14| happy ending.

60 17 2
                                    

TAK tahu nak jawap apa. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Aku terlalu terkejut. Tapi pada masa yang sama aku rasa macam benda ni lawak. Arfan mungkin prank aku.

"Angah? Apa maksud angah?" Arfa tiba-tiba mencelah. Aku nampak muka Arfan jujur. Dia betul-betul nak kahwin dengan aku?

"Yaya, aku dah lama ada perasaan dekat kau. Since we're in highschool," ujar Arfan sambil merenung mataku.

Kenapa sebelum ni aku tak pernah tahu wajah Arfan sekacak ni? Hati aku rasa lain. Ish, ini semua bisikan syaitan sahaja. Aku anggap Arfan macam adik beradik aku ja. Tak lebih dari tu.

"Arfan aku---,"

"No. Takpa. Nanti aku akan tanya lain. Jom la naik atas, panas ni," Dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku di situ. Kenapa aku rasa bersalah?

"Yaya. Angah mengusik je tu," kata Arfa. Riak wajah Arfa nampak macam terkejut jugak.

"Kalau betul macam mana?" Soal ku. Arfa terdiam. Dia mati kata. Aku hanya melepaskan keluhan yang berat dan masuk ke dalam rumah.

"Kalau betul, Yaya setuju?" Sedikit sahaja lagi kaki aku ingin masuk ke dalam rumah, Arfa sudah menyoalkan soalan yang agak berat bagiku untuk di jawab.

"Along tak payah risau la. Pandai-pandai la Yaya nak cakap apa," Aku terus membiarkan Arfa di tangga. Malas nak dengar soalan pasal kahwin ni. Tak suka. Kalau boleh nak hidup macam selalu.

SEMINGGU Arfan tak cakap dengan aku. Aku rasa sedih. Rindu. Marah. Kenapa ya? Dah cakap nak kahwin dengan aku, tapi diam ja. Dengar cerita dalam beberapa hari dia nak ke Kuala Lumpur sebab hal kerjanya.

Aku pelik. Arfan kerja apa ya? Sampai boleh bercuti dekat sini lama. Boss dia tak marah ka? Kalau aku jadi boss, mesti aku marah.

"Yaya. Kenapa termenung memanjang?" Tok Ani duduk di sebelah ku sambil menyimpan semula parangnya. Aku tersenyum pada Tok Ani.

"Saja. Nak termenung pun tak boleh ka?" Kata ku.

"Tak la. Tok Ani perasan la, angah pun senyap ja. Ha lagi satu, along tu, lagi senyap. Bergaduh ka apa?" Soal Tok Ani. Aku hanya mengangkat bahuku sedikit tanda tidak tahu.

Mana aku tahu. Sorang ajak aku kahwin. Sorang lagi diam tiba-tiba sejak kejadian yang sorang tu ajak aku kahwin. Maybe Arfa jealous sebab dia dah lama suka aku? Tapi dah bertahun, tak kan tak boleh move on kot?

"Tok...kalau Yaya kahwin dengan Arfan, okay tak?" Tanya ku. Tok Ani yang tengah meneguk air sejuk tadi, terus tersembur keluar semua. Di lap mulutnya guna kain tudung.

"Ni apa masalah, tiba-tiba keluar topik kahwin ni? Dengan angah pulak tu," Tok Ani menyoal aku semula. Aku tersengih sahaja.

"Arfan ajak Yaya kahwin haritu," Akhirnya terkeluar jugak apa yang terbuku di hatiku.

"Yaya sukakan angah?" Tok Ani menyoalku lagi. Banyak betul soalan nak tanya. Jawab jela.

"Tak pun. Bagi Yaya, Arfan ni macam adik beradik Yaya sendiri. Yaya tak pernah terfikir pun nak ada perasaan cinta ni," Bila di fikirkan balik. Aku geli dengar pasal cinta cintun ni.

"Kalau macam tu, tolak ja la lamaran angah tu. Apa susah, tak elok buat orang menunggu, Yaya. Kesian angah. Ni dengar cerita dia nak pi KL dah kan?" Kata Tok Ani. Aku hanya mengangguk.

Tapi kalau di tolak lamaran tu, aku rasa bersalah. Aku malas la nak bagi Arfan sedih. Tapi kalau Arfa boleh hadap, tak kan Arfan tak boleh kan? Think positif Yaya!

"Okay la. Yaya nak pi kat Arfan jap. Bye bye," Aku bergegas naik motor dan terus memecut.

Tok Ani hanya mampu tersenyum sahaja. Macam-macam la perangai budak-budak zaman sekarang. Kalau dulu, dia di kahwin paksa oleh keluarga, tapi alhamdulillah dia bahagia.

TO BE CONTINUED

-author: sorry hambar bab ni🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️

C | happy ending.Where stories live. Discover now