11| happy ending.

63 18 3
                                    

"WAHHH!" Indahnya dunia ini! Aku di syurga ke? Putih je tempat ni. Aku tersenyum riang sambil berlari-lari slow mo. Nak duduk sini lama-lama lah!

Berlari berkejaran~~ Nanananaannaana~~

PAP! PAP! PAP!

Aduhhhh! Apa niiii! Sakit pulak pipi kanan aku! Eh eh kenapa semua hilang, noooo! Aku bahagia di dunia putih ini, don't leave meee!

"Yaya dah sedarkan diri!" jerit seseorang dengan lega. Heh? Aku tak mati lagi?? Apakahhh??

Aku memicit sedikit kepalaku. Mata aku tertutup semula akibat sinaran cahaya lampu.

"Apahal ramai sangat ni?" soalku pelik. Dah la bilik ni kecik, yang dok himpit ramai-ramai pasaipa? Panasss! Ha, dosa banyak, tak tahuuu.

"Uwaah! Ingatkan Kak Yaya dah takdak!! Ifa takutt!" Afifa terus melompat atas katil dan peluk aku dengan erat. Aduh, budak kecik ni peluk pun kuat sangat.

"Yaya ni buat ibu dengan ayah takut ja," ujar Makcik Hasna pula. Aku tersengih sahaja.

"Eh, kejap. Kenduri macam mana? Nak Yaya tolong apa-apa?" Kata ku dengan risau.

"Kenduri dah habis dah, Yaya. Yaya pengsan lama sangat," kata Tok Ani pula; dia baru masuk ke dalam bilik. Di tangan Tok Ani ada dulang, atas dulang tu ada secawan teh suam. Sedapnye bau!!

"Nah, Yaya. Minum sampai habis, sakit lagi kepala? Tok Ani ingat Yaya mengandung. Orang mengandung selalu pening-pening," Tok Ani ketawa. Aku menjeling pada Tok Ani. Buat lawak bodo pulak!

"Kahwin pun belum! Mengandung? Tak logik!" Aku menghirup sedikit demi sedikit air teh suam tu. Rasa lemon! Sedap nye Ya Allah!

JASMEEN minta maaf dekat aku sebabkan Farid, aku pengsan. Hm, Farid Kamal, kalau aku jumpa kau lagi, aku siat kau hidup-hidup!

Keesokan harinya, Jasmeen dan Khairul berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Diorang cakap ada banyak kerja kena selesaikan. Biasalah, dua-dua berkerja, mestilah sibuk.

"Hi, Yaya," Suara lunak yang cukup ku kenali itu menyapaku.

"Hi," balasku pendek.

"Yaya suka Arfan?" Soal Leah. Wah, soalan SPM!

"Suka as a friend," balasku lagi.

Leah tersenyum pula, tapi dia melepaskan keluhan.

"But, Arfan looks so in love with you,"

"Cuba pakai spek mata. Hang rabun kot," Aku menggeleng perlahan. Ada pulak, cakap Arfan sukakan aku. Impossibleee!

"No. He really likes you a lot,"

"Jadi?"

"Nothing la. Ah, I lupa. Granny Ani panggil tadi," Leah berjalan pergi. Aku masih tertanya-tanya pasal hal Arfan tu. Yang penting sekarang, Granny Ani?! Dah ada nama glamour dah Tok Ani Bootiful ni.

"AKU dah cakap yang hang patut kahwin, Yaya," Ujar Amirah.

"Ish, apahal la semua nak aku kahwin? Aku seronok jela jadi dara sampai ke tua. Ni satu lagi. Tahniah la, mengandung tiga minggu yee~ Amacam? Best?" Kata ku pula.

Aku dengan Amirah tak boleh jumpa, jadi kami sembang melalui telefon jela. Video call. Alhamdulillah aku tak miskin lagi, ada la juga smartphone nak guna.

"Best la jugak. Cuma aku rajin muntah je pagi-pagi. Suami aku pun sweet gila wey sejak aku mengandung ni. Kalau hang nak merasa jugak, kahwin la Yaya. Kita boleh sama-sama dapat anak, mesti comel," Amirah ketawa. Aku pulak menggerakkan bebola mataku ke atas, eyerolls ye.

"Sudahla. Dari cakap dengan hang pasai kahwin, baik aku tidur awal," Nampak sangat macam aku nak merajuk. Aku boleh dengar Amirah merengus.

"Yela yela. Suami aku pun dah balik kerja ni. Bye Yaya. Nanti kahwin panggil aku tau---," Aku terus matikan talian. Bibirku mengukirkan senyuman, hilang sikit rindu aku. Bila la Amirah nak balik bercuti sini.

Telefon di letakkan atas meja dan aku merehatkan kepalaku di bantal yang empuk itu. Selimut di tarik sehingga ke dada. Tiba-tiba rasa nak tidur awal pulak.

"Ammmmm!!!" Jeritku dari bilik. Bunyi derapan kaki Adam datang ke bilikku mengukirkan senyuman pada wajahku. Hehe. Mesti readers boleh teka kan.

Pintu bilik di buka dari luar. Nampak wajah Adam yang handsome tu.

"Awat?" Ujar Adam dengan hairan. Sakit ke? Terbaring atas katil tu.

"Tutup lampu jap, hehe," Aku ketawa.

Adam menjeling aku sambil menutup lampu.

"Selamat mati, kak," Dia menghempas pintu bilik tanda menyampah dengan aku. Aku ketawa sahaja mendengar suaranya membebel. Yela, bilik dia sebelah bilik aku je, tambah lagi bilik dia tu bukan soundproof, lagi la.

TO BE CONTINUED

- author: saya is selesema teruk today(kalau korang ada resedung faham la kot hehe). chapter ni hambar sikit, tapi tak apa..nanti saya cuba update chapter yang lagi best. thanks for reading🙇🏻‍♀️❤❤

C | happy ending.Where stories live. Discover now