Abaikan typo geng HHAHAHAHA
GAMBAR kahwin yang sudah di bingkaikan itu di tatap lama. Cantik jugak aku ni! Make up on point haritu! Tapi tula, tak boleh lawan ketampanan suami aku yang tercinta tersayang tersemua lah!
Aku masih ingat lagi, masa aku setuju untuk menerima lamaran si dia. Agak kelakar juga bila teringatkan semua itu. Adam pun ternganga tahu!
Kain baju yang bertambun itu membuatkan aku mengeluh. Banyak sangat baju nak lipat harini. Satu persatu helaian baju aku lipat sehinggakan tidak perasan waktu sudah mengenjak masuk waktu solat Zohor. Asyik sangat tengah melipat baju, terasa kepalaku seperti terkena sesuatu. Sakit wey!
Aku mengangkat kepala memandang ke arah bantal yang di baling pada aku tu. Kurang ajar punya manusia! Orang tengah lipat baju boleh pulak main lempar-lempar bantal ni!
"Woi! Apahal kau!" Jelingku pada Arfan yang sedang duduk bersila di atas sofa berdekatan dengan tempat aku duduk melipat baju-baju. Arfan masih ralik dengan telefon bimbitnya. Dahla palau aku nak dekat dua minggu, lepastu nak cari pasal. Sewel teruk mamat ni.
Aku menyambung melipat baju. Sekali lagi, satu bantal di baling terkena pada baju-baju yang aku susun tadi. Habis baju-baju itu dari jadi bangunan tinggi, jatuh ke bawah. Ini sudah melebih!
Aku berdiri dan merenung tajam wajah tampan Arfan. Pantas sahaja dua bantal tadi di kutipku. Tanganku laju baling bantal-bantal tersebut pada Arfan. Ha ambik ko! Biar mampos!
BUK
BUK
"Ish! Kau apahal Yaya!" Marah Arfan padaku. Eh? Dia ni? Dia yang cari pasal, aku yang kena?
"Hang lah gila! Aku dok sedap lipat baju boleh pergi baling baling bantal, sewel dah? Dahla palau aku dua minggu! Kata sayang aku! Pastu ni apa? Aku benci hang!" Rajukku. Habis semua perasaan yang terbuku di dalam hati, aku luahkan. Kalut-kalut aku menekup mulutku. Aduh, mulut ni besa!
Suara garau yang cukup aku kenal itu sedang ketawa. Kuat pulak tu! Mamat ni sah kena sampuk ni. Risau tengok. Orang cakap benda serius, dia gelak.
"Rindu ke?" Terangkat-angkat kening Arfan, seperti sedang mengusik aku.
"Tak pun! Aku rela rindu along lagi!" Protes aku. Amboi Yaya, manja kali dia. Nak merajuk-rajuk pulak jodoh Arfan ni.
Tiba-tiba Arfan datang mendekati aku. Astarghfirullah, jaga batas akhi! Aku mengundur sedikit demi sedikit. Seram tengok Arfan tersenyum-senyum macam kerang busuk tu!
"Rela rindu along eh? Hm, okay tak apa. Jangan menyesal, nanti kau menangis rindukan aku suatu hari nanti," Aku tertanya-tanya. Hairan. Apa yang sampai nangis nya? Tak hingin! Huh! Menyampah!
Tiba-tiba tangan ku di pegang Arfan dengan lembut. Jari manisku tiba-tiba di sarung dengan cincin yang sangat cantik. Walaupun simple tapi masih menawan. Aku mengeras. Dia nak main kahwin-kahwin macam masa kecik ka?
"Okay done. Kan cantik tu. Macam tuannya," Arfan merenung lembut ke dalam anak aku. Gulp! Apakah iniiii!!
Arfan mengundur ke belakang sedikit bagi ruang antara kami. Aku masih cuba mentafsir apa yang sedang berlaku sekarang. Aku sungguh blur dan blank. Otak tak dapat tafsir. Maklumat datang sampai dekat kawasan spinal cord je, tak sampai terus ke otak. Masalah nii!
"Sorry tau Yaya. Aku palau kau sebab nak buat suprise. Dua minggu tu aku carikan cincin. Susah tau nak cari yang cantik sama taraf macam kau. Tula, sapa suruh jadi cantik sangat," kata Arfan sambil mengukirkan senyuman. Wajahku terasa panas, membahang! Panas panas! Kipas kipas now!! Aku menunduk sedikit, rasa rasa Arfan perasan tak muka aku yang dah macam tomato ni?
"Hek eleh. Tengok tu, buat muka comel pulak. Yaya, kita kahwin ekk? Aku dah lama simpan perasaan suka dekat kau. Bukan suka je, sayang semualah. Kalau boleh sekarang jugak aku nak halalkan kau," Tutur Afran lagi. Aku mendiamkan diri lagi. Tidak tahu nak jawab apa.
"A-Apa? Sayang?" Soalku.
"Yelah. Maksudnya aku jatuh cinta dekat seorang wanita di hadapan aku ini. Wanita ni kawan baik aku dari kecik. Wanita ni buatkan aku rasa risau kalau dia hilang tiba-tiba. Wanita ni selalu ada di waktu susah dan senang aku. Wanita ni setia orangnya. Wanita ini yang menjadi penyeri hidupku. Faham? Nak cakap apa lagi, hm?" Kata Arfan seraya membongkok mahu melihat mata aku. Cepat-cepat aku menoleh ke tempat lain. Tidak kuat nak tengok mata lelaki itu.
"Err," Jadi? Aku patut cakap apa? Mungkin aku boleh belajar bercinta dengan Arfan selepas kahwin? Lagipun, Arfan sahaja yang kenal aku betul-betul. Macam logik kalau aku setuju kan? Yela aku kan heroin cerita ni, kenalah end up dengan hero, ye tak readers sekalian?
"Yes or Yes? Mrs. Hadwa Arfan?" Makin merah wajah aku bila dia cakap 'Mrs. Hadwa Arfan'. Karang ada yang jadi alien kot, warna merah memanjang.
"Kalau aku setuju, tak bermakna aku suka kau, An. Aku slow-slow belajar ya? Aku ni tak pasti boleh jadi isteri yang solehah. Kau tolong ya?" Ujar aku dengan segan. Dia macam setuju tapi malu lah nak cakap. Ehoehoeheoeheoehiehihihuuu.
"Maksudnya, kau setuju?" Nampak di mata Arfan yang dia seperti mahu melompat ke udara. Dia bahagia. Dia suka. Dia gembira. Dia berasa sungguh bertuah kerana boleh menghalalkan crushnya yang sudah bertahun-tahuh itu. Kalau boleh nak terbang je lepastu heboh satu dunia yang dia lelaki paling bertuah di dunia ini. Ala-ala macam masa scene Cheong-san ler.
Aku mengangguk dan mengukirkan senyuman. Tiba-tiba aku terdengar suara-suara dari bilik di sebelah aku ni.
"Alhamdulillah. Termakbul doa ibu!" Badanku di peluk. Lah, rupanya ada yang mendengar ya.
Arfa, Adam, Pakcik Afif, Makcik Hasna, Tok Ani, Afifa. Eh, Amirah dan suami dia pun ada? Apakah?? Plan ka?
"Aku cakap dah. Mesti hampa dua ekor ni kahwin! Aku nak lima anak buah!" Amirah memeluk tubuh aku selepas Makcik Hasna meleraikan pelukan tadi. Terbeliak mataku mendengar ujaran Amirah. Amboi! Ingat aku kilang buat anak?
"Angah jaga Yaya elok-elok ya lepas dah kahwin nanti," Pesan Tok Ani dan Pakcik Afif. Arfan mengangguk tanda faham.
"Yaya, kalau angah buat hal, roger dekat along," Nampak sangat Arfa rasa terkilan bila aku setuju nak berkahwin dengan Arfan. Crush nya kahwin dengan adik sendiri. Sedih brother, pasang lagu jiwang.
Adam? Muka dia macam nak muntah hijau. Ni mesti sebab ayat-ayat romantis Arfan. HAHAAHAHAH!
"Kak. Kak nanti jangan lupa Am ya? Lepastu Abang An, sejak bila pandai bab-bab romantic ni? Lain macam! Loya tekak Am!" Kata Adam sambil menarik aku ke dalam pelukan. Aku ketawa.
"Alah! Internet ada, search jela. Apa susah bro!" Jawab Arfan. Semua ketawa mendengar jawapan Arfan.
Selepas semua tu, aku bekahwin dengan Arfan. Semua berjalan dengan lancar. Tapi sumpah aku tak percaya Adam menangis teruk masa aku nak pindah ikut Arfan ke Kuala Lumpur. Cuba teka Arfan kerja apa? Rupanya dalam senyap dia ni dah ada syarikat sendiri.
Hadwa Arfan. Yang ku ingat dulu, budak hingusan. Sekarang dah berjaya, kaya raya! Aku tak sangka boleh hidup mewah macam ni. Rumah besar gila! Aku pun terkejut teruk ah! Jadi jakun semacam aku masa sampai ke Kuala Lumpur ni. Banyak bangunan!
Bingkai gambar itu aku letak semula pada tempat asal. Aku dengar bunyi pintu utama rumah seperti di buka. Suami tercinta dah balik! Oyeh oyehh!
Aku berlari anak ke arah pintu utama rumah. Arfan yang tadi muka serius terus bertukar menjadi senyuman.
Nampak wajah isteri tercinta, siapa tak happy kan?
"I'm home sayang!" Dia pantas mencium dahi aku lalu mengajak aku rehat di ruang tamu.
Korang ader ker? Hohohoho~ bye la i nak sweet-sweet dengan suami i ni ahohaohoahaohoahoo
TO BE CONTINUED
-author: hm, nak end dekat sini ja, tapi anggun tambah sikit satu chapter ye nanti^^♡♡ apapun have a nice day!
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️