"SEMALAM~ Bobo di mana~ Bobo sama siapa~ Ngapain ajaa~~," Penyapu yang aku pegang di buat jadi mikrofon. Menjiawai aku ni! Aku ni boleh di katakan suka menyanyi. Suara sedap ja, cuma suka nyanyi lagu yang bukan-bukan tu nampak pelik.
Aku menyapu keluar habuk-habuk dalam rumah ke luar. Senang duduk rumah kampung, ada tanah je kat luar. Kalau duduk rumah taman, cis! Tak le bayang aku.
"Assalamualaikum!" Aku pandang pintu rumah dan nampak manusia yang aku tak nak jumpa. Arfa. Ya, abang Arfan. Dengar cita dia ni minat kat aku sejak sekolah menengah lagi. Arfa ni tua dua tahun la. Mari buat kira-kira!
Aku, dengan Arfan umur 23 tahun.
Arfa umur 25 tahun.Cam tu la.
Aku menggerak kan bola mata aku. Menyampah nya! Tak boleh ka dia tak mai kacau aku hari-hari?
"Nak apa pakcik? Salah rumah ni," Aku memegang penyapu dan mengacuh ke arah Arfa. Arfa mengundur sedikit, tahu yang aku akan memukul nya dengan penyapu lidi ni.
"Yaya, jangan macam ni. Along nak kirim ni je. Tok Ani suruh bagi," Tangan Arfa menghulurkan plastik putih yang kelihatan berisi dengan kain. Kain apa tu. Aku ambik dan membuka plastik. Penyapu tadi di letak dekat celah ketiak aku. Bukak sahaja plastik tu, sepasang baju kurung dan baju melayu warna biru langit menarik minat aku. Wah! Cantik!
"Nak buat apa ni??" Aku menyoal Arfa.
"Nanti Amirah kan nak kahwin. Yaya lupa ke?" kata-kata Arfa membuatkan aku terkejut lalu tercirit. Ya Allah!! Lupa! Amirah nak kahwin dah! Hm, menyingle sorang-sorang la aku lepas ni... TIDAK MENGAPA! Nanti masa kenduri mesti ramai orang hot! Kita pakai jela lawa-lawa HOHOHOHO!
"Hm, Yaya," Panggil Arfa. Dia menyedarkan aku dari lamunan gedik aku. Sekali-sekala kena la gedik sat.
"Apa," aku letak plastik tadi atas kerusi. Arfa yang nampak macam tersipu-sipu malu meloyakan tekak aku. Geli bodo.
"Apahal. Kalau takdak apa dah, pi keluaq nu! Aku nak buat gheja ni!" Aku menolak badan Arfa keluar dari rumah dan menutup pintu rumah dengan kasar.
BAJU kurung kosong dihiasi dengan sedikit manik itu di pandang aku. Cantik! Elok Tok Ani pilih wey! Bunyi pintu bilik aku di buka membuatkan aku cepat-cepat berlakon macam tengah dok sikat rambut.
"Kak Yaya. Apa lambat sangat ni! Dah cantik dah toksah dok berdandan lagi," Am merengus geram. Yela yela! Nak nampak cantik pon tak boleh. Nak wat ape tak oleh! Huh!
Aku melihat Am berpakaian baju melayu nampak kesegakan dia. Adik siapa ni? MESTILAH ADIK SAYA MUAHHAHAHA! FLEX!
"Kak Yaya, tolong sat betulkan sampin adik ni. Nampak cam senget ja," Am berjalan ke arah aku macam budak kecik. Ceh! Comel, menyampah aku! Dah kurus, tinggi pulak tu. Apesal la tak jadi kat aku! Tengok pipi aku yang tembam ni!
Selesai sahaja bersiap. Aku bawak motor pergi rumah Amirah. Macam biasa. Am tak kasi aku bawak motor sebab aku bawak macam nak pergi racing dengan geng-geng rempit. Tapi mana boleh adik lawan cakap kakak dia. Mesti Am mengalah punya.
"YA ALLAH KAK! ANGSA KAT DEPAN TU!" Aku memulas lagi dengan laju. Am sudah memeluk badan aku dengan kuat. Angsa tadi yang jalan lenggang macam mak mak datin terus berlari ke tepi. Aku dengar Am melepaskan keluhan lega. Mesti takut ada kes langgar lari dengan angsa kan? HAHAHAH SIAN TACHOD!
"Kak, sumpah kak! Am sayang nyawa Am lagi. Kalau kak nak bunuh diri, pergi solo jela eh? Jangan duo,"
Sampai sahaja di rumah Amirah, aku memarkir motor dan letak helmet atas motor. Am yang tadi macam nak luruh jantung cepat-cepat naik ke atas rumah. Aku membetulkan sedikit rambut aku bagi lagi kemas.
Aku masuk ke dalam rumah Amirah dan nampak susuk tubuh Tok Ani. Aku duduk di sebelah Tok Ani. Malu la nak duduk dengan orang lain. Shy shy cat betols.
HABIS sahaja urusan majlis akad nikah Amirah, aku bergegas pergi dekat Amirah yang tengah rancak bersembang dengan Arfan. Amboi, suami dia dekat sebelah tak takut ke? Dah la suami dia nampak rawrr, tegas. Apa ni wey, usya laki orang HAHAHHA!
"Wey, Mimi the murai. Tak sangka hg kahwin dulu eh!" Aku memeluk Amirah beberapa saat dan wajah Amirah kelihatan tersengih. Nampak sangat dia yang gatal dulu. Jarang laki yang try Amirah dulu.
"Kau tu! Sampai bila nak single? Tak jelly ke tengok aku dah kahwin?" Amirah menjelirkan lidah. Aku ketawa melihat suami Amirah menepuk bahu Amirah. Halah, tak elok jelir lidah dekat orang. Kesian suami Amirah kena hadap isteri over macam ni.
"Apa susah. Arfan kan ada. Kahwin dengan Arfan jela!" Aku terus ketawa terok. Amirah turut mengeluarkan tawa. Arfan yang dari tadi tersenyum sahaja.
"Apa kau ni Mimi! Tak sedondon gila," kata Arfan. Aku mengangguk tanda setuju. Aku dengan Arfan tak sesuai langsung!
"Mana kita tau! Tup tup kahwin pastu beranak pinak! Arfan ni atlet dulu masa sekolah, mampoih hang Yaya! Semput nanti HAHAHHAHA" Amirah gelak terbahak-bahak sambil menggoncang lengan aku dengan kuat. Terok tu! Gatai Amirah ni!
Aku menjentik dahi Amirah. Loqlaq! Mengarut gila Amirah ni! Dah jadi pengantin baru, tak malu betoi. Tetamu-tetamu lain dok tengok je dia dok gelak. Kesian suami Amirah. Bertahan jelaa.
Lama aku sembang dengan Amirah dan Arfan. Yela, nanti susah nak bertiga lepas ni. Sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana, Amirah dah jumpa jodoh dia. Aku ni bila lagi? Lambert lagi wey! Tolong cari sat kat akuu!
TO BE CONTINUED
- author: korang bile lagi? dah nak kahwin nanti jemput saya ye~
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️