3| happy ending.

96 21 6
                                    

MATA aku tertumpu pada Arfan yang ralik bermain dengan adik bongsunya, Afifa. Jarak umur antara mereka berdua memang banyak, Afifa baru umur enam tahun. Macam mana boleh lahir budak tu, aku pun taktahu. Takkan nak tanya Pakcik Afif macam mana Afifa ada. Makcik Hasna marah pulak. Nanti dia cakap, "Hang dah buang tabiat ka camna dok tanya soalan lagu tu!".

Yela, curious gila. Masa Arfan duduk Malaysia. Afifa takdak lagi. Lepas ja Arfan pergi ke London. POOF! Muncul lah Afifa. Aku terkejut gak bila dengar berita tu dari mulut Arfa sendiri. Takpa, kuat lagi. Tambah la banyak-banyak lagi...kasi penat jaga anak ramai. MENGARUT LA AKU NI!

"KAK YAYA! ABANG AN GIGIT IFA!" Afifa berlari ke arahku sambil memegang pipinya yang tembam itu. Arfan...Arfan. Kalau geram sekali pun tak payah la makan adik sendiri.

"Sian adik kak yaya ni," Aku meletakkan tangan aku pada pipi kanan Afifa. Mataku sempat memandang Arfan yang tengah ketawa besar. Suka ya mengusik Afifa!

"Apa kata kita gigit Abang An balik?"

"JOM! KITA GIGIT ABANG!"

Riak muka Arfan yang tadi ceria terus berubah takut. Afifa ni kalau gigit orang memang sakit. Aku juga turut bangun dan berlakon nak mengigit Arfan. Aku mengangkat tanganku macam monster. Mulut dinganga kan. NGAUMMM!! MARI SAMA-SAMA SERANG!!

"GIGIT BIRDBIRD DIAA!!" Selepas aku memberi arahan. Afifa tanpa berlengah lagi berlari mengejar abangnya itu. Arfan sudah cuak. Dia memanjat pokok rambutan di hadapan rumah Tok Ani lalu menjelirkan lidah pada aku dan Afifa.

Ooo dia ingat dia sorang boleh panjat pokok? Aku boleh jugak!

"Kak Yaya! Tarik Abang An!" Aku mengangguk dan memanjat pokok rambutan tanpa memikir apa-apa. Kami berdua sedang berlawan di atas pokok. Afifa menjadi penonton yang sangat setia. Dia seronok melihat kakak dan abangnya berlawan.

Seronok bergelak ketawa atas pokok. Mereka berdua tidak sedar akan kedatangan Pakcik Afif, Makcik Hasna dan Tok Ani Bootiful. Mereka bertiga menggeleng dan ketawa.

"Yaya geli bodo!" Arfan cuba menolak Alya jatuh dari pokok menggunakan kakinya. Alya mencucuk kaki Arfan guna ranting kayu. Dua-dua cuba mengimbangkan diri. Kalau jatuh patah kaki nanti!

"Apa ni main sepak orang! Buruk kaki!" Alya mencucuk kaki Arfan lagi.

"Ehem-ehem," Arfa yang baru sampai, cemburu melihat kemesraan Arfan dan Alya. Alya melihat ke bawah dan malu apabila banyak mata memandang. Arfan pun turut malu. Arfan turun dan mendarat dengan selamat. Tangan Alya yang tiba-tiba di gigit kerengga terus menyebabkan dirinya hilang imbangan. Dia jatuh tetapi Arfan sempat menyambut Alya.

Alya terkedu. Arfan tersengih macam kerang busuk kerana dapat melihat wajah Alya yang merah padam itu. Buat kali pertama jantung Alya berdegup dengan sangat laju. Jantung Arfan turut berdegup laju.

"Kau berat lah. Gemuk macam Smockey!" Alya cepat turun dari pangkuan Arfan. Malula orang tua Arfan tengah tengok mereka bergini. Perempuan dengan lelaki mana boleh bersentuhan!

"Ibu! Jom ibu, kita makan ye," Alya pegang lengan Makcik Hasna dan tangan Afifa untuk masuk ke dalam rumah. Tok Ani dan Arfa hanya mengekori dari belakang.

Pakcik Afif berjalan beriringan dengan Arfan. Dia melihat wajah Arfan sekilas. Dia tahu Arfan sudah lama menyimpan pereasaan terhadap Alya. Cuma orang tu je malu nak cakap. Nak jaga persahabatan katanya.

"Angah tak nak pikat Yaya? Kalau di biarkan, takut abang kamu je yang pikat," Pakcik Afif ketawa. Arfan terus menoleh ke arah ayahnya itu. Betulka apa yang dia dengar? Ayahnya tidak kisah kalau dia pikat Alya? Setahu dia, ayahnya la yang paling protective bab Kasih Alya nak berkahwin ni.

"Apa maksud ayah? Macamla angah ni suka dengan Yaya," Arfan sempat menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Malu la kalau kantoi! Obvious sangat ke??

"Angah. Kalau dah suka cakap jela suka. Ayah rasa angah boleh jaga Yaya. Angah tak cerita dekat Yaya lagi pasal pekerjaan kamu sekarang? Mesti dia seronok bila dah tahu," ujar Pakcik Afif. Arfan menggeleng. Dia mahu suprisekan pada Alya. Dia tahu Alya akan menjadi orang yang sangat gembira bila dapat tahu nanti.

"Nanti angah cerita la dekat dia. Ayah jangan risau," Pakcik Afif hanya mengangguk tanda faham dengan keputusan anak terunanya itu. 

TO BE CONTINUED

-author: okay tak setakat ni??^^

C | happy ending.Where stories live. Discover now