9| happy ending.

77 21 10
                                    

nak update jugak sebab rasa bersalah kalau tak update^^

AKU di tugaskan untuk mencuci pinggan mangkuk ni. Dahla banyakk! Sepupu Arfan, Jasmeen nak buat kenduri di kampung. Kenduri family belah suaminya pula dah buat masa dekat Kuala Lumpur.

"Yaya! Kambing Tok Su dah sampai ke?" Jerit Tok Ani dari dalam rumah.

"Dah! Tok Su tambat dekat pokok rambutan tu!" Jawabku sambil menuang sabun ke dalam besen yang penuh dengan air itu.

"Okay okay! Sambung kerja kamu. Cuci sampai berkilat ya!" Pesan Tok Ani. Cis! Dahla sorang-sorang kena buat, dalam rumah ni tak ada cucu lain ke?

Leah, Delilah dan Adrian tiba-tiba menambah hari percutian mereka. Arfan cakap, diorang nak tolong sekali. Tolong? Matahari dah duduk terpacak atas kepala, masih tidur dalam bilik. Ingat anak kerabat diraja ke?

Tapi rasa Adrian dah bangun, tadi nampak dia dok makan kat dapur.

"Kak Yaya! Tengok ni!" Afifa tersenyum sambil menunjukkan katak yang kecil di tangannya. Aku terbeliak mata tengok katak tu. Terlompat aku dibuatnya.

"Ifaaa! Letak jauh-jauh katak tu, pleasee!" Aku berdiri jauh dari Afifa.

"Kenapa? Comel la katak ni! Nak pegang?" Afifa jalan mendekati aku dengan wajah yang ceria.

Ibuuu!! Tolonggg! Katakk!!

Aku melarikan diri dari Afifa. Pantas kaki aku bergerak. Bagus kaki! Kau dengar cakap aku! Aku dengan tangan penuh sabun terus melidungi diri di belakang susuk tubuh yang ku kenali itu.

"Oi oi! Apa ni basah!" Ujar Adrian.

"Tu tu!! Katak!!!" Aku masih memegang baju Adrian dari belakang.

"Kak Yaya! Tunggu Ifa! Cuba la sentuh sikit! Comel!" Afifa berdiri di hadapan Adrian.

Adrian tersengih apabila melihat katak kecil yang di pegang Afifa.

"Kau takut dengan benda kecik ni?" Adrian ketawa. Aku sempat menjeling Adrian.

"Ifa kasi abang Adrian katak ni. Pinjam kejap," Afifa tanpa berlengah lagi letak katak itu di atas tangan Adrian.

Aku membulat mata. Aku cepat-cepat menjauhkan diri dari Adrian. Adrian sudah dapat meneka langkah aku yang seterusnya, cepat-cepat dia berdiri di hadapan aku.

"Nak lari mana!" Adrian ketawa jahat sambil mengejar aku dengan laju. Bapak laju mamat ni lari!

"IBUUUU!!!" Aku cuba lari dengan sepantas yang mungkin. Alhamdulillah, kawasan halaman Tok Ani luas. Nak buat maraton pun boleh!

Aku nampak Arfan dan Arfa baru selesai menolong Pakcik Afif mengangkat meja dan kerusi. Pantas je aku berlindung di belakang mereka.

"Wey wey! Lindung aku!" Ujarku pada Arfan dan Arfa.

Mereka tertanya-tanya di buatnya melihat aku yang sudah menyembunyikan diri dari sesuatu.

Arfan sudah tersenyum nakal apabila melihat Adrian memegang katak. Dia dapat agak.

Ya, aku dari kecil memang takut dengan katak sebab pernah sekali tengah ronda-ronda, ada banyak katak mengepung aku. Trauma weyy!!

Arfa la yang menolong aku waktu di kepung tu.

"Bak sini katak tu, Adrian. Hehehehe~~," Katak kecil itu di hulurkan pada Arfan dengan laju. Aku meneguk air liur. TOLONGGG SAYAA!!

"Yaya nak pergi mana tu~~,"

"ALONG HELP HELP!" Aku berlari ke arah Arfa. Adrian sudah mengepung jalan aku. Susah macam ni.

"Angah...sudah la tu," kata Arfa dengan senyuman di mukanya. Nampak sangat dia mahu ketawakan aku sekarang ni! Dasar jantan tak guna! Aku smack down sekor-sekor nanti.

C | happy ending.Where stories live. Discover now