17 | happy ending.

70 16 2
                                    

KORANG percaya tak. Dia macam ni tau. Lepastu macam tu. Lepas macam ni, dia macam tu. Gitu la cita dia.

Hok aloh, sewel dah aku ni! Cincin di jari manis aku di tatp dengah lama. Aku angkat tangan aku ke udara, mahu melihat kecantikan cincin tersebut. Ya, aku dah kahwin. Cepat je kan masa berlalu.

Aku pun tak percaya. Aku ni dah jadi isteri orang dengan sekelip mata. Baru je haritu kena lamar. Dia cam takleh brain au. Last-last aku dah kahwin.

Aku bergerak ke dapur dan mula masak untuk suami tercinta. Yela, nanti dia bangun tak ada sarapan, kebulur suami aku tu! Cer bayang, kalau dia bangun lepastu aku tengah masak enn, dia peluk dari belakang. Akhdkahsisiudjsi gila tak syok.

Tangan kalut masak nasi goreng, mulut kalut nyanyi lagu. Aku dengan lagu tak pernah berpisah. Orang kata, kalau anak dara nyanyi di dapur, dapat laki tua. Abah Gula! Tapi aku elok je dapat jodoh muda. Mitos je semua tu!

Bila aku habis berperang, nasi goreng di hidang ke atas meja. Air Milo O di bancuh.

CUP

Tiba-tiba ada satu kucupan di pipi kananku. Terkejut cek ai! Aku terus menyigung manusia tu. Bunyi suara garau yang baru bangun tidur mengerang kesakitan mengukirkan senyuman pada wajahku.

"Dosa tau buat suami," ujarnya seraya lengannya yang sasa itu melingkari pinggang ramping aku. Aceh ceh ceh! I sukaaaaa! Jantung aku berdegup dengan pantas sekali, bagaikan aku tengah lari maraton!

"Lantaklah. Kau yang cari pasai enn?" Aku memprotes. Selesai bancuh air milo, aku bergerak ke arah meja dengan manusia yang besar di belakang aku ini. Tau tak, dia cam melekat macam anak monyet tuh!

"Nasi goreng. Sedapp~ Macam kau ah, gigit sikit!" Pantas sahaja mulut tu nak gigit leher aku. Aipp! Aku mengetuk kepala dia.

"Aku bukan makanan Encik Suami. Dah makan cepat! Nanti aku merajuk!" Dan Encik Suami pun mencebikkah mulut seraya kerusi di tuju untuk duduk. Belum sempat aku nak pergi ke sinki, pantas je Sang Suami menarik ku duduk di atas ribanya.

"Makan sekali jom, nak suapp," Rengeknya sambil memuncungkan mulutnya. Hok aloh! Huduh nya! Cam bab-- cam kucing ha betul.

"Yala yala. Mengada, menyampah aku," Sepinggan nasi aku capai bersama sudu. Sang Suami dah membuka mulutnya, menunggu suapan Sang Isteri tercinta. Aku tersenyum tengok perangai kebudak-budakkan suami aku.

Satu suap. Dua suap, sampai lah habiss. Kuat makan laki aku ni, bagus lah. Aku pun jenis masak banyak-banyak.

Habis sahaja dia makan, aku bangun dan basuh pinggan dengan sudu tadi. Sempat juga aku mengelap meja makan yang tidaklah kotor mana, tapi kenalah jaga kebersihan.

TO BE CONTINUED

-author: Arfan ke Arfa??

C | happy ending.Where stories live. Discover now