I just want to give you guys a reminder, ni first story yg saya tulis. Sejujurnya, memang cara penulisan santai dan tak hebat macam penulisan-penulisan lain di luar sana.
Harap para readers faham apa yg saya cuba sampaikan ini.🫶🏻❤️-
ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI! Naik moto mula-mula kena pakai?? Helmet! Yes betul! Pandai anak-anak single sekalian! Eh, lupa. Aku pun single. Siapa la nak dekat aku ni, bersiap pun tak pandai, hoho. Tapi disebabkan aku watak utama, jadi mesti ada peluang kan HAHAHHA SIAN KORANG SJSHJSHS.
Aku hidupkan enjin motorsikal aku dengan jayanya. Tak sangka Am isi minyak siap-siap kemarin. Kalau tak terbabas misi aku harini. Misi? Eheheheheh, mesti nak tahu kan misi apa? APA? Tak nak tahu? Tak apa. Kejap lagi kena tahu juga!
Aku terus bergerak ke tempat yang di tuju. Kebun Tok Ani Bootiful.
Sampai je dekat situ terus aku melepaskan motor aku dan membaling helmet ke tanah. Kena cepat! Nanti terlepas lagi harini! Bersusah payah aku ikat rambut dandan macam adik Elsa! Lantakla pakai kain batik pun. Asalkan rambut elok. Orang pandang atas duluuu!
Tok Ani yang dari jauh tengah meneguk air terbeliak mata nampak aku yang berlari dengan pakai kain batik. Mesti pelik apesal aku tengah lari ni.
"Oi! Hg buat apa mai sini hah? Kemarin dah mai. Awat rajin sangat mai jenguk tok ni ha?" Kata Tok Ani. Ceh, perasan betul! Aku datang nak usya cucu sulung dia la! Hadwa Afran. Siapa ja tak kenal! Cucu laki Tok Ani yang kaya raya sekarang. Tidak ku sangka budak berhingus yang suka nangis tu dah berjaya. Kerja apa pun aku tak tahu.
Lupa kawan ke apa? Aku ni la yang selalu tolong dia masa kena gigit dengan kerengga.
"Mana ada tok. Perasan terokla. Cek nak mai usya cucu tok la!" Aku duduk di sebelah Tok Ani sambil terjenguk-jenguk cari kelibat si Arfan ni. Tak nampak pun batang kaki dia, eh, batang hidung. Silap silap.
"Buat apa nak usya cucu tok? Hg kenan ka?!" Tok Ani bagaikan terkejut terjumpa hantu. Aku terus menggeleng kan kepala. Berkenan dengan mamat takut kerengga tu? Hotak la! Not my taste la!
"Kalau hot macam Lomon takpe gak tok," aku tersengih. Lomon kaulah yang menyinari hidupku yang gelap ni. Tengok tak lagi All of Us Are Dead? Belum? PI LA TENGOK APA TUNGGU LAGI! BEST OOOO!
"Lomon yang Suhyeok tu ka? Tok minat Namra lagi, badass ha, tak ka elok," Tok Ani cuba memprotes. Apa ni! Tok pun tau, takle takle.
"Tok. Sorry lambat, Ifa tiba-tiba melekat dengan An tadi," Tiba-tiba suara yang garau bak burung gagak, eh bukan. Adoi. Suara garau ala-ala watak anime mencuri pendengaran aku. Pantas sahaja aku melihat dia. Inilah masanya. HADWA ARFAN BESTIEHH! Aku cepat-cepat mengukirkan senyuman, mesti dia rindu aku! Kawan sejak azali kot!
"Erm, ni sapa tok?" Runtuh segala cita-cita ku. Langit yang cerah menjadi mendung, alangkah indah jika ada pelangi. Dramatik pun dramatik la...
"Lah, An tak ingat? Kawan hg masa kecik-kecik dulu," Kata Tok Ani dengan tidak percaya.
"Sapa? Mimi?" Mimi yang kau ingat? Si Amirah mulut murai tu?! Kurang pekasam punya jantan! Kau sini! Siat siat gak!
"Kasih Alya a.k.a Yaya! Hang biaq betoi tak ingat?" Aku berdiri memandang tajam wajah Arfan. Boleh tahan handsome. Tinggi, memang sah sah tinggi dari aku. Beza 360 darjah dari Arfan hingusan yang aku kenal! Hg makan apa masa belajaq dekat London huh?!
"Yaya? Hm, tak. Sapa eh?" Sumpah rasa sedih. Kawan dari kecik sampaila sekolah menengah. Boleh dia lupa. Sampai hati hg Arfan. Aku terus meleraikan dandan rambut aku dan berjalan pergi dari situ. Buang masa ja nak attention dari orang yang tak ingat kita. Apa la sangat kan aku ni?
Hampir sahaja air mata mahu keluar. Aku angkat motor yang tadi aku biar jatuh dan menghidupkan enjin. Tiba-tiba ada orang pegang tangan aku sebelum aku bergerak.
"Wey, tak kan merajuk kot,"
Aku memandang muka Arfan. Nampak sangat dia mengusik aku tadi. Mesti Tok Ani plan ni! Menyampah! Aku ni perempuan tau! Mudah tersentuh! Aku melepaskan dengusan geram.
"Nak pujuk? Sorry not sorry, aku nak balik masak untuk adik aku ni," Tiba-tiba Arfan memulas kunci motor. Enjin motor berhenti berbunyi. Apahal pulak.
"Tujuh tahun kot aku tak jumpa kau. Kau tak rindu?" Arfan tersenyum senget. Eh eh, sejak bila pandai senyum-senyum pelik ni?! Aku terus memandang ke arah lain. Macam pelik ke senyuman tadi. Dangerousss!
"Tak. Aku rindu Smokey lagi," Aku menjelirkan lidah dan menghidupkan enjin motor sekali lagi. Helmet di atas tanah di ambil oleh Arfan. Dia pakaikan untuk aku dengan kemas sekali. Aku cuba mengabaikan apa yang dia buat. Dia nak tolong je.
"Ayah Smokey pun rindu jugak...," Aku membulat mata. Ayah Smokey? Maksudnya, Pakcik Afif ke? Takkan rindu aku kot, pelik betul.
"Pakcik Afif ke? Okay, aku rindu dia gak. Dah macam bapak aku dah ayah hg tu. Jumpa nanti ya, gerak lu paper roger," Aku terus memulas handle motor dan bergerak dengan sepantas kilat ke rumah tercinta ku. I'm comingg~~
"KAK YAYA! Kak Yaya!" Jeritan adik ku dari ruang tamu membuatkan aku terkejut sedikit. Apahal balik dari sekolah jerit nama aku. Aku yang tadi tengah masak bergegas ke ruang tamu.
"Apahal, dik?" Jawabku.
"Kak Yaya tak habaq pun, Abang An balik!" Satu-satunya adik aku, Kasyaf Adam a.k.a Am, itu apa yang orang panggil dia dari kecik. Am dengan Arfan memang rapat. Arfan anggap Am macam adik sendiri sebab dia teringin nak ada adik lelaki. Yang aku tahu dia ada abang nama Hadwa Arfa dan adik perempuan nama Hanan Afifah. Tu je la. Back to the story la ye.
"Kena ka habaq? Nanti adik tau gak, so tak perlu pun," aku masuk ke dapur dan menyambung masak.
"Ha! Jangan lupa mandi! Letak baju dalam raga. Lepastu beg jangan letak merata! Kasut sekolah simpan dalam rumah! Lepas mandi solat zohor! Then, makan---," Kata-kata ku di sampuk.
"YE, AM TAHU LA!!" Dia merengus geram. Hari-hari ulang benda yang sama, dah hafal!
Aku hanya tersenyum lembut sahaja. Sudah jadi rutin hariannya bergini. Ehh, kejap. Mana mak bapak aku? Ye, mesti para readers dah dapat agak kan? Cliche gakla.
Mak aku meninggal sebab dia ada sakit jantung. Ayah aku meninggal sebab kanser dekat otak. Malang betul nasib aku ni. Ayah aku pergi masa mak aku tengah mengandungkan Am. Lepas Am di lahirkan mak aku barulah meninggal.
Tragedi betul. Tok Ani pulak anggap mak aku macam anak sendiri, jadi dia ambik kami jadi cucu angkat. Sebab tu aku cakap Pakcik Afif tu aku anggap macam bapak sendiri dah. Gitu la cite dia.
TO BE CONTINUED
- author: pukul 3 pagi aku tulis bab 1 ni...dapat ilham lewat-lewat so cool😃👍🏻
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️