AKU duduk memandang Jasmeen yang tersenyum manis sambil menyapa tetamu. Ramah betul Jasmeen tu. Padan dengan suami dia. Aku dengar dari Tok Ani, suami dia ni kerja cikgu. Patutlah peramah jugak.
"Yaya. Kamu ni bila nak kahwin? Patutnya umur macam kamu ni, boleh kahwin dah,"
Ah, mula dah. Makcik bawang mana ni. Aku tak kenal! Aku pandang makcik bawang dengan senyuman yang manis. Tapi apa yang akan aku katakan tidaklah manis. Kasi racun je!
"Makcik tak payah dok sibuk hal orang. Lantak la Yaya nak kahwin bila. Yang pasti makcik tak mampos pun kalau Yaya tak kahwin. Betul tak, makcik?" Aku senyum sahaja pada makcik bawang tu.
Makcik bawang hanya diam dan pergi ke suaminya. Ceh, baru kata sikit dah senyap. Meh la lagi! Cakap lagi! Ni Kasih Alya la!
"Yaya! Sini sini!" Aku nampak Jasmeen memanggil aku dari jauh.
"Nak apa?" Soalku.
"Mana angah? Kak Meen cari dia tak jumpa pun,"
Adoi. Aku ni bukan isteri Arfan tu. Mana lah aku tahu dia pergi mana. Lepas kami kena marah semua tu, dia terus menghilangkan diri. Adrian dan Arfa pun. Kena culik kot.
"Entah la, Kak Meen," balasku.
"Hm, tak apa lah. Oh, lupa. Yaya, ni suami akak, Khairul. Khairul, ni kawan baik sepupu Meen yang nama Arfan tu, Alya a.k.a Yaya," ujar Jasmeen dengan panjang.
Aku hanya memberikan senyuman pads Khairul. Boleh la tahan segak si suami Jasmeen ni. Tak la huduh sangat. Ish, mulut kau Yaya!
"Erm, Yaya. Akak nak cakap jela kan. Yaya kalau bosan jadi single, Khairul ni ada adik tahu, nama Khairil, muda setahun dari Arfa. Yaya faham faham jela. Kalau Yaya nak boleh text akak anytime," bisik Jasmeen padaku.
Aku menampar bahu Jasmeen dengan lembut. Dah mula dah perangai nak match kan orang.
"Yaya pandai la cari sendiri," Aku bisik semula. Khairul yang hanya mampu menjadi pemerhati, senyum sambil buat tak tahu. Dia rasa mereka berbual tentang hal wanita.
"ASSALAMUALAIKUM!"
Perbualan aku dan Jasmeen terhenti akibat salam dari seseorang. Aku berpaling mahu melihat siapa yang bagi salam kuat sangat tu. Terkejut jugakla, dengan bunyi motorsikal nya yang kuat itu.
"JAS! SANGGUP KAU KAHWIN TAK BAGITAHU AKU!" Ha, apa pulak dah niii. Tiba-tiba ada drama.
Aku sempat melihat riak wajah Jasmeen yang menyampah itu. Aku rasa aku kenal siapa mamat yang datang menjerit-jerit ni.
Farid Kamal.
"Siapa tu awak?" Soal Khairul pada Jasmeen. Semua orang juga tertanya-tanya.
"Jas. Kalau Jas tak buat kenduri dekat sini, Abang Id tak kan tahu sampai bila-bila. Kenapa Jas! Kenapa! Apa kurangnya Abang Id ni? Cuba cakap, Jas," Rayu Farid sambil mengelap air matanya.
Ya Allah, dramatik nya mamat ni. Kesian Jasmeen. Mesti dia malu.
"Dia ni---," Belum sempat Jasmeen nak habiskan ayatnya, Farid dengan cepat memotong. Dia berdiri di hadapan Khairul dengan berani. Aku kat sini malu woi! Semua orang pandang lain macam je dekat Jasmeen dan Farid.
"Pakwe Jas, nama aku Farid Kamal,"
Khairul mengerutkan dahinya. Terus dia memandang Jasmeen dengan hairan.
"Bukan! Awak jangan salah faham, sumpah Meen tak pernah ada hubungan dengan Farid!" Jasmeen memegang lengan Khairul.
Aku nampak, Arfa, Arfan dan Adrian baru pulang dari mana entah. Mereka juga kelihatan hairan dengan situasi sekarang. Leah dan Delilah turut berada di sini, menjadi pemerhati.
Patut ke aku lari pergi tempat lain? Macam pelik je aku duduk sebelah Jasmeen ni. Perlahan-lahan aku bergerak ke tepi.
"Yaya! Yaya boleh bagitahu hal sebenar. Yaya, tolong akak, Yaya. Yaya tahu kan, akak tak pernah ada hubungan dengan Farid!" Tangan ku di capai. Alamak! Tak dan pulak dah!
"Erk. Yaya...,"
"Yaya. Just say it," ujar Khairul dengan serius. Gulp! Seram! Aku malas la nak masuk campur, tapi terpaksa la jugak sebab semua tengah pandang aku, menanti jawapan.
"Percaya lah. Kak Meen cakap benda yang betul," jawabku dengan tenang. Farid memandang aku dengan tidak puas hati. Habis la aku. Muka dia macam nak tumbuk aku je. Help!
"So, Farid Kamal kan? Kau berambus. Aku percayakan Jasmeen dari kau," Khairul memeluk bahu Jasmeen, mahu tunjuk pada Farid yang merek sangat rapat dan bahagia sekarang.
"Jas sanggup buat macam ni dekat Abang Id. Kau! Yaya kan namanya? Kau tahu apa pasal aku dan Jas? Kau sini!" Tiba-tiba rambut aku di tarik. Ya Allah apakah ini! Lepas satu-satu!
"Woi! Kau lepas dia sekarang!" Arfan jerkah Farid. Kuat juga suara dia ni.
Ish, lambat la hero nak buat action pun. Aku tampa membuang masa, menampar wajah Farid dengan kasar. Dia jatuh, sekali dengan aku jatuh. Wow, sakit memang sakit. Satu, mamat ni lembik sangat, jatuh terus bila kena tampar dengan perempuan. Kedua, tangan dia kuat pulak tarik aku sekali jatuh.
Jasmeen membantu aku untuk berdiri semula. Kepala aku rasa terhuyung hayang juga sebab hentakan kepala atas tanah tu. Rasa macam kena batu je.
Arfan tanpa berlengah lagi, kasi satu penumbuk dekat Farid tu. Ha boh dia! Terajang semua! Cepat!
Aku pun rasa ringan kaki, pergi sepak kaki Farid.
"Eh, Yaya! Sudah sudah!" Tok Ani datang menarik aku dari pergaduhan itu. Adrian dan Arfa pulak tarik Arfan.
Dah macam gangster aku tengok. Haih macam-macam la harini.
"Yaya okay?" Tanya Arfan dengan risau. Aku baru ingat, kepala aku sakit la.
Dengan sekelip mata aku rasa tubuh aku melayang, tapi rasa macam ada orang sambut. Jasmeen kot. Dahla, aku ngantuk, tidur jela.
"Yaya!" Itu sahaja yang aku dapat dengar dan mata aku terus tertutup. Jangan mati lagiii, aku tak dan nak kumpul pahala banyak banyak!!
TO BE CONTINUED
-author: Yaya ni pengsan pengsan pun kepala hotak masih K.O. aduhaii😭😭
YOU ARE READING
C | happy ending.
Kısa Hikaye#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️