pasang lagu atas ni bila ada '♡'
tapi saya sarankan pasang dari awal chap le hihiMALAM itu, seluruh ahli keluarga dan kawan-kawan Arfan menyambut birthday Kasih Alya. Walaupun biasa sahaja sambutan itu, tetapi Alya bersyukur yang semua ingat birthdaynya. Rasa terharu pun ada.
Arfa beli gelang yang simple sahaja, tetapi masih kelihatan cantik di mata Alya. Kali ni ja dia menerima pemberian dari Arfa. Yela, bukan dia tidak tahu, Arfa seperti melamar Alya sewaktu dia beri gelang tu. Orang tak suka, move on jela! Dah bertahun dah pun!
"Sudikah Yaya menerima hadiah along," Arfa melutut sambil menghulurkan gelang yang dihiasi rama-rama itu.
Alya malu dengan mata-mata yang memandang mereka. Cepat-cepat dia merampas gelang tersebut dan memakainya.
"Ha ha, Yaya terima. Yang along melutut asal!" Baju Arfa di tarik supaya lelaki di hadapannya bangun berdiri.
Arfan? Arfan tak beli apa-apa pun. Senyap dari tadi. Asyik bergelak ketawa dengan kawan-kawannya. Alya agak terguris hati. Tapi hadiah je kan? Kenapa nak dramatik...
Adam? Comel hadiah Kasyaf Adam ni. Dia masakkan Alya, kek red velvet. Kegemaran Alya. Walaupun kek itu terlebih masak, tapi Alya suka melihat usaha adiknya itu.
Alya duduk di luar rumah, termenung melihat bulan. Cantik. Tapi dulu, masa dekat sekolah, cikgu cakap, dari jauh je cantik. Kalau dekat, huduh. Betul tak?
Angin malam pada malam itu, sungguh sejuk dan menenangkan jiwa Alya. Dia rindu ayah dan mak kandungnya. Jika berkesempatan, dia ingin melihat wajah mereka lagi. Dia mahu beritahu, anak dara mereka itu gembira dan bahagia.
Air mata yang bertakung terus gugur, jatuh membasahi pipi mulusnya. Alya memeluk kakinya dan merehatkan dagu atas lutut. Lenguh asyik tengok atas je. Kang lekat kepala macam tu, naya aku!
Tiba-tiba Alya dapat merasakan seseorang duduk di sebelahnya. Cepat-cepat dia mengelap air mata.
"Hi," Suara itu dia cukup kenal.
Arfan.
"Kau nangis eh?" Tanya Arfan sambil matanya ralik memandang bulan. Alya turut memandang ke atas. Sama-sama melihat bulan. Tenang sahaja.
"Tak la," balas Alya dengan lembut. Tidak mahu merisaukan Arfan.
"Tipu. Kenapa nangis?" Tanya Arfan lagi. Alya terpaksa mengalah. Dia meluahkan perasaan sedihnya itu pada Arfan. Kalau ada Amirah, mesti riuh sekarang. Minah tu kalau bab sedih-sedih cukup tak suka. Rindu juga pada Amirah.
"Rindu dengan orang tua aku. Mimi pun aku rindu," Luah Alya dengan sedih. Matanya kembali berair.
Arfan tersenyum. Ya, dia juga rindu dengan Amirah. Sekarang Amirah tidak duduk di kampung. Dia sudah berpindah ke Melaka bersama suami tercinta. Apa khabarnya sekarang?
"Aku pun rindu, Mimi. Tak apa, nanti kita call dia," Arfan cuba memujuk hati Alya. Alya mengangguk dan melepaskan keluhan.
♡Satu kotak kecil yang berwarna hitam di hulurkan pada Alya.
"Apa ni?" Alya menyambut huluran Arfan dan dia terus membuka kotak kecil itu. Rantai yang mempunyai satu bentuk bunga matahari yang tergantung di tatap dengan lama. Bersinar-sinar mata Alya. Cantik!!
"Kejap aku cuba pakai," Alya memakai rantai itu dengan pantas. Senyuman terus terukir di muka Alya. Dia suka dengan pemberian Arfan.
"Okay tak?" Tanya Alya pada Arfan.
"Okay," balas Arfan pendek. Bukan setakat okay je. Cantik. Menawan. Dah macam bidadari aku tengok.
"Ceh, ingat jugak nak bagi hadiah dekat aku. Ingat kan dah lupa," kata Alya dengan nada merajuk. Arfan ketawa perlahan.
"Mana ada! Aku ingat laaaa. Kalau aku lupa, maknanya aku tak sayang kau la," pujuk Arfan. Perkataan 'sayang' terkeluar dari mulut Arfan. Arfan malu. Tapi dia tetap menunjukkan wajah yang tenang.
"Sayang? Cringe sial!" Bahu Arfan di tampar. Boleh pulak kata macam tu! Geliii!
"Laaa...betoi pa! Sayangku Yaya. Aku saaayanggg Yayaaa," Alya menekup telinganya dan cepat melarikan diri dari Arfan. Arfan mengejar Alya. Mulut Arfan tidak henti menyebut perkataan 'sayang' itu.
"Yaya nak pergi mana tuuu~ Janganlah tinggalkan akuu~" Arfan ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah Alya. Nampak sangat dia menyampah dengan Arfan.
"Ibuuu! An kena sampuk dengan hantuu!" Dia menjerit apabila dah masuk ke dalam rumah. Makcik Hasna yang ralik berbual dengan Tok Ani terus ketawa. Ada ada sahaja mereka ni! Dari kecik sampai besar tak pernah berubah perangai!
TO BE CONTINUED
-author: Arfan ni obvious tau, tapi Alya pulak bodoh🤡🤡
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️