri aku ni. Kau ada? Tak de kan? Huh, lemah! Slebaww * pasang musik*
Aku merebahkan badan aku di sebelah Alya seraya rambutnya yang terjurai menutup wajah putih bersihnya itu, aku selitkan ke belakang telinga. Nampak makin gemuk pulak minah ni. Gerams! Aku cubit-cubit pipi Alya.
Nampak dahi Alya mengerut sedikit kerana tidurnya terganggu.
Kedua belah-belah pipi Alya ku cium dengan lama. Kemudian dahinya ku cium juga. Hidungnya ku cium. Dagunya ku cium.
Aku baring bersebelahan dengan Alya seraya menyelimut badanku dengan selimut. Tanpaku sedar, Alya laju sahaja memeluk susuk tubuhku ini. Aku membalas pelukannya.
"Goodnight," ucap Alya tiba-tiba.
Eh? Belum tidur?
"Goodnight, sayang," Aku memejamkan mataku.
[Reader's POV]
4 tahun kemudian...
"Ibu!" Jerit seorang budak kecil yang sedang berlari itu. Kasih Alya yang ralik membersihkan lantai di ruang tamu berpaling melihat anaknya.
"Awat?" Soal Alya hairan. Penyaput di kepit di celah ketiak.
"Abang hensem gigit pipi Hana!" Rengek Hana sambil mencebik. Alya tersenyum lalu menggeleng perlahan. Macam-macam la.
"Ad!" Panggil Alya. Satu susuk tubuh yang tinggi lengkap berbaju neckturtle hitam itu berjalan masuk ke dapur. Muka selambe terpancar. Siapa lagi kalau bukan Tengku Adrian Lewis.
"Ye, kenapa babygirl?" Hampir termuntah Alya mendengar apa yang di tutur oleh Adrian.
Babygirl? Dia ingat aku masih bayi ke apa?
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️